suAtu ceRita...

suAtu ceRita...
kitA aDa piLihan...

Tuesday, December 28, 2010

KRITIK BUKAN BERERTI "ANTI"...

Sabah adalah sebuah negeri yang terletak di bahagia utara kepulauan Borneo dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak.. Kaya dengan hasil galian serta pertanian telah menjadikan Sabah antara penyumbang terbesar KDNK negara..

Baru-baru ini laporan di media tentang laporan bank dunia yang menyatakan negeri Sabah merupakan negeri termiskin banyak memeranjatkan orang terutamanya orang-orang politik yang terlalu sensitif mengenai isu ini..

SABAH NEGERI TERMISKIN DI MALAYSIA..


Selepas laporan itu di keluarkan pelbagai tohmahan serta penghinaan yang di lemparkan kepada penduduk Sabah, walhal tidak adil untuk meletakkan beban kepincangan yang di katakan berlaku di Sabah di atas bahu penduduknya 100%..

Dalam soal ini, saya sebagai penduduk Sabah terpanggil untuk memberi pandangan secara peribadi dengan akal yang berfikir serta mata yang melihat.. Saya begitu terpaku dengan membaca beberapa pandangan sinis yang tidak melihat kepada realiti hari ini, memberikan hujah tanpa fakta, sehingga berlakulah persepsi liar di kalangan masyarakat. Antara persepsi-persepsi tersebut ialah sehingga ada yang menyamakan Sabah dengan penduduk miskin Somalia, lebih menyedihkan lagi melabel penduduk Sabah miskin sehingga ada yang mati kebuluran dan macam-macam lagi. Walhal perkara itu tidak berlaku sama sekali, dan tidak lain hanyalah persepsi orang-orang yang kurang berfikir.


Saya tidak menafikan, menurut pengamatan sendiri sebagai penduduknya, Sabah masih jauh mundur dari segi pelbagai aspek pembangunan jika di bandingkan dengan negeri-negeri lain. Tetapi tidaklah sampai tahap yang di katakan mati kebuluran. Kita harus berfikir lebih luas, Sabah miskin dari segi apa?? kita seharusnya berfikir di luar kotak,. miskin harta?? miskin jiwa?? atau miskin yang bagaimana??kemiskinan di Sabah itu amat subjektif.. Maka saya tidak setuju kalau ada yang mengatakan penduduk Sabah miskin sehingga melarat..


Maka, kalau iyapun Sabah itu negeri termiskin, siapa harus di persalahkan??

Seperti yang saya katakan di awal bicara tadi Sabah merupakan negeri yang kaya dengan hasil galian serta pertanian yang secara langsung menyumbang kepada pembangunan Negara khususnya,. persoalannya, kenapa Sabah masih mendapat status negeri termiskin di Malaysia?? kemana perginya hasil-hasil galian serta pertanian tadi?? kemana perginya hasil-hasil minyak serta balak tadi??

Pendapat secara liar, sebenarnya kemiskinan di Sabah berkait dengan kewujudan "unjustice" di dalam rantaian politik, sosial dan ekonomi. Dikriminasi samada politik, sosial dan ekonomi sememangnya wujud. Perkara ini di burukkan lagi dengan kewujudan para badut, barua, pembodek, kronism, pak kadok, penikus yang wujud dalam rantaian politik serta ekonomi yang membantutkan lagi pembangunan negeri Sabah. Jika bukan kerana mereka, kemana perginya hasil-hasil negeri?? Hilang di curi jembalang?? Dan siapakan mereka??

Tiada menjadi persoalan juga, apakah Sabah di jadikan "stor" atau "karung tinju" ekonomi agar supaya Malaysia mencapai kemakmuran bersandarkan teori Adam smith dan Mayned kaynes?? atau teori Ibn khaldun.??
Baru-baru ini dengar cakap-cakap kerajaan membuat kajian untuk tapak pembinaan tenaga nukleur dan pertanian untuk kelapa sawit dan getah, DI SABAH...??


Sebagai penduduk Malaysia, semestinya saya mahu melihat kemakmuran buat seluruhnya.. Tetapi harus bagaimana jika keadilan sosial dan ekonomi ini masih membelenggu setelah 53 tahun merdeka. Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri dengan senyum bangganya mengatakan Kerajaan berjaya mengatasi kemiskinan tegar dalam negara, persoalannya apakah yang di katakan oleh TPM tersebut benar-benar berlaku atau ianya hanyalah omong-omong politik pilihan raya akan datang?? Saya tidak bersetuju, kerana saya sendiri melihat dengan Mata kepala, masih terdapat kanak-kanak yang meminta menghulurkan tangan untuk mendapatkan sesuap nasi! Masih terdapat kanak-kanak terbiar tanpa pendidikan sewajarnya! Masih terdapat keluarga yang hidup tidak seperti sepatutnya! Malah apa yang menyedihkan, masih terdapat keluarga yang hidup hanya bergantung dengan cahaya pelita!!

Jika begini, bagaimana hendak mencapai negara Maju tahun 2020??

Pada pilihan raya lepas tahun 2008, Kerajaan Barisan Nasional telah berjaya memenangi kerusi parlimen dengan majoriti nipis tidak sampai 2/3, inipun hasil sumbangan negeri Sabah dan Sarawak yang di label oleh sesetengah orang stok Barisan Nasional. Keputuasan ini mengejutkan ramai pihak, terutamanya pemimpin-pemimpin kerajaan. Pilihan raya umum 2008 juga menjadi sejarah hitam buat  kerajaan sehingga ada yang menggelarnya "tsunami politik".

Bagi saya, kerajaan Barisan Nasional harus menjadikan kejadian itu sebagai pengajaran, Sabah tidak akan selama-lamanya menjadi lubuk emas kerajaan barisan nasional. Hal ini kerana, saya yakin dan percaya, jika kerajaan Barisan Nasional tidak berubah dan mengubah cara mereka, suatu hari nanti akan tiba kebangkitan anak-anak muda Sabahan yang menghukum mereka kerana kegagalan mereka dalam memastikan keadilan sosioekonomi negara.. Saya sendiri sudah mulai bosan dengan kerenah politik tempatan yang hanya tahu bercakap tetapi gagal melaksanakannya..


Justeru, dalam isu ini, pemimpin-pemimpin atasan negeri Sabah yang sedar akan perkara ini seharusnya menyuarakan berdasarkan "kritik bukan bererti anti" kerana  berbeza pendapat adalah teman yang baik.....

Friday, December 24, 2010

Mengapa Namewee diberi layanan Istimewa?



Nama Wee Meng Chee atau Namewee (gambar) sudah cukup popular di negara ini sebagai seorang ‘pelakon’ yang begitu berani mengguris perasaan orang Melayu dan Islam. Kalaulah ada anugerah, beliau dengan mudah boleh menang sebagai pelakon terbaik untuk kategori mempermainkan bangsa Melayu dan menghina agama Islam.

Apa istimewanya beliau? Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh masyarakat setelah beberapa kali mencetuskan kemarahan umat Islam, Namewee bukan sahaja tidak didakwa dan seolah-olah mempunyai imuniti, malah dijadikan ikon.

Pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri baru-bari ini di bangunan Parlimen dengan berpakaian ala rap (baju T, seluar jean, jaket hitam serta penutup kepala) mencetuskan kemarahan dan rasa tidak senang banyak pihak. Berbagai persoalan telah dilontarkan oleh berbagai-bagai pihak, untuk apa pula seorang menteri mahu memberi perhatian luar biasa dan bantuan kepada seorang yang boleh menggugat keharmonian negara? Namewee berjumpa menteri ini bagi meminta bantuan kerajaan membiayai pembikinan video 1Malaysia.

Ramai lagi siswazah menganggur seperti Namewee ini yang terdiri daripada semua kaum dan anak muda yang lebih kreatif dalam bidang seni, yang wajar diberi perhatian dan pembelaan, bukannya si pemuda yang telah mempermainkan orang Melayu dan Islam ini. Kita bukan hendak berbalah dengan menteri ini. Malah kita akui, beliau seorang yang mempunyai karisma serta kekuatan sendiri. Memang hak beliau untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja rakyat yang ingin mengadu hal. Tetapi dari segi prinsipnya, tindakan beliau dilihat kurang sesuai dengan suasana keresahan umat Islam dan orang Melayu terhadap pemuda ini. Suara majoriti rakyat tidak boleh diambil mudah.

Masyarakat juga ada hak untuk bertanya kepada menteri ini, apakah kelayakan seni, kepakaran atau sumbangan Namewee kepada negara sehingga mendapat layanan istimewa itu daripada seorang menteri? Masyarakat juga bukan tidak nampak, pemuda ini tidak mengikut etika berpakaian di Parlimen.

Sebagai menteri, beliau wajar meletakkan dirinya di tempat yang sepatutnya kerana tindakan menteri ini tidak kena pada tempatnya. Tindakan menteri ini juga boleh menimbulkan kekeliruan masyarakat apabila orang yang mencemuh, menghina, mengutuk kerajaan dan negara diberi layanan yang begitu istimewa.

Sebenarnya, ramai lagi yang berkebolehan, layak, berkemahiran serta telah berbakti kepada negara boleh membantu Perdana Menteri dalam memupuk konsep 1 Malaysia di negara ini. Bukannya hanya Namewee seorang sahaja yang dijulang dan mendapat layanan VIP daripada seorang menteri.

