Gud morning guyss...
da lama rasanya tak cerita ape2... Baru dapat ilham nak cerita ni..hehe.
tibe2 bangun awal2 pagi ni terbacalah post seseorang kat facebook.. Bukan kali ini je, tapi sering kali.. tak kisahlah dia nak tulis apa pun kat wall dia tu, itu haknya.. begitu jugalah dengan aku.. aku ada hak nak tulis apa pun aku rasakan perlu..
Nak di ceritakan tentang seorang manusia ni, aku kadang-kadang menyampah+meluat dan macam-macam lagi. Apa yang di buat sebenarnya menunjukkan kejahilannya tentang perjalanan dunia ini.. Aku bukannya nak kata aku ni "expert" tentang semua ni, tapi tak lah sejahil dia ni. Yang hanya tahu menerima lalu menelannya bulat2.. Perkataan yang sesuai dengan dia ni "pak turut" yang hanya tahu mengiya dan menidakkan..
Berbalik kepada isunya, adalah budak sorang ni "pro" lah terhadap pihak tertentu.. Apa yang pihak tu lakukan semuanya indah belaka. semuanya sempurna, segala-galanya syurga baginya.. Aku mungkin tidak hairan kenapa dia bertindak demikian, sebab dia orang Melaka ataupun mungkin orang berada kononnya. Melaka negeri yang baru sahaja diisyhtiharkan sebagai negeri yang maju. Dan aku yakin mungkin dia sudah terbiasa dengan kesenangan mahupun kemewahan. Tidak seperti orang-orang yang duduk di negeri yang agak mundur sedikit seperti Sabah dan kelantan. Yang da biasa melihat kesusahan. Lalu lebih tahu menilai erti kesusahan dan keperitan, tak kisahlah siapa yang melaluinya...
Seperkara lagi berkemungkinan keturunannya merupakan "pembodek" ataupun "kronisme" kepada pihak tersebut lalu dia cuba memekakkan telinga, membutakan mata terhadap apa jua kerompongan yang pihak tersebut lakukan.. maklumlah apabila disajikan dengan kemewahan dia pun sanggup menjadi pak turut tegar... Kalau lah si Pak turut ini cuba mengembara ke negeri-negeri yang jauh lebih mundur yang di uruskan oleh pihak yang dia anggap sempurna itu, maka dia akan tahu bahawa pihak tersebut sebenarnya cacat, tidak sempurna, penuh dengan ketidakadilan, dan pelbagai lagi kekurangan yang ada. Tidak seperti yang dia laung2 kan,. tidak seperti yang dia lihat secara tersurat..
Sedih sangat, bila tengok dia ni.. dia bukannya bodoh. tetapi pandai cuma mungkin kurang cerdik.. Aku bukannya apa, kalau iya pun kita "pro" terhadap sesuatu itu janganlah terlalu taksub sehingga yang haram di halalkan, yang hak di batilkan..
Alasannya atas perintah ALLAH... alhamdulillah kalau macam tu.. Kalau iya pun dia taat setia kepada pemimpinnya kononnya atas perintahNYA, takkan dia kaku, bisu sehingga dia tak boleh menegur segala kesilapan2 yang dilakukan. Seperkara lagi kalau iyapun niatnya suci kononnya atas perintahNYA, kenapa perlu dia nak post kat facebook perkara2 yang boleh menimbulkan kebencian. Kenapa perlu dia nak mengkeji seseorang itu hanya kerana anda rasa andalah yang betul?? Aku yakin semua ini hanyalah semangat taksubnya yang berkepentingan... kalau niat anda betul anda sepatutnya bersifat "neutral".. tiada yang benar melainkan kebenaran.. Ini tak, duk post benda2 yang karut. yang menimbulkan kebencian.. sangat taksub..
Kita perlu ada pendirian yang nyata melalui kaca mata sendiri.. dan perlu kita suarakan. Bukan hanya kerana kita ada kepentingan lalu kita membiarkan kebenaran terus terkubur oleh dek kemewahan.. Kita perlu bersikap adil.. Tak kisahlah pihak yang mana lakukan, yang salah itu tetap salah.. dan perlu di suarakan..
"tiada manusia yang sempurna termasuk aku dan juga kamu.."
No comments:
Post a Comment