suAtu ceRita...

suAtu ceRita...
kitA aDa piLihan...

Friday, March 2, 2012

PROPAGANDA BARAT, MEREKA PATRIOTISME

Saya terciut hati untuk berkongsi cerita mahupun pandangan diruangan ini satu tajuk yang mungkin orang lain menganggapnya satu cerita yang merapuh ataupun mengada-ngada. Namun tidak mengapa, bagi saya selagi saya hidup di Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen sebagai tunggak pemerintahannya, dimana "kebebasan bersuara", "kebebasan memberi pandangan", sebagai nadi perjalanannya, saya akan terus memberikan pandangan untuk dikongsi selagi ianya masih diparas berperlembagaan.

Sebentar tadi, saya ada menonton wayang cerita orang putih, "SPECIAL FORCES". Jalan ceritanya sangat best seperti filem-filem barat yang lain. Tetapi bukan itu isu yang saya mahu kongsi disini.  Pertama sekali saya ingin menjelaskan apakah maksud saya tentang "propaganda barat".

Secara konsepnya propaganda bermaksud adalah satu kelakuan atau tindakan secara sistematiknya  mampu mengubah, memanipulasi, dan mempengaruhi pendapat dan kelakuan masyarakat atau satu kelompok. Selain itu, propaganda juga berupa rancangan untuk mempengaruhi pihak yang mendengar atau melihatnya. Begitulah, betapa bijak dan liciknya orang-orang barat menggunakan propaganda sehingga mereka mampu mempengaruhi sebahagian besar penduduk dunia untuk mengikut segala tindakan mereka.

Persoalannya, apakah kaitan propaganda dengan filem yang saya nyatakan sebentar tadi. Seperti biasa setiap kali saya melihat filem-filem cerita tidak kisahlah samaada filem barat, filem melayu, china dan lain-lain saya akan meneliti jalan cerita, mesej, dan segala perkara yang berkait dengan filem tersebut lalu saya berfikir apakah sebenarnya yang ada disebalik filem tersebut. Apakah kehebatanya?, Apakah kesannya?, Apakah maksud yang tersirat disebalikny?, saya akan fikir lalu saya buat satu kesimpulan yang berbentuk pandangan. Bukan hanya melihat lalu berkata seronok ataupun puas. kita perlu berfikir..

Berbalik kepada filem "special forces" tadi, saya boleh kata cerita itu best, kualiti, dan jalan cerita menarik. Orang barat hebat sehingga mereka mampu mengambil apa yang mereka lihat, bukan setakat itu bahkan saya boleh katakan sehingga apa yang dunia miliki mereka mampu miliki secara tidak langsung. Kenapa saya katakan begitu? Filem tersebut menceritakan tentang seorang gadis wartawan perang dari Perancis yang ingin membuat liputan, yang ingin membongkar kisah yang berlaku kepada penduduk AFGHANISTAN, penduduk yang kononnya rakyatnya penuh dengan penderitaan dan dikriminasi oleh dek perbuatan kejam sekumpulan "TALIBAN" yang mereka canang sebagai pengganas. Wartawan tersebut telah diculik oleh sekumpulan taliban lalu dikurung di satu tempat. Mereka tunjukkan betapa deritanya rakyat Afghanistan, dan betapa kejamnya Kumpulan tersebut. Mereka juga ada selit seperti tulisan JAWI yang saya sendiri tidak pasti apakah maksud tulisan tersebut. Hebatnya propaganda barat, dengan menggunakan semangat "PATRIOTISME" mereka tunjukkan hero-hero hebat mereka sebagai penyelamat kepada gadis itu, sebagai penyelamat penduduk-penduduk disitu, bahkan mereka canang hero merekalah penyelamat dunia, hero merekalah yang berjuang secara suci untuk menentang kezaliman. Begitulah serba sedikit jalan penceritaan "special forces".. Tetapi sedarkah kita, apakah kesan secara tidak langsung filem tersebut kepada kita dan penduduk dunia, umat islam khususnya?  Adakah selepas kita melihat filem tersebut lalu berkata "waahh, best ceritanya",  tanpa berfikir?