Sepatutnya, menteri ini membawa Namewee ke arah yang lebih bermotivasi seperti membantu anak muda ini berfikiran lebih rasional dan menanam semangat nasionalisme yang tinggi sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan menanamkan tingkah laku terpuji bukan membiarkan bertatasusila kurang sopan kepada masyarakat majoriti negara ini.

Wajar juga, isu Namewee ini dijadikan ikhtibar dan kajian untuk para pemimpin melihat semula, sama ada wujud kesilapan dalam sistem pendidikan khususnya yang berkaitan aspek nasionalisme. Kita perlu mendidik warganegara generasi muda yang mempunyai semangat nasionalisme tinggi, bukan warganegara seperti ‘Namewee’ ini.


* Penulis ialah Setiausaha Kehormat Gabungan Ikhtisas dan Usahawan Bumiputra Anak Selangor (GIBS).


Sinar Harian.

Saturday, December 11, 2010

Hati keCil seOrang Ibu...


Ibu...
kaulah wanita yang telah melahirkanku
merawatku
membesarkanku
mendidikku
hingga diriku telah dewasa

Ibu...
kaulah wanita yang selalu siaga tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala kuterbangun di waktu pagi, siang dan malam

Ibu...
adalah wanita yang penuh perhatian
bila aku sakit
bila aku terjatuh
bila aku menangis
bila aku kesepian

Ibu...
telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keredhaan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang
terdapat sinar kelelahan kerana aku

Aku yang selalu merepotkanmu
aku yang selalu menyita perhatianmu
aku yang telah menghabiskan air susumu
aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangismu

Ibu...
engkau menangis kerana aku
engkau sedih kerana aku
engkau menderita kerana aku
engkau kurus kerana aku
engkau korbankan segalanya untuk aku

Ibu...
jasamu tiada terbalas
jasamu tiada terbeli
jasamu tiada akhir
jasamu tiada tara
jasamu terlukis indah di dalam syurga

Ibu...
hanya do'a yang bisa kupersembahkan untukmu
kerana jasamu
tiada terbalas

Hanya tangisku sebagai saksi
atas rasa cintaku padamu

Ibu..., I LOVE YOU SO MUCH
juga kepada Ayah...!!!

Beberapa hari aku berada di hospital... Ini adalah pertama kali aku tengok begitu ramai pesakit-pesakit, tidak kurang yang kritikal.. Begitu gigih petugas-petugas hospital menjalankan tanggungjawab mereka tanpa rasa penat dan mengeluh. Muka mereka sentiasa di hiasi oleh senyuman yang membuatkan pesakit-pesakit berasa senang.. Mungkin itulah polisi serta prinsip mereka. Mereka telah di didik untuk menjadi insan yang sentiasa tersenyum melayan karena2 pelbagai lapisan pesakit. Mereka membantu tanpa melihat latar belakang pesakit.

Aku berada di hospital siang dan malam selama 4 hari 5 malam. Rata-rata pesakit di situ selain di awasi oleh jururawat bertugas, Mereka juga di awasi olen insan yang bernama IBU.. 

IBU....,
Demi anakmu kau tidak pernah mengenal erti penat.. Malah terlukis diraut syurga wajahmu ukiran-ukiran kesedihan, tangisan dan kerisauan tentang anakmu... Betapa mulianya engkau..

Semasa aku berada di sana sempat juga aku berbual dan bertanya kepada beberapa orang ibu mengenai masalah mereka.. ternyata mereka berada di sana hanya kerana kasih kepada anak yang terlantar kesakitan di hospital.. Hancur hatiku bila melihat airmata ibu yang mengalir dek kesedihan melihat anak mereka terlantar di hospital.. Sehingga baju dan makan tidak lagi terjaga hanya kerana risaukan anak mereka..

Aku mendekati seorang ibu di mana anaknya telah terbabit dalam kemalangan dan berada dalam keadaan kritikal. Ibu itu mengusap airmatanya lalu berkata kepadaku, "andai dapatku pindahkan kesakitan yang di tanggung oleh anakku ini kepadaku, aku sanggup mengantikan tempatnya, sambil berdoa dan mengalirkan airmata". Hancur hatiku melihatnya.. Aku hanya mampu menumpang kesedihan dan memberi motivasi serta sokongan semangat kepadanya,. Berat Mata Memandang Berat lagi Bahu memikul.. entah apa yang mereka rasakan, pasti kesedihan yang teramat sangat.

Aku berada di wad, tempat itu di penuhi oleh insan yang bernama ibu.. Malah petugas-petugas hospital pun di penuhi oleh golongan ibu.. Betapa sucinya mereka.. Betapa tingginya martabat mereka..

Pada 10/12/10 dalam pukul 9pagi, aku melihat seorang ibu menangis teresak-esak sambil di tenangkan oleh petugas hospital. Lalu aku mendekati mereka, aku pun menyapu bahu Ibu itu dan memberikan sokongan kepadanya walaupun hanya dengan kata-kata. Hanya itulah yang mampu aku katakan. Rupa-rupanya suaminya berada dalam keAdaan kritikal dan perlu di bawa ke ICU. Beberapa doktor sedang berusaha tuk merawat suaminya. Ibu itu tidak dapat mengawal kesedihanya..  terlalu sedih.. Betapa kasih sayang seorang ibu itu melampaui sempadan  antara anak dan ibu. Malah kepada sesiapa sahaja yang berada dalam keadaan kesusahan dan kesakitan, mereka turut merasakannya..



IBU........
Sesungguhnya kami tidak mampu membalas jasamu..
Engkaulah syurga kami..
Semoga TUHAN akan sentiasa melindungimu, memberikan kekuatan kepadamu, memberikanmu seluruh kebaikan..,
kerna kami tidak pernah rasa jemu dahagakan kasihmu...


Khas buat insan yang bernama Ibu..

Sunday, December 5, 2010

Proud to be Malaysian...

Harap tajuk dan isu yang aku mahu bincangkan tidaklah di pandang sebagai perkauman mahupun kenegerian.. we are Malaysian... Tetapi hanyalah mahu berkongsi sesuatu yang mungkin berguna kepada sesiapa sahaja yang merasakannya..

Aku bangga menjadi anak kelahiran negeri Sabah dan aku bangga menjadi Anak Malaysia.. Begitu juga dengan rakan2 yang lain.. Bila di tanya, pasti mereka menjawab perkara yang sama.. Kecuali kalau mereka yang kurang kesedaran sivik..

Baru2 ini kawan sekolah aku dahulu datang rumah seperti selalu. kami cerita2 kosong, tapi tidak lupa juga bercerita mengenai isu semasa, politik, dan apa2 je yang berkaitan.. kawan aku ni berbangsa kadazan dan beragama kristian. Malah aku pula berbangsa Bajau sulu dan beragama Islam. Tetapi perkara itu tidak menjadi masalah untuk kami duduk bersama, malah seringkali aku bertanya mengenai kefahaman agama mereka, begitu juga dengan dia.. Bukan nak belajar tetapi sekadar ingin tahu agar aku lebih paham dan peka mengenai sensitivi mereka..

Bagi aku perkara ini perlu, agar kita lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu daripada mengelak menyentuh perkara2 yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Sebenarnya sifat seperti ini sudah sinonim bagi kami masyarakat Sabah yang berbilang agama dan berpuluh2 suku kaum di dalamnya.. Sebab itu kalau kita teliti sejarah, tidak pernah sekalipun berlaku rusuhan mahupun ketegangan kaum di sini. Kenapa? kerna sifat toleransi, saling memahami serta saling hormat menghormati agama dan budaya adalah menjadi pegangan serta prinsip kami..

Aku sendiri mempunyai ramai kawan2 yang terdiri daripada bangsa serta agama lain, di Sabah serta Semenanjung. Malah aku mempunyai keluarga angkat yang beragama kristian. Bagi aku selagi kita paham serta saling hormat menghormati dan tahu batasan2 agama, perkara ini tidak menjadi masalah..Bila aku amati, sangat seronok, bersyukur jadi anak Malaysia.. Sangat menghargai kawan yang berbilang bangsa dan agama.. Sebenarnya bila kita duduk bersama dengan rakan2 yang lain, jangan terlalu memikirkan perkara-perkara yang boleh membawa perbezaan dan politik.. Perkara tu mampu melahirkan bibit2 perpecahan serta jurang antara kaum. Just keep in your mind, "kita sama saja".. Inilah sebenarnya yang mahu di terangkan dalam konsep 1 Malaysia.

Aku ingat lagi apabila ada sorang kawan tu bertanya "bila datang Malaysia"? aku pun bertanya, "Sabah ni bukan Malaysia k"? dia ketawa pastu kata, "owh ya lah".. tanpa rasa bersalah dan insaf.. Inilah punca kepada kerapuhan kita mengenai patriotisme apabila kita terlalu memikirkan perbezaan, lalu kita anggap diri kita berbeza daripada yang lain. Padahal kita adalah sama..

Pernah juga terbaca suara2 sumbang yang mengatakan semuanya Sabah nak.. "Sabah sepatutnya berterima kasih sebab dapat bergabung dengan tanah melayu".. Bagi aku perkara ini sepatutnya tidak perlu di jadikan isu.. siapa yang perlu dan harus berterima kasih tidak perlu ditimbulkan. Kerna aku percaya Sabah juga menyumbang kepada penbangunan Malaysia dan begitu juga negeri2 yang lain. Dan sewajarnya di berikan hak samarata..

kita tak perlu memikirkan sangat tentang perbezaan.. kita adalah sama. "Accept variety as a Blessing"...

