Sudah hampir seminggu hujan menimpa negeri-negeri di Utara yang telah menyebabkan berlakunya banjir. Perkara ini sering berlaku saban tahun, namun tahun ini jauh lebih teruk terutamanya di Negeri Kedah. Kesian kat kawan2 yang duk sana, "sabaq noh"..
Berbalik kepada isu yang aku nak cerita, aku berasa dukacita+sedih+kesal terhadap dunia politik negara kita Malaysia. Di sebalik peningkatan mangsa banjir ada juga segelintir pemimpin politik kita yang menangguk dia air yang keruh, dengan kata lain bermain politik. Persoalannya, perlukah??

Satu lagi persoalan yang timbul dibenak fikiran ku, kalau betul2 dorang nie ikhlas , tak kisahlah dari pihak kerajaan ke, atau pembangkang, mereka sepatutnya tak mengira fahaman ideologi politik dalam memperjuangkan nasib rakyat,. Ini tak, musim2 banjir nie, ramai rakyat yang di himpit dek bencana, sempat lagi mereka nak berpolitik, kata ni sepatutnya tugas mereka,.
Kita tak boleh salahkan 100% kerajaan negeri yang di perintah oleh pembangkang, kerana sumber2 mereka amat terhad, kuasa juga terhad, lebih2 lagi bencana banjir yang paling teruk dalam sejarah ni, padanlah dengan tanggungjawab kerajaan persekutuan yang mempunyai kuasa dan sumber yang lebih banyak. Kerahkan agensi2 berkenaan, jentera2 dan macam2 lagi. Sebab mereka mampu. Semua jentera2 seperti Polis, pasukan penyelamat,tentera, pasukan kesihatan dan macam2 lagi agensi di bawa kuasa mereka. Tak macam kerajaan negeri yang amat terhad sumbernya. Kalau tak kesiankan pemerintah mereka pun, kesiankanlah rakyat..

Aku lebih suka tengok cara Menteri Besar Perak Dr Zamry, walaupun berbeza fahaman politik beliau dapat berkomunikasi dengan Menteri Besar Kedah, berbincang mengenai bantuan2 yang perlu. Begitu jugalah hal nya Menteri di jabatan perdana menteri Datuk nazri. Mereka berbincang, berkomunikasi secara baik atas dasar keprihatinan terhadap rakyat.
Kenapalah politik kita macam ni. Sepatutnya mereka mencontohi semangat patriotisme pemimpin Amerika Syarikat. Soal yang melibatkan rakyat mereka bersatu duduk berbincang untuk mendapatkan keputusan terbaik bagi rakyat mereka,. Tak kiralah dari parti republik mahupun Demokrat, mereka bersatu, berpakat dalam soal2 kenegaraan. Kalau kat negara kita ni,. pembangkang terus membangkang, pencadang terus mencadang. Walaupun benda tu membawa kebaikan atas dasar politik kepartian mereka terus membangkang, begitu juga sebaliknya walaupun benda itu pada hakikatnya salah, mereka terusan menyokong,..
Pendapat di atas adalah atas kapasiti aku sendiri dan jauh sekali di pengaruhi ideologi politik. Apa yang aku lihat dan tengok sendiri...
"Teringat petikan kata2 YB Mad ALWI, semasa perhimpunan Umno, beliau mengatakan kita kurang ROH KEIKHLASAN"
No comments:
Post a Comment