Kebelakangan ini polis begitu sibuk.. membuat siasatan aduan orang-orang terpilih. kes-kes demonstrasi, kes hasut menghasut, kes fitnah menfitnah, dan macam-macam lagi, uniknya rata-rata melibatkan orang VVIP ataupun orang-orang politik. Lihat saja di kaca TV dan surat khabar, mereka kelihatan begitu tekun, membayangkan seolah-olah mereka menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Tapi semakin ramai jelik terhadap mereka,.
Dulu bila orang dengar saja perkataan POLIS, orang tabek hormat, penjenayah pun gerun. Tapi kini keadaan seperti bertukar, dengar saja perkataan polis timbul perasaan menyampah mahu muntah. Penjenayah pun siap mengangkat tangan kearah mereka seolah-olah menunjukkan kemenangan, lalu terjalin persahabtan. Tiada lagi perasaan sanjung ataupun hormat, malah timbul pula perasaan curiga ketidakyakinan terhadap profesionalism mereka.
Saya hairan, kebelakangan ini terlalu banyak kes-kes jenayah berlaku, tidak kira di mana. Saban hari ada sahaja kes-kes bunuh berlaku. Bukan setakat bunuh, kes-kes samseng yang mereka anggap terpencil pun turut berleluasa. Mereka anggap terpencil, tapi tiada jalan penyelesaiannya sehinggalah menjadi kes besar melibatkan kematian baru mereka terkakai buat siasatan. Itupun bertemu jalan buntu, lalu kes tertutup ,mereka pejam mata rapat-rapat minum kopi di kedai kopi..
Saya bagi contoh, di daerah Tawau amnya. Sebuah daerah di Sabah yang sedang membangun. Di Tawau terlalu banyak kes-kes jenayah berlaku dari kes kecil hinggalah menjadi besar. Kegiatan yang paling ketara dan nyata adalah Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang kita tahu salah dari segi undang-undang, tapi mereka bebas seperti burung bergerak kesana kemari, siap berniaga lagi. Seramnya mereka buat Malaysia ini seperti negara mereka, budak-budak samseng hidu gam di khalayak ramai, membawa benda tajam di khalayak ramai, bergaduh membawa senjata pun di khalayak ramai. Orang-orang tempatan jadi ketakutan, perniagaan pun terganggu sedikit, Orang kata macam Kampung Koboi.. Akibat pengaruh orang luar yang datang tanpa izin, budak-budak yang kita harap bakal menjadi pemimpin negara pun dah jadi sampah masyarakat. Sedihh..!
Pernah saya lalu di satu tempat perkampungan, tempat itu di penuhi PATI, budak kecil seusia 10 hingga 12 tahun merokok membawa gam. Apa yang menyeramkan terdengar suara-suara penduduk di situ yang saya syaki PATI berkata, "kami sudah lama hidup disini, ini tanah kami", "polis pun takut dengan kami". huu.. Anehnya perkara ini berlaku depan mata, nyata bukan berkias. Tetapi persoalannya mengapa pihak berkuasa boleh terlepas pandang perkara ini, Seperti tiada jalan penyelesaiannya. Pihak berkuasa terutamanya polis tahu akan perkara ini, jenayah, vandalisma, samseng, tapi tiada jalan penyelesaian. Entah kenapa terlalu ramai PATI. Mungkin stok mahu di jadikan warga negara, bolehlah mengundi PRU akan datang.
Itu yang pertama. Yang kedua, polis terlalu memandang remeh perkara-perkara melibatkan jenayah samseng. Pernah berlaku d awal tahun ini, sekumpulan samseng telah membelasah penduduk di situ sehingga melibatkan kecederaan serius. Mangsa meletakkan kepercayaan secara total terhadap pihak berkuasa, mereka membuat laporan polis. Tetapi apa yang di harapkan?? kes itu berlarutan tiada penyelesaian. Macam saya kata si Samseng bebas macam burung, lalu mereka dengan sombongnya berkata "polispun takut dengan kami".. kesian polis-polis ini kan. Kadang-kadang yang menjadi mangsa ingin saja meletakkan undang-undang ditangan sendiri, tetapi bila itu berlaku saya yakin polis akan meletakkan kesalahan lalu menuding jari kepada mangsa tadi. Inilah polis kita, mereka tunggu sehingga melibatkan kematian baru mereka datang menyiasat, itupun sekadar menjenguk.
Hairannya, kalau kes-kes melibatkan politik! vvip! sampai kelubang cacing pun mereka siasat.. DWI STANDARD.
Yang ketiga, semalam pada 8hb november, di sebelah pagi berlaku kes pembunuhan di kampung yang sama sehingga menyebabkan kematian. Lucunya, apa yang saya dengar daripada orang ramai, polis datang membuat serbuan sebelah malam. Sempat lagi si Penjenayah lari pergi gua untuk bertapa. Baru tadi pula saya dengar si penjenayah sudah tertangkap, tapi terlepas balik. Semua ini "joking"!!!... sedangkan penjenayah bukan AYAH PIN pun... sampai susah nak tangkap.Tapi saya tidak hairan, sudah biasa, hari ini tertangkap, esok atau lusa terlepas.
Perkara-perkara seumpama inilah yang menjadi titik-titik noda hitam kepada pihak berkuasa sehingga timbul perasaan curiga, tidak yakin dan lawak terhadap mereka. Sehingga kalau kita lihat realiti hari ini ramai di luar sana yang mengkritik pihak polis, lalu menjauhkan diri.