Saturday, November 27, 2010

SANG PAK TURUT...

Gud morning guyss...
da lama rasanya tak cerita ape2... Baru dapat ilham nak cerita ni..hehe.

tibe2 bangun awal2 pagi ni terbacalah post seseorang kat facebook.. Bukan kali ini je, tapi sering kali.. tak kisahlah dia nak tulis apa pun kat wall dia tu, itu haknya.. begitu jugalah dengan aku.. aku ada hak nak tulis apa pun aku rasakan perlu..

Nak di ceritakan tentang seorang manusia ni, aku kadang-kadang menyampah+meluat dan macam-macam lagi. Apa yang di buat sebenarnya menunjukkan kejahilannya tentang perjalanan dunia ini.. Aku bukannya nak kata aku ni "expert" tentang semua ni, tapi tak lah sejahil dia ni. Yang hanya tahu menerima lalu menelannya bulat2.. Perkataan yang sesuai dengan dia ni "pak turut" yang hanya tahu mengiya dan menidakkan..

Berbalik kepada isunya, adalah budak sorang ni "pro" lah terhadap pihak tertentu.. Apa yang pihak tu lakukan semuanya indah belaka. semuanya sempurna, segala-galanya syurga baginya.. Aku mungkin tidak hairan kenapa dia bertindak demikian, sebab dia orang Melaka ataupun mungkin orang berada kononnya. Melaka negeri yang baru sahaja diisyhtiharkan sebagai negeri yang maju. Dan aku yakin mungkin dia sudah terbiasa dengan kesenangan mahupun kemewahan. Tidak seperti orang-orang yang duduk di negeri yang agak mundur sedikit seperti Sabah dan kelantan. Yang da biasa melihat kesusahan. Lalu lebih tahu menilai erti kesusahan dan keperitan, tak kisahlah siapa yang melaluinya...

Seperkara lagi berkemungkinan keturunannya merupakan "pembodek" ataupun "kronisme" kepada pihak tersebut lalu dia cuba memekakkan telinga, membutakan mata terhadap apa jua kerompongan yang pihak tersebut lakukan.. maklumlah apabila disajikan dengan kemewahan dia pun sanggup menjadi pak turut tegar... Kalau lah si Pak turut ini cuba mengembara ke negeri-negeri yang jauh lebih mundur yang di uruskan oleh pihak yang dia anggap sempurna itu, maka dia akan tahu bahawa pihak tersebut sebenarnya cacat, tidak sempurna, penuh dengan ketidakadilan, dan pelbagai lagi kekurangan yang ada. Tidak seperti yang dia laung2 kan,. tidak seperti yang dia lihat secara tersurat..

Sedih sangat, bila tengok dia ni.. dia bukannya bodoh. tetapi pandai cuma mungkin kurang cerdik.. Aku bukannya apa, kalau iya pun kita "pro" terhadap sesuatu itu janganlah terlalu taksub sehingga yang haram di halalkan, yang hak di batilkan..


Alasannya atas perintah ALLAH... alhamdulillah kalau macam tu.. Kalau iya pun dia taat setia kepada pemimpinnya  kononnya atas perintahNYA, takkan dia kaku, bisu  sehingga dia tak boleh menegur segala kesilapan2 yang dilakukan. Seperkara lagi kalau iyapun niatnya suci kononnya atas perintahNYA, kenapa perlu dia nak post kat facebook perkara2 yang boleh menimbulkan kebencian. Kenapa perlu dia nak mengkeji seseorang itu hanya kerana anda rasa andalah yang betul?? Aku yakin semua ini hanyalah semangat taksubnya yang berkepentingan... kalau niat anda betul anda sepatutnya bersifat "neutral".. tiada yang benar melainkan kebenaran.. Ini tak, duk post benda2 yang karut. yang menimbulkan kebencian.. sangat taksub..

Kita perlu ada pendirian yang nyata melalui kaca mata sendiri.. dan perlu kita suarakan. Bukan hanya kerana kita ada kepentingan lalu kita membiarkan kebenaran terus terkubur oleh dek kemewahan.. Kita perlu bersikap adil.. Tak kisahlah pihak yang mana lakukan, yang salah itu tetap salah.. dan perlu di suarakan..


"tiada manusia yang sempurna termasuk aku dan juga kamu.."

Thursday, November 18, 2010

paGi yanG inDah...







Pukul 3.27pagi..

tiba-tibe je terjaga dari tido, n then susah pulak lah nak tido.. boring tak tahu nak wat pe, terfikirlah nak tulis sesuatu kat blog aku ni.. ni lah teman hidupku..hehe.

lewat-lewat malam ni sayu je, sunyi dan tenang.. bila suasana macam ni menjelma, mula lah ingat kenangan lalu.. rindu kat kawan-kawan.. rindu kat si dia.. rindu kat segala-galanya...Entah Dia buat apa sekarang.. mungkin tenga tido coz esok dia kena kerja.. enta pe cerita dia sekarang, mungkin tenga bahagia bersama org lain yang dia cintai..


Dia rindu aku k?? rasanya perna tak terdetik hatinya tuk mengingati aku?? atau............ dia langsung tak memikirkan aku ataupun tiada keperluan tuk mengingati aku??........
aahhhhhhhh..! kenapa aku perlu fikir sal dia ni.. kenapa aku perlu fikir semua ni... Oh God...


kalau lah sekarang aku bersama kawan2, da tentu aku seronok, leh lepak2 dgn dorang, leh meracau, leh gelak ketawa, leh mengumpat.. seronok sangat masa bersama kawan2. Tapi apakan daya, hukum alam menuntutnya.. perpisahan yang pastinya akan berlaku..

teringat kenangan masa belajar kat unisza terengganu dulu.. bila fikir je Terengganu, macam-macam kat kepala ni.. perasaan takut r,. maklumlah, sebelum ni tak pena pun g terengganu.. Tak tahu budaya kat sana macamna.. Tapi bila da kat sana, jumpa ramai kawan dan kenalan.. Tuhannn... seronok sangat.. orang-orangnya peramah gilerrr...

macam-macam aku lalui kat sana.. bab-bab cinta ni jangan cakap lah.. dah lali da... sometime pena terfikir gak surrender nak duduk sana.. tapi bila fiki balik, kenangan kat sana semuanya seronok.. walaupun ada gak kenangan pahit, semuanya tu memberi pengajaran kat aku.. semenjak duduk universiti, dah tahu menghargai sebuah perhubungan, baru aku kenal erti kasih sayang, baru aku lihat betapa berharganya setiap detik dan masa.. baru aku tahu betapa indahnya sebuah kehidupan....

nak cerita pulak sal bab-bab cinta...
emmm..  perna gak kecewa dan mengecewakan orang.. tapi bi banyak bab dikecewakan.. aduhhh, kadang-kadang takut untuk aku jatuh cinta lagi.. takut tuk terluka.. tapi bila difikirkan balik, tu memang jalan hidup manusia.. apa yang membezakannya, situasi dan jalan yang kita pilih.... tipulah kalau ada orang kata "eisshh, tak nak lah bercinta pasni".. dia tak tahu bila dia jatuh cinta.. apapun lupa.. semuanya rasa indah.. yang pahit jadi manis..

aku tak pena kata pun aku ni sempurna, tapi sometime aku bersyukur dengan diri ku... pe pun yang terjadi di sekeliligku, kecewa tahap menonggeng pun, aku tak perna lupa tanggungjawabku sebagai student.. study tetap study.. coz bila aku pikir balik, benda tu takkan membawa kita kemana-mana.. memang r sakit,. memang r sedi... tapi aku yakin ada lagi perkara yang lebih menyakitkan berbanding bab "kecewa" ni..

rindu sangat kat dier.. walaupun aku dan dia takda hubungan special.., tapi aku sangat sayangkan dia.. da beberapa ari ni menyepi je.. aku mesej pun tak reply.. senyap je..padahal dia tau perangai aku, tak suka bila orang tak reply mesej aku.. terus merajuklah konon...


tapi takpelah, bukan selamanya kami akan berhubung,.. bukan selamanya hati manusia tetap yang sama.. suatu hari  nanti pasti akan berubah.. aku tahu kita takda kudrat nak suru seseorang tu tuk ikut kata kita.. tuk ikut kemahuan kita.. mungkin sekarang dia da ada couple.. mungki tenga bahagia.. manalah ada masa nak layan aku.. maklum lah orang tenga bercinta ni, semuanya tersa indah.. apapun boleh lupa... hehehehe...

k lahh.. dah takda idea nak cakap apa.. nak tido lak..
selamat malam...................

Monday, November 15, 2010

Salam aiDiLaDha bUat selUruhnYa....



Rasulullah bersabda;
Maksudnya;

“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)

Saturday, November 13, 2010

Ku penDam seBuah Duka...

seBuah kiSah yG diCiptakan...

Dengan seluruh cinta yang ku punya..
Tanpa ku lihat siapa dirimu sebenarnya..
Ku mencintaimu apa adanya..


namun, kamu hanya mengungkapkan sayang persahabatan di antara hubungan kita.. aku sedih.. tuhan saja yang tahu betapa remuknya hatiku,.. betapa hancurnya jiwaku..

nafasku seakan-akan di hujung leherku, degupan jantungku seakan-akan terhenti...