Yang pertama, cuba kita imbas kembali, dengan mengambil contoh filem ini, contoh ini hanyalah sekecil zarah sebenarnya. Mereka tunjukkan pendikriminasian secara dahsyat yang di lakukan sekumpulan puak, dimana negara itu adalah negara islam. Mereka selitkan golongan-golongan extream yang siap berjubah, siap memakai serban seperti pak haji. Mereka selitkan ayat-ayat tulisan jawi yang kita sedia maklum ianya lambang-lambang berkait rapat dengan keislaman. Lalu sedarkah kita, apabila mereka yang tidak memahami islam yang sebenar dan apabila mereka melihat filem seumpama ini mereka akan ingat itu adalah "islam". Hasilnya bertambahlah bilangan golongan "islamfobia", bertambahlah pandangan-pandangan negatif tentang islam yang kita sedia maklum sudah sekian lama diburukkan oleh dek perbuatan-perbuatan fitnah propaganda barat. Itu baru satu contoh kecil sahaja. Banyak lagi filem-filem mereka yang secara tersiratnya sedemikian rupa, namun tanpa kita sedari.

Yang kedua, mereka menunjukkan dunia, mereka canang bahawa mereka adalah penyelamat dunia atas nama perjuangan suci. Kalau kita lihat realiti hari ini, mereka menggunakan slogan "holy war", iaitu perjuangan suci bagi mereka, lalu erti "jihad", menjadi ketakutan masyarakat dunia hasil propaganda mereka.

Saya tidak mengatakan Taliban itu bukanlah pengganas. Bukan itu isunya. Perkara yang salah tetap salah. Islam menganjurkan keamanan, itulah kebenaranya. Isunya adalah barat bijak bermain propaganda. Kerana semua maklumat yang kita perolehi hari ini adalah dikaut dari "MEDIA-MEDIA BARAT". Media barat adalah lidah  yang menguasai dunia dan mampu berkata apa-apa, itulah realiti hari ini. Kalau kita perasan realiti hari ini, dari perkara yang kecil sehinggalah yang besar, dari A sehinggalah Z rata-rata kita menggunakan lambang-lambang "kebaratan". Ianya hasil daripada kelicikan pemain-pemain barat itu sendiri. Lalu kita menerimanya bulat-bulat di atas nama "globalisasi". Maka tidak hairanlah kita lebih suka minum milo berbanding vico, kita lebih suka menggunakan istilah "I AND U" berbanding saya dan awak, kita lebih bangga dan gah memakai barangan keluaran barat berbanding keluaran negara sendiri. Perasankah kita bila minum cola jenama radix keluaran tempatan rasa seperti takda kelas berbanding coke jenama barat, maka timbul sindiran-sindiran dari orang-orang kita sendiri. kenapa berlaku sehingga seperti itu?  dari kecil sehinggalah yang besar. Perasankah kita atau buat-buat tidak perasan.

Disebalik propaganda barat, terselit nilai-nilai murni sikap pemain-pemain barat, yang sepatutnya kita perlu contohi. Perasankah kita setiap kali keluar filem dari barat, pengamal media atau pemain mereka bijak sehingga mampu mewujudkan keadaan dimana mereka adalah penyelamat dunia. Setiap filem mereka terselit unsur-unsur patriotisme yang melambangkan betapa gagahnya tamadun mereka. Seperti filem special forces tadi, mereka tunjukkan enam hero mereka menjadi penyelamat dan hebat dipenuhi nilai-nilai kemanusian. Filem-filem mereka yang lain juga seperti itu, mereka membahasakan diri mereka kononnya sebagai pejuang suci.

Tahukah kita, apa akan jadi sekiranya penonton filem mereka dikalangan kanak-kanak, dikalangan yang tidak berfikir, dikalangan masyarakat setempat? bukankah itu akan memberikan gambaran dan persepsi negatif. Maka tidak hairan ada yang lebih suka menjadi superman berbanding kluang man.

Tidak pula seperti pemain-pemain, pengamal-pengamal media kita. Mereka lebih suka mengambil dan mencedok (cut and paste) cerita-cerita dari barat lalu dipertontonkan kepada masyarakat tempatan, adapun mereka mencipta cerita-cerita seram, komedi dan cinta-cinta. Seperti Hantu bonceng, hantu dalam botol kicap, adnan sempit 1 dan 2, toyol, ombak rindu, si chantek, cinta kura-kura dan macam-macam lagi. Kalau muncul cerita seram yang mendapat perhatian sedikit maka seabadlah filem serammm je lah, kalau komedi, komediiiii lah seabad, kalau cinta, cintaaaaalah seabad. Begitulah realitinya.

Dan tahukah kita apa kesannya kepada generasi akan datang? fikir-fikirlah sendiri. Maka tidak hairanlah jika ada kanak-kanak yang tidak mahu memakan kicap kelak, kerana mereka ingat dalam botol kicap ada hantu. Dan Maka tidak hairan realiti hari ini ramai yang lebih suka kebaratan berbanding ketimuran.