"sory.. aku mencintai dia.. dan aku akan terus mencintai dia, aku hanya menerima kau sebagai seorang teman"...

awak... tau tak betapa aku kecewa bila ungkapan itu yang aku dengar.. kau membunuh hatiku sekali lagi...setelah kau muncul dalam idupku tuk memberi ruang nafas baru ku..
 sebelum ini, aku sudah cukup terluka.. Oh tuhan.. aku tak mahu salah langkah lagi, cukuplah bagiku merasakan "luka".. namun kau hadir untuk memberikan luka.. luka yang aku pendam..

"takpe, aku boleh terima.. kita kawankan.. kaulah kawan aku paling baik.. kau selalu buat aku ceria" (senyuman di sebalik duka)

awak.., aku lalui hari-hari itu dengan penuh ceria, gelak tawa, gurau senda bersama mu.. seperti tiada apa yang berlaku.. kau sering kongsi cerita, meluah dengan aku tentang DIRINYA yang kau CINTAI.. aku cuba menjadi pendengar yang baik, dengan memberikan pelbagai respon walaupun pada hakikatnya aku terluka.. aku gagahi hanya semata-mata aku tidak ingin berpisah dari senyuman mu..

tahukah kau, sesudah itu aku menangis bersendirian dalam kamarku.. aku terlalu sedih sehingga kadang-kadang tidak mampu aku tanggung.. hatiku memberontak..

"aku benci kau! tak nak berhubung dengan kau lagi! aku menyesal mengenalimu!"hatiku merajuk.. namun engkau terus pergi tanpa pujukan itu..

awak.., betapa aku mengharapkan pujukan itu.. tetapi kau ternyata ego.. kau seolah-olah lebih suka melihat aku dalam keadaan seperti ini.. berhari-hari aku menunggu pujukan darimu.. namun harapan itu kecundang jua.. aku tewas lagiiiiiii!!

"aku minta maaf.., aku tahu semua ni salahku.. aku emosi.. kau jangan kecik hati tau.. aku tak berniat pun"...

aku terus memendam sebuah duka.. kau meluah lagi.. tapi kali ini, kau sedih kerana da putus dengan si dia.. hehe.. hatiku ketawa, sinar harapan muncul kembali..  aku bermanja, merajuk, menumpang kasih dengan kau.. hidupku ceria kembali.. kau pula sentiasa melayan karena ku.. kau sentiasa memujuk ku..

tapi.. semua itu hanya sementara.. kau menjumpai insan lain..
kenapa!? kenapa!? kenapa!? apa bezanya aku dengan dia? apa kurangnya aku dengan dia? aku boleh berikan segala-galanya..

awak.... aku sedihhh tau.. kenapa buat aku mcm ni.. tidak cukupkah kasih dan sayangku selama ini..


"aku sayang kau... aku sayang kau lebih daripada kawan2 yang lain, percayalah.. aku takkan lupakan kau sampai bila-bila, cuma.. aku tak boleh menerima cintamu... sebab cinta itu akan merosakkan persahabatan kita, aku arap kau faham"

awak.. itukah alasanmu.. tapi tahukah kau,. betapa aku sedih, kecewa dan tersiksa... kenapa insan lain lain kau terima, knapa aku tidak..??kenapa kau tidak pergi jauh je dari hidupku.......

aku mulakan hidup baru.. aku mulai muhasabah diri, memandang jauh kelubuk hatiku.. betapa kau bukan milikku.. cintamu bukan milikku.. hatimu bukan untukku... aku berputus asa tuk memperjuangkan cintaku.. kerana itu sesuatu yang mustahil..

"aku tau selama ini aku sala kat kau.. aku selalu desak kau.. kau memang baik.. aku harap kita boleh kawan wat selama-lamanya.. bole kan?"

kau menyambutnya dengan senyuman, yang tentunya menyenangkan hatiku.. senyuman itu menggegarkan hatiku...

detik-detik akhir itu kita keluar bersama.. akupun tak pasti samaada kau seronok keluar dengan aku atau tak.. kita jalan-jalan, shoping.. bergurau, berseronok seperti sedia kala..

awak.., tau tak, betapa aku seronok saat-saat itu.. andaiku mampu menghentikan masa, saat itu akan ku lakukan, andaiku mampu mengulanginya, akanku lakukan.... namun, aku tidak terdaya...

masanya semakin tiba.. detik perpisahan yang selama ini aku takuti.. aku takut untuk melaluinya..

kau hantar aku ke stesen bas untuk aku pulang... aku sentiasa melihat raut wajahmu.. hatiku sedih.. kalau dahulunya aku yang memulakan pelukan, namun kali ini berbeza.. kau memeluk aku terlebih dahulu.. aku dapat merasakan kesedihan di wajahmu... hatiku menangis.. aku terus menaiki bas.. tak sanggup lagi aku melihat wajahmu...

awak.., tau kah kau,.. disepanjang perjalanan itu aku menangis seperti seorang budak yang kehilangan ibubapanya...aku tidak mampu menahan kesedihan itu, aku tak mampu menahan airmata itu.. ia nya terus mengalir.. aku tidak lagi mempedulikan orang-orang di sekelilingku..

aku sedih berpisah dengan kau.. kerna itu adalah pertemuan yang terakhir bagi kita...aku sayang kamu.........

andai tuhan tidak menciptakan perpisahan…
mungkin aku masih di sana bersamamu menemani mu menjalani hari yang tak sempat kita lewati dengan senyuman…
tahukah kau, sehingga kini aku gagal melupakan kau. hatiku masih menyimpan rapi namamu.. walaupun kehadiran insan lain dalam hidupku yang mungkin lebih jauh dapat memberikan kesenangan ku.. namun hati ini tetap berkata yang sama..

Aku terus bersedih.. tau x awak, betapa aku mencintaimu.. sehingga cinta-cinta yang datang aku tolak hanya kerana aku masih mencintaimu...

Kita masih berhubung.. melalui sms dan facebook.. masih seperti dulu.. kita masih berkongsi cita dan rasa.. aku masih merajuk seperti dahulu... tapi seperti selalu, kau tidak memujukku lagi seperti dulu.. aku paham...

tahukah kau, kadang-kadang kau bercerita tentang sesuatu yang membuatkan hatiku terusik.. sedihh.. tapi aku tak menyalahkan kau... aku paham.. ini sala hatiku yang mencintaimu.. aku kena terima seadanya..

tangisan pilu..
Terdengar dari hatiku..
Tak bisa kujauhi itu..
kau masih terdapat dalam kalbu..

sepertinya ku harus terbiasa mengisi hariku tanpa kehadiranmu..
kini hati telah berhenti tuk mengharapkanmu
kehampaan hati ini perih ku rasakan
semenjak ku memutuskan tuk jauh darimu...
apakan daya semua telah terjadi
kini hanya bisa merelakan mu pergi dengannya..
tersenyum dengan luka yang kau beri untuk ku,,







cerita diatas Rekaan semata-mata......

Saturday, November 6, 2010

Dunia Politik Kita...

Takziah wat saudara2 kita yang ditimpa musibah banjir kebelakangan ini,. Semoga anda diberikan kekuatan dalam menempuhi ujian ini..


Sudah hampir seminggu hujan menimpa negeri-negeri di Utara yang telah menyebabkan berlakunya banjir. Perkara ini sering berlaku saban tahun, namun tahun ini jauh lebih teruk terutamanya di Negeri Kedah. Kesian kat kawan2 yang duk sana, "sabaq noh"..


Berbalik kepada isu yang aku nak cerita, aku berasa dukacita+sedih+kesal terhadap dunia politik negara kita Malaysia. Di sebalik peningkatan mangsa banjir ada juga segelintir pemimpin politik kita yang menangguk dia air yang keruh, dengan kata lain bermain politik. Persoalannya, perlukah??


Baru-baru ni Menteri Pembangunan Wanita, masyarakat dan keluarga keluarkan "statement" yang berbaur politik, katanya " kerajaan negeri lembap, jangan lepas tangan" dan macam2 lagi. Begitu jugalah halnya Timbalan Menteri, kata yang sama. Samada betul ke tidak dakwaan mereka, itu terpulang kerana aku faham mereka orang politik suka bermain politik. Permasalahan disini, sikap mereka ini menimbulkan kekecewaan kepada rakyat. Seolah-olah mereka saling tuduh menuduh, tunjuk menunjuk siapa yang perlu dan harus memberi bantuan. Sedangkan mereka tidak fikir bahawa rakyat Kedah yang di perintah oleh pembangkang itu juga merupakan rakyat Malaysia, membayar cukai yang sama. 


Satu lagi persoalan yang timbul dibenak fikiran ku, kalau betul2 dorang nie ikhlas , tak kisahlah dari pihak kerajaan ke, atau pembangkang, mereka sepatutnya tak mengira fahaman ideologi politik dalam memperjuangkan nasib rakyat,. Ini tak, musim2 banjir nie, ramai rakyat yang di himpit dek bencana, sempat lagi mereka nak berpolitik, kata ni sepatutnya tugas mereka,.  


Kita tak boleh salahkan 100% kerajaan negeri yang di perintah oleh pembangkang, kerana sumber2 mereka amat terhad, kuasa juga terhad,  lebih2 lagi bencana banjir yang paling teruk dalam sejarah ni, padanlah dengan tanggungjawab kerajaan persekutuan yang mempunyai kuasa dan sumber yang lebih banyak. Kerahkan agensi2 berkenaan, jentera2 dan macam2 lagi. Sebab mereka mampu. Semua jentera2 seperti Polis, pasukan penyelamat,tentera, pasukan kesihatan dan macam2 lagi agensi di bawa kuasa mereka. Tak macam kerajaan negeri yang amat terhad sumbernya. Kalau tak kesiankan pemerintah mereka pun, kesiankanlah rakyat..


Bagi aku sendiri kalau betullah kerajaan negeri langsung tidak memberikan bantuan, biarkan mereka. Biar mereka dengan dosa mereka, kerna rakyat sendiri dapat menilai setakat mana kemampuan mereka. Tak perlulah nak cakap kat media, pastu keluar kat tv cakap macam ni, cakap macam tu. Yang penting buat keja. Jangan risau rakyat tak buta, kalau kerajaan persekutuan bantu dengan ikhlas dan gigih, rakyat nampak, Tuhan pun nampak. Dan insyaAllah dapat pahala kalau keja baik.


Aku lebih suka tengok cara Menteri Besar Perak Dr Zamry, walaupun berbeza fahaman politik beliau dapat berkomunikasi dengan Menteri Besar Kedah, berbincang mengenai bantuan2 yang perlu. Begitu jugalah hal nya Menteri di jabatan perdana menteri Datuk nazri. Mereka berbincang, berkomunikasi secara baik atas dasar keprihatinan terhadap rakyat.


Kenapalah politik kita macam ni. Sepatutnya mereka mencontohi semangat patriotisme pemimpin Amerika Syarikat. Soal yang melibatkan rakyat mereka bersatu duduk berbincang untuk mendapatkan keputusan terbaik bagi rakyat mereka,. Tak kiralah dari parti republik mahupun Demokrat, mereka bersatu, berpakat dalam soal2 kenegaraan. Kalau kat negara kita ni,. pembangkang terus membangkang, pencadang terus mencadang. Walaupun benda tu membawa kebaikan atas dasar politik kepartian mereka terus membangkang, begitu juga sebaliknya walaupun benda itu pada hakikatnya salah, mereka terusan menyokong,..


Pendapat di atas adalah atas kapasiti aku sendiri dan jauh sekali di pengaruhi ideologi politik. Apa yang aku lihat dan tengok sendiri...


"Teringat petikan kata2 YB Mad ALWI, semasa perhimpunan Umno, beliau mengatakan kita kurang ROH KEIKHLASAN"


Friday, November 5, 2010

pejuang sejati Bangsa...




Perjuangan yang belum selesai...


Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertiny
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa...
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar
Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya
Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996




" manusia yang lemah sekalipun jika bersatupadu akan dapat menggoncang dunia"... Mahathir,..















































Saturday, October 30, 2010

Kita perlu berbangga...

Semalam tengok berita kat tv, semuanya sibuk bercerita tentang bola sepak Piala Malaysia.

Akupun nak jugak lah berkongsi cerita tentang bola sepak Malaysia yang kadang-kadang ada jer kontroversinya. Walaupun aku bukanlah peminat sukan terutamanya sukan bola sepak, tapi taklah sampai tak ambil tahu langsung.. Minat gak ambil tahu mengenai perkembangan sukan Negara.

Sebelum itu, aku ingin mengucapkan TAHNIAH kepada pasukan Red Warrior, Pasukan Kelantan yang telah menjuarai Piala Malaysia buat pertama kalinya semalam. Tahniah juga buat Negeri Sembilan kerana layak ke perlawanan akhir.. Adat pertandingan, kalah dan menang, apa yang pastinya anda semuanya hebat..

Berbalik kepada cerita,. kebelakangan ini aku tengok bola sepak tempatan semakin rancak dan mendapat sambutan dari kalangan penyokong tempatan. Semalam stadium Bukit Jalil dipenuhi lautan penyokong tempatan, seolah-olah macam perlawanan pasukan luar negara pulak. Yelah, dulu kalau aku tengok bila perlawanan antara pasukan bola sepak tempatan, stadium suram je tanpa sorakan gemuruh penyokong, di penuhi oleh pekerja2 serta urusetia pasukan bola sepak je,,.

Dulu, penyokong tempatan memandang sepi pasukan bola sepak tempatan, juga ada segelintir penyokong tempatan memandang sinis dan melabel pasukan tempatan sebagai "ayam kampung! lembik! bosan!" dan macam2 lagi.. Bukan apa, mungkin masa tu aura ataupun belang pasukan tempatan kurang menyengit.. ataupun mungkin juga kurang kesedaran semangat patriotisme dikalangan penyokong tempatan,. entahlah itu andaian aku jak..

Dari sudut pandangan ku, dalam sukan bola sepak ni, aku lebih tertarik melihat penyokong pasukan kelantan.. Bukan apa, aku suka tengok semangat yang ada pada mereka dalam memberikan sokongan kepada pasukan mereka.. Dalam kejadian rusuhan dulu, semasa perlawanan bola sepak yang melibatkan penyokong pasukan kelantan, sehingga menyebabkan perbagai implikasi yang timbul, aku lihat disebalik keburukannya, ada juga kebaikan yang tersirat.. Bagi aku, semenjak kejadian itu, Bola sepak tempatan semakin rancak dan mendapat sambutan daripada penyokong tempatan. Bola sepak tempatan juga mendapat publisiti secara percuma melalui perbualan2 masyarakat tempatan..

Apa yang aku nak cakap, semangat yang ada pada penyokong kelantan itu perlu dijadikan contoh agar kita boleh lihat suasana serta aura bola sepak tempatan terus bernyawa justeru terus menempah kejayaan suatu hari nanti.. Kita tahu sukan bola sepak da diikhtiraf sebagai sukan nombor 1 negara, nahhh,. kalau begitu semangat ini yang kita mahu. Kerana bukan apa, bagi aku sorakan serta sokongan penyokong merupakan sesuatu yang penting dalam perlawanan bola sepak.. Merekalah yang menghiasi suasana stadium dan menambahkan lagi dramatik pentas perlawanan itu.

Bukanlah aku nak kata kita perlu merusuh bila pasukan kita kalah, tetapi semangat yang tersirat itu yang perlu kita contohi.. ambil yang baik sahaja untuk dicontohi.. lagipun, bagi aku ada "advantage" di sebalik kejadian itu.. Mungkin suara-suara sumbang yang suka mengkritik serta memandang sinis pasukan bola sepak tempatan akan sedar bahawa bola sepak tempatan juga "ada aura" ape..

Aku ingat lagi, masa kedudukan bola sepak negara jatuh di tangga tercorot dunia, FAM mendapat kritikan hebat dan macam-macam lagi desakan yang dibuat. Aku tak salahkan mereka yang mengkritik tetapi kritikan itu biarlah dari sudut yang positif dan membina. Aku yakin mungkin dikalangan yang mengkritik itu mahu melihat Bola sepak negara terus maju selaras dengan kemajuan negara. Kepada penyokong pula, kita juga harus sedar, kita perlu terus memberi sokongan dengan mencontohi semangat penyokong kelantan. hehehe.. Barulah nampak kita ni memang peminat nombor 1 sukan bola sepak.

Rasa terharu dan bangga bila melihat suasana stadium semalam walaupun hanya di kaca tv. Apa yang penting semangat patriotisme tuk menyokong pasukan tempatan tu ada. Janganlah kita melihat sokongan keatas pasukan negeri itu dari sudut yang negatif, tapi mari kita melihatnya dari sudut yang positif.. kerana aku yakin ianya untuk MALAYSIA...



Sekali lagi syabas buat kedua-dua pasukan.. suatu hari nanti kita akan lihat pasukan negara berentap di persada dunia...

" teringat, masa sukan komenwal baru-baru ini, atlet angkat berat negara Aricco Jumith, tidak sengaja memakai baju yang ada label "Sabah" telah mendapat kritikan daripada beberapa pihak, kononnya semangat kenegerian.. perlukah nak dijadikan isu..?? walhal semasa beliau menerima emas, lagu serta bendera Negara juga yang dinaikkan.. kita sepatutnya melihatnya dari sudut positif"

Antara tegur kerajaan dan sokong pembangkang

Mahasiswa dalam negara dan luar negara selaku nadi negara mesti bijak dalam membezakan dua perkara yang dinyatakan di dalam tajuk di atas. Menegur pemerintah tidak sama maksudnya dengan bersetuju ataupun bersama-sama pembangkang.

Kita anak muda adalah agen perubahan dan ada pengaruh dengan magnitud yang luar biasa. Justeru, sebarang keputusan yang diambil kerajaan mesti kita fikirkan dengan matang dan penuh hikmah.

Jika keputusan yang baik diambil oleh kerajaan, kita wajar memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi, namun jika dirasakan ada cacat cela yang signifikan, luahkan buah fikiran anda, nyatakan pandangan anda dengan yakin dan penuh tanggungjawab.

Ingat, memberikan pandangan sebegini tidak semestinya anda bersama-sama barisan pembangkang!

Ini kerana pembangkang juga terbuka kepada kesalahan yang sama samada pada masa kini semasa menjadi pembangkang mahupun setelah memegang tampuk pemerintahan negara nanti. Namun apa yang penting di sini, di manakah NILAI pendirian anda?

Bangunan 100 tingkat


Bayangkan jika anda mempunyai wang sebanyak RM 5 bilion, ke mana anda mahu membelanjakan wang ini untuk pembangunan negara?

i) Menaik taraf sistem pengangkutan awam (LRT, KTM) di KL setaraf dengan TFL

ii) Membangunkan Pulau Langkawi sebagai Pulau Ikon sedunia

iii) Membina bangunan Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat

iv) Menghantar tambahan 5000 pelajar perubatan ke UK atau 50,000 pelajar perubatan ke Mesir

v) Membina lebih banyak sekolah berasrama penuh?

Perbincangan inilah yang membentuk asas kepada belanjawan negara, sebagaimana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri negara baru-baru ini. Dan cadangan ketiga telah diumumkan oleh Perdana Menteri negara. Apa pendapat kita selaku mahasiswa?

Antara hujah-hujah sokongan adalah;

i) Tanah ada nilai yang tinggi, jadi alang-alang nak bina bangunan, kena bina tinggi

ii) Jana ekonomi negara - tarik pelabur luar

iii) Peluang pekerjaan melalui pengagihan projek-projek

iv) Kita perlukan ikon negara maju

Manakala hujah-hujah balas pula adalah;

i) Subsidi akan dimansuhkan. Rakyat semakin sengkek..

ii) Berapa banyak gedung perniagaan di KLCC dimiliki bumiputera dan rakyat Malaysia pada hari ini?

iii) Rakyat memerlukan bonus dalam zaman kesempitan ini.

iv) Kos awal RM 5b, confirm naik punya, macam projek istana negara, atas 'sebab-sebab' tertentu.

Apa juga hujahnya, golongan yang berusia awal 20-an harus sedar, di mana nilai pandangan anda? Adakan sekadar disimpan rapi di dalam peti, atau terkunci di dalam peti suara? Bahaskan dengan bijaksana. Ingatlah wahai mahasiswa sekalian, pandangan anda bernilai, dan hanya bernilai apabila anda suarakan.

Dan ingat, menyuarakan padangan tidak semestinya anda menyokong pembangkang!

'Isu Rosmah' pula meyusul


Beberapa hari selepas pembentangan bajet negara, seantero negara gempar dengan aksi-aksi 'panas' semasa Islamic (Islamic?) Fashion Festival (IFF).

Pelbagai NGO bangkit membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu.

Rupanya ada pakaian yang membuka aurat dan terpampang nama 'Muhammad' secara terbalik di dada si peragawati. Beberapa persoalan di sini;

i) Penggunaan nama 'Muhammad' ini sememangnya satu penghinaan, jika ia benar.

ii) Namun begitu, kalau dilihat dalma konteks yang lebih besar, penganjuran program seumpama ini juga sudah merupakan satu penghinaan besar.

Walaupun namanya fesyen Islam, namun pemakaiannya langsung tidak Islamik! Ibaratnya kalau kita mahu menjual kereta Proton, namun kita iklankan di akhbar yang kita mahu menjual kereta Jaguar. Adakah tindakan kita itu adil?

Dalam hal ini, tanpa mengira siapa sekali pun yang bersalah, mahasiswa wajar mengambil tahu akan apa yang berlaku, dan suarakan teguran anda.

Bagi yang beragama Islam, apabila cara hidup anda dihina, anda wajib bangkit mempertahankan dan menegur kesilapan yang ada. Dan bagi yang bukan Islam, apabila ada agama lain yang dihina, atas semangat 1Malaysia, kita mesti bersama-sama bersatu dalam membetulkan kesilapan yang telah dilakukan, demi kemaslahatan bersama.

Wahai mahasiswa, jangan ragu-ragu menyatakan nilai pendirian anda.

Zaman sekarang kita ada blog, media alternatif, akhbar tempatan dan medan sosial maya seperti Facebook. Nyatakan pendapat anda dengan penuh hikmah dan beradab dan penuh ikhlas.

Dan menyatakan pendirian anda tidak semestinya anda menyokong pembangkang. Anda sebenarnya menyokong jati diri anda!

Muhd Firdaus Abdul Rahim
Malaysiakini

Thursday, October 28, 2010

Adilkah??

emm...
lewat2 pagi nie borink pulak.. tiba-tiba terfikir nak cerita sesuatu.. fikir punya fikir, terlintas pula mengenai isu kebebasan media di negara kita ini, Malaysia...

hehehe.. tak hairanlah ada kawan2 yang anta sms, komen kata cerita aku ni memborink kan.haha.. Bukan ape, dorang kata cerita aku ni tak habis-habis mengenai politik, ada juga yang kata aku ni terlalu kepartian.. huhu...

Aku terima itu sebagai kritikan yang membina, lagipun pandangan masing2.. Dan jauh sekali nak menyalahkan dorang. Yelah, bagi aku, setiap orang ada kebebasan bersuara dan dorang bebas memberi pandangan .. Macam aku jugak lah, semua yang aku tulis lahir daripada hati dan naluri aku..hehe.. semua atas kapasiti dan pandangan peribadi aku..

Jadi, berbalik kepada cerita.. kadang-kadang aku nak tergelak lah tengok gelagat beberapa pengamal media yang nampak sangat terpesong jauh daripada fungsi sebenarnya.. Tidak kiralah samaada media elektronik mahupun media cetak.. Pengamal-pengamal media ini nampak sangat PRO terhadap pihak tertentu sehingga gagal menjadi satu entiti ataupun medium yang menyampaikan berita mahupun cerita yang benar. Tidak hairanlah kebebasan media di Malaysia masih jauh ketinggalan jika di bandingkan dengan negara-negara lain yang jauh lebih mundur.

Di Malaysia sendiri, mempunyai beberapa stesen TV, antaranya, RTM merupakan tv stesen kerajaan, tv3 stesen tv swasta, juga seperti ntv7, astro dan lain2.. Aku lebih suka melihat RTM dan TV3 untuk dijadikan contoh dalam cerita ini..

Kalau mengikut pengamatan ku sendiri nampak sangat dua stesen tv ini tidak bersifat adil dalam menyiarkan sesuatu berita terutamanya mengenai politik semasa dalam negara.. Mereka lebih di lihat PRO kepada pihak tertentu dalam memberi liputan mengenai isu tertentu terutamanya melibatkan isu pembangkang..

ha... jangan cakap aku ni pulak bersifat kepartian dan pro pembangkang.. tetapi hanyalah sekadar memberikan pandangan.. aku juga mahu melihat pengamal media ini lebih adil dalam memberi liputan terutamanya mengenai politik negara agar masyarakat dapat menilai sendiri setiap isu yang timbul.. Aku juga percaya masyarakat bukanlah bodoh untuk memilih mereka yang salah.. Jadi, pengamal media tidak perlu takut untuk melaporkan perkara-perkara yang benar..

Mengenai isu pro ataupun natural ni, kalau aku tengok laporan media di tv  yang berat sebelah, aku jadi cuak, menyampah dan kecewa.. Bukan apa, kita sendiri dapat menilai tahap kejujuran dan ketelusan mereka dalam membuat laporan.

Sebagai contoh, isu terdekat ni, mengenai pilihan raya kecil yang diadakan di Galas Kelantan dan Batu Sapi di sandakan, aku tengok stesen tv ini lebih suka membuat liputan mengenai parti pemerintah sahaja, semuanya tentang kemegahan, kejayaan, kemewahan yang mereka sudah ataupun sedang lakukan.. semuanya tentang kemanisan saja..

Adapun dorang wat liputan mengenai parti lawan semuanya tentang keburukan dan kerompongan pihak pembangkang. Dorang tak bagi peluang pun pihak lawan memberi ulasan, jauh sekali bercerita mengenai sumbangan yang telah pihak lawan lakukan. ADIL KAH?? sedangkan ada pemimpin tertentu mengatakan RTM juga akan buat liputan tuk parti lawan.. tapi masih tidak kelihatan..huhu.. omong kosong...

Banyak lagi contoh-contoh terdekat sebenarnya sebelum ini.. kalau di ceritakan semuanya, huuuu... 1, 2 buah novel pun tak cukup..kadang-kadang geli hati nak tengok.. Tidak hairanlah banyak wujud media alternatif yang di lihat oleh generasi muda zaman sekarang ini lebih bersifat natural dan menjadikannya sebagai bahan bacaan mereka.. percaya atau tidak itulah hakikatnya,.. akupun lebih berminat baca media alternatif.

Bukanlah  nak cakap ni sebab aku pro pembangkang, tetapi kalau boleh kita nak lihat biarlah pengamal media ini lebih adil dan telus dalam membuat liputan,. Pembaca bukanlah bodoh membabi buta, tetapi pembaca terdiri daripada mereka2 yang bijak pandai,. Dorang tahu mana salah dan mana silapnya. Tidak hairanlah semasa pilihan raya umum 2008, kebanyakkan pengundi muda lebih menjurus untuk mengundi parti lawan,, kerana apa? mereka kecewa dengan keadaan ini. mereka rasa tertipu.. Mereka juga lebih berminat membaca laporan2 media alternatif seperti malaysia kini, blog, youtube dan lain-lain.
Bagi aku, apa yang penting pengamal media biarlah adil, jujur dan ikhlas buat kerja,.... jangan takut dengan pembaca.. Kami boleh menilai apa yang baik dan buruk..




" macam orang bercinta, semuanya indah belaka, semuanya manis belaka"

Tuesday, October 26, 2010

Apa yang Sepatutnya kami dapat...


Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.


"Sabah di bawah Umno yang masih ketinggalan, nombor satu miskin dan diikuti oleh negeri Terengganu. Kedua-dua negeri ini Umno yang memerintah dan mempunyai minyak, tetapi rakyatnya makan taik minyak.

"Sedangkan Kelantan yang diperintah oleh PAS, menduduki nombor enam, kemajuannya jauh berbeza dengan negeri yang Umno perintah.

"Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin kena merasa malu, kenapa Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia?" soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.



Kata Idris lagi, kenyataan Muhyidin itu seperti menggambarkan beliau seorang yang terhalang dari menerima maklumat dan tidak pernah melihat bagaimana PAS Kelantan membangunkan negeri selama 20 tahun lebih memerintah.

"Ini satu kenyataan yang bersifat emosi, mungkin Tan Sri Muhyiddin baru keluar betapa daripada Gua Tempurung terus ke Galas.

"Mungkin beliau juga seorang yang buta maklumat dan tidak pernah melihat dunia Kelantan," katanya.

Menurutnya lagi, pengundi Galas sudah selesa di bawah PAS dan Pakatan Rakyat dan mereka sendiri telah melihat keupayaan PAS memerintah Kelantan berbanding dengan Umno.

Rakyat katanya sudah muak dengan sikap Umno yang hanya bercakap dengan penuh retorik setiap kali pilihan raya diadakan.

MalaysiaKini




" Bukannya menyokong mana-mana pihak ataupun parti tertentu, tetapi inilah faktanya, Sabah yang kaya dengan sumber aslinya masih menjadi negeri termiskin di Malaysia.. kadar buta huruf dikalangan penduduknya masih tinggi, kemudahan2 asas masih daif dan tidak setaraf dengan sumbangannya kepada pembangunan Malaysia.. 

Bertuah penduduk Batu Sapi sebab ada pilihan raya kecil masa terdekat ni, mesti bantuan-bantuan dan projek-projek melimpah ruah akan di taburkan..."










Friday, October 22, 2010

Pengalaman mengajarku...




Bercakap mengenai pengalaman belajar kat Terengganu UNISZA,
ianya satu pengalaman yang sangat indah.. Pelbagai cerita, karenah, telatah, suka duka, pengalaman dan macam-macam lagi lah...! hehe.
Disini jugalah aku belajar mengenai ragam hidup, mengenal pelbagai manusia, belajar lebih menghargai, menyayangi.. kalau aku cerita kesemunya mungkin 1 buku novel pun tak habis..

Tahun 2007, aku mula belajar kat unisza, masa tu namanya UDM.. Masa mula-mula masuk kuliah, semuanya serba tak kena.. Aku serba tak selesa dengan persekitaran aku. Macam-macam bentuk muka aku tengok, ada yang melucukan, ada yang menakutkan,. hehehe..

Namun aku cuba membiasakan diri juga.. Mengatur langkah, merancang segala perjalanan hidup ku di tempat orang. Lebih-lebih lagi terdapat perbezaan dari segi budayanya, membuatkan aku perlu belajar mengenainya..
 Masa mula-mula duduk di sana, aku tidak mempunyai kawan. Pergi kelas sorang-sorang, makan sorang-sorang, dan buat apa pun sorang-sorang. Diriku sentiasa berada dalam kesedihan dek berada jauh dari pangkuan keluarga tercinta. Namun ku tempuhi jua, aku lalui hidupku dengan senyuman disebalik kesedihan..

Aku rasa seolah-olah asing di tempat ini. Tidak kurang juga terdapat segelintir mempersenda aku dengan perkataan-perkataan yang menyinggung perasaan. Ada juga yang enggan berkawan dengan aku hanya mungkin aku tidak setara dengan mereka, ada yang mentertawakan aku..
Juga ada yang PERNAH menghina aku...

Namun semuanya aku lalui dengan senyuman.. Biasalah baru kenal, mungkin mereka hanya mengusik.. lagipun belum cukup matang lagi untuk kami...

Setelah lebih kurang setahun berlalu, aku mula berani bersuara dan menyertai persatuan2 serta aktiviti2 yang di jalankan. Aku juga mengorak langkah meninggalkan kepahitan yang aku rasa di waktu permulaannya.. Aku mula ramai kawan, aku mula di kenali.. Aku mula menghargai kawan2 ku.. Mereka sangat baik dan menerimaku seadanya walaupun dahulunya aku merasa asing di dunia mereka.. Aku mula bergurau senda dgn mereka, .. Dan aku rasa mereka sangat menghargai aku, Walaupun ada kalanya terdapat perselisihanfaham diantara kami.. hehe.. " sedangkan lidah lagi tergigit"..

Aku teruskan perjalanan yang banyak mengajar aku erti kehidupan.. Aku mula merindui kawan-kawan ku. Dan MATI HIDUP SEMULA  pun aku tidak mungkin menjumpai kawan sehebat dan sebaik mereka. Begitu juga dengan tenaga pengajar yg sangat baik dan peramah orangnya..  Masyarakat Terengganu baik2 dan ramah orgnya.. Itulah simpulan yang aku boleh buat sepanjang berada di sana..



Dan aku akan merindui mereka......

Tuesday, October 12, 2010

Bahasa Jiwa Bangsa...

Kebelakangan ini, kempen bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia menghiasi iklan-iklan di kaca television swasta mahupun milik kerajaan.. Tidak kurang juga kempen di surat-surat khabar tempatan.. Usaha-usaha ini tidak lain tidak bukan adalah kerana  semata-mata untuk mempromosi penggunaan bahasa kebangsaan justeru memupuk semangat patriotisme di kalangan masyarakat untuk menyayangi bahasa kebangsaaan.

Perkara ini merupakan langkah baik untuk memastikan kelangsungan nadi bahasa kebangsaan yang juga merupakan identiti sejarah kewujudan bangsa melayu, yang dahulunya pernah menbentuk empayar yang kuat. Namun, di sebalik usaha-usaha murni tersebut, timbul keraguan serta kepincangan dalam pelaksanaannya.. Tiada usaha-usaha konkrit, nyata serta jelas... Jika melihat realiti hari ini penggunaan bahasa kebangsaan masih berada di tahap merisaukan.

Sedia maklum bahasa melayu yang sekarang lebih dikenali sebagai bahasa malaysia digunakan sebagai bahasa kebangsaan yang telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan. Namun, adakah ianya hanyalah coretan di atas kertas sahaja?? Terdapatkah usaha-usaha agresif dan jelas dalam memartabatkan bahasa kebangsaan kita?? Tepuk dada tanya selera. Menurut pandanganku sendiri dengan melihat realiti hari ini, bahasa malaysia lebih di lihat sebagai bahasa kedua yang di gunakan oleh masyarakat, terutamanya di bandar-bandar besar yang majoritinya menggunakan bahasa asing (inggeris) sebagai bahasa perantaraan mereka. Seolah-olah mereka merasa diri mereka begitu "Gah" apabila menggunakan bahasa asing. Ada juga beranggapan bahawa mereka terdiri daripada kelas atasan apabila bertutur dalam bahasa asing. Di mana perginya semangat patriotisme kita? Di mana perginya nilai identiti sejarah kita?

Baru-baru ini iklan mengenai bahasa jiwa bangsa yang tersiar di television betul-betul menggambarkan situasi sebenar masyarakat pada hari ini. Dimana seorang ibu yang berbangsa melayu bertanyakan mesin untuk membayar tempat letak kereta dengan menggunakan bahasa asing, namun di jawab menggunakan bahasa melayu oleh seorang pemuda yang berbangsa india. Situasi tersebut mengambarkan bahawa terdapat segelintir masyarakat yang mempunyai mentaliti rendah dengan mengangkat bahasa asing sebagai bahasa yang mempunyai "standard"  atau dengan kata lain ada "kelas".

Berbalik kepada isu sebenar, timbul juga keraguanku terhadap keikhlasan segelintir pemimpin yang sepatutnya menjadi ikon kepada masyarakat dalam memartabatkan bahasa kebangsaan. Mereka hanya banyak bercakap bahawa merekalah pejuang bangsa, merekalah pelindung kepada bahasa, merekalah segala-galanya..... Namun., lihatlah ucapan-ucapan mereka di kaca TV, yang majoritinya menggunakan bahasa asing walaupun ucapan itu di buat dalam negara yang kononnya menggunakan bahasa malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Apa yang menyedihkan, terdapat juga segelintir pemimpin dan golongan pofesional masih tidak fasih berbahasa melayu. Sedangkan pada hakikatnya mereka berbangsa melayu.

Kita bising,! kita melatah,! kita berdemo! apabilah terdapat segelintir orang yang mahu menyentuh hak-hak kita sebagai orang melayu. Bagaimana kita hendak menunjukkan  kepada mereka yang bukan berbangsa melayu mengenai nilai identiti bangsa, jika kita sendiri gagal menjadi contoh patriotisme kepada mereka??? Tidak hairan jika terdapat masyarakat yang tidak fasih berbahasa melayu walaupun dia berbangsa melayu, kerana di IPT pun kita telah di didik untuk menggunakan bahasa asing hampir 100%. Tidak salah belajar bahasa asing kerana ia juga mampu menambah ilmu serta meluaskan pengetahuan. Namun janganlah sampai tergadai bahasa sendiri oleh dek pemikiran sempit sendiri.

Jika melihat situasi hari ini juga timbul persoalan di benak fikiranku.. Bagaimanalah agaknya situasi pada tahun 2020 dan seterusnya. Adakah kita mampu mempertahankan nilai identiti sejarah kita walhal pada hakikatnya pemilik sejarah itu sendiri gagal mengingati sejarahnya sendiri. Adakah pepatah Hang Tuah " takkan melayu hilang di dunia" terus dapat di pertahankan?? Dan adakah kita masih boleh berbangga dengan bahasa kebangsaan kita pada masa tersebut.. Tepuk dada tanya selera....

Bangga dengan pemimpin Jepun dan Iran yang sanggup menggunakan juru bahasa dalam ucapan mereka semata-mata mahu menggunakan bahasa tercinta mereka....


"Hakikatnya masih ada orang melayu yang tidak fasih berbahasa melayu..."

Thursday, September 30, 2010

DI sebalik bangunan pencakar langit

Hari ini aku menaiki pengangkutan awam, pulang ke rumah selepas menyelesaikan kerja-kerja..
Di sepanjang perjalanan, suara radio menjadi teman walaupun hanya seketika...,
Ianya penuh bermakna dan menarik untuk aku ulas justeru dapat memberikan pandangan peribadi ku
mengenai isu ini.. Isu adakah wawasan 2020 iaitu di mana negara Malaysia mencapai negara maju akan tercapai...?? Isu ini kerap kali di bangkitkan oleh beberapa tokoh negara.. wawasan 2020 di cetuskan oleh negarawan terbilang TuN Mahathir,. Ianya adalah langkah terbaik untuk mencapai sesuatu target.

Adakah kita mampu mencapai status negara maju pada tahun 2020? Perkara ini turut di ragui oleh
pencetusnya.. Menurut Tun, beliau tidak yakin wawasan 2020 akan tercapai dengan melihat situasi
pada hari ini.. Melainkan kerajaan ada langkah-langkah progresif dan jelas.. Isu ini mengambil perhatianku,
kerana ianya juga berkaitan pembangunan negeri sabah serta rakyat yang pada hakikatnya masih ramai
lagi terhimpit oleh dek ketidakseimbangan ekonomi dan sosial. Ini bukan soal negeri mahupun rakyat
sabah sahaja, bahkan seluruhnya, MALAYSIA. Kalau melihat realiti pada hari ini, ternyata kita masih
JAUH daripada status negara maju..

Di negeri Sabah sendiri, masih bnyak perkara yang tempang, tidak terurus. Masih ramai penduduknya
yang buta huruf, masih ramai kanak-kanak yang terbiar, tidak mendapat pendidikan sewajarnya..
Adapun mungkin sampai tingkatan 5 saja.. Ini dipengaruhi oleh faktor-faktor kemiskinan, kurang kesedaran mengenai kepentingan pendidikan, juga faktor kurangnya kempen daripada pihak berwajib, kerajaan negeri..
Aku bukanlah nak menyalahkan pihak kerajaan negeri mahupun persekutuan mengenai perkara ini.
Tetapi harapan ku sebagai anak jati Sabah, kepada pemimpin yang di berikan mandat oleh rakyat haruslah bersikap extream, progresif, terbuka, turun padang, dan menjalankan tanggungjawab lebih berkesan.
Adakah adil kita menyalahkan ibubapa 100%? sedangkan pada hakikatnya ,mereka adalah tergolong
dalam kalangan yang memerlukan bantuan.

Perbezaan negeri Sabah dan Terengganu menurut pengalaman ku yang pernah menuntut disana,
Kuala terengganu lebih kehadapan mengenai pembangunan sahsia, jua modal insan para pendudknya..
Kerajaan negeri Kuala terengganu jua aktif buat program kemasyarakatan, aktif kempen kepentingan pendidikan, kesihatan,kebersihan.. Mereka lebih kehadapan.. Sistem perkampungannya sangat teratur..
menarik untuk di kunjungi.. pemimpinya juga aktif memberikan bantuan-bantuan pendidikan kepada
anak jati mereka agar bisa berjaya suatu hari nanti..

Tidak seperti di negeri ku ini.. Entah, adakah pihak berwajib terlepas pandang mengenai situasi ini..
masih ramai yang di himpit.. Perkampungan SETINGGAN yang diduduki oleh penduduk setempat,
seperti tiada perancangan jelas mengenai penduduknya..adakah mereka terus di biarkan seperti itu yang terlalu banyak serba kekurangannya.. Kebersihan, masalah air, elektrik, kesihatan, keselesaan, pendidikan dan lain-lain sangat daif... Masalah pengenalan diri pun turut masih berlaku walaupun pihak tertentu dengan bangga mengatakan bahawa malaysia sebuah negara yang kaya,..

Bagaimana kita hendak mecapai wawasan 2020... Jika masih ada kanak-kanak yang menghulurkan tangan meminta sedekah di tempat awam, setelah 53 tahun kita merdeka.. Di Sebalik bangunan megah pencakar langit, hakikatnya masih ada yang menumpang di Kaki lima...

Saturday, September 25, 2010

Kronisme

semalam (25/09/2010), dato seri saphie afdal yg juga merupakan menteri kabinet, ahli parlimen semporna merangkap naib presiden UMNO telah berkunjung ke Kg Hidayat Batu 4 buat julung2 kalinya.. Apa yang aku tahu beliau datang untuk merasmikan dewan serbaguna yang baru saja siap di bina di kg Hidayat.. Berpusuh-pusuh orang kg dtg, malah dari kg seberang pun dtg, tidak kira usia dan latar belakang, dari kecil sehinggalah yang tua,.. tapi aku faham sgt, orang kg dtg bukanlah kerana semata2 untuk berjumpa dengan Dato seri, tetapi majoritinya dipengaruhi faktor-faktor lain, seperti kehadiran artis jemputan Den Bisa
( artis tempatan )..

Dipendekkan cerita, kehadiran dato seri bukanlah membawa tangan kosong, pasti ada saja buah tangan untuk warga kampung seperti bantuan untuk orang yang berhak mendapatkannya.. warga emas, orang miskin, ibu tunggal, anak yatim piatu, oku dan sama waktu dengannya.. Tetapi seperti biasa, ada je ketidak puasan hati di kalangan orang kampung.. Dari segi pengamatanku, ketidakpuasan hati mereka ada asasnya.. mereka merungut bantuan-bantuan yang di salurkan hanya di berikan kepada rukun tetangga, dengan bahasa kasarnya KRONISME jkk@ketua kg tersebut.. sehingga ada ibu berstatus Balu, merungut kalau dia datang ke majlis tu pun dia takkan dapat apa-apa... hanya di berikan kepada orang tertentu dan dekat dengan Jkk tersebut.. ini kerana mungkin Jkk tersebut bertanggungjawab menyenaraikan orang-orang yang berhak mendapatkan bantuan.. tetapi mengapa rata-ratanya ahli kaum keluarganya sahaja??? beliau tidak amanah.. beliau tidak buat kerja.. orang seperti ini hanya merugikan negara je..

Ini baru SINDROM KRONISME peringkat kecilan.. bagaimana pula di peringkat yang besar.. situasi seperti ini selalu berlaku, tetapi tiada siapa yang mengendahkannya.. JKK, ketua Kg tidak berfungsi seperti sepatutnya.. mereka gagal menyalurkan permasalahan yang di hadapi oleh orang-orang kG. Mereka hanya mementingkan diri mereka tanpa mengambil tahu masalah-masalah masyarakat setempat.. padahal, realiti hari ini, ramai lagi orang-orang kG yang tersepit oleh dek pembangunan, sistem birokrasi negara.. sedangkan, siapalah mereka ini,.. mereka perlukan bantuan.. mereka hanyalah orang kG yang meng Iya dan menidakkan.. kerna mereka terdiri daripada yang tidak tahu membaca dan kurang arif mengenai perkara-perkara sebegini..
Dan, JKK@KETUA KG perlu berubah, bertanggungjawab terhadap amanah tugas yang di berikan.....

Di sini bermula

Blog merupakan medium untuk kita menyampaikan apa jua wadah yang ingin kita ketengahkan..jua berkongsi cita dan rasa.. tiada batasan tempat dan waktu.. Kerna hakikatnya pada hari ini, masi ada batasan-batasan untuk kita menyampaikan pendapat, kritikikan, aduan kepada mereka yang di pertanggungjawabkan untuk mendengar segala aduan permasalahan... Bagi ku, tidak kira kita siapa, di mana kedudukan kita, pelajar? mahasiswa? guru? penjawat awam?mahupun penganggur?... kita perlu bersuara... dengan apa cara sekalipun.. selagi ia masih terpelihara dengan nilai norma2 serta tanggungjawab...

Aku masih baru di sini, bahkan di dunia ini... orang kata baru setahun jagung.. tpi, ia bukanlah alasan untuk kita tidak bisa nelihat keadaan sekeliling kita justeru mengetengehkannya.. jangan memikirkan siapa yang akan membaca, memahami dan melihatnya... tpi lihatlah apa yang kamu sudah kongsikan..
mungkin ia berguna pada orang lain...

Banyak lagi pekara-perkara yang sebenarnya gagal dan enggan kita lihat dari sudut realiti kehidupan..
sehingga akhirnya, perkara itu di tinggalkan tanpa ada penilaian dan pembelaan sewajarnya.. kita lebih suka melihat setiap perkara itu adalah kecil, remeh, bahkan sampai ada yang berfikir " itu bukan kerja aku"...
padahal pada hakikatnya perkara itu ada sangkut pautnya dengan kita.. tapi gagal kita lihat....