Kebelakangan ini, kempen bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia menghiasi iklan-iklan di kaca television swasta mahupun milik kerajaan.. Tidak kurang juga kempen di surat-surat khabar tempatan.. Usaha-usaha ini tidak lain tidak bukan adalah kerana semata-mata untuk mempromosi penggunaan bahasa kebangsaan justeru memupuk semangat patriotisme di kalangan masyarakat untuk menyayangi bahasa kebangsaaan.
Perkara ini merupakan langkah baik untuk memastikan kelangsungan nadi bahasa kebangsaan yang juga merupakan identiti sejarah kewujudan bangsa melayu, yang dahulunya pernah menbentuk empayar yang kuat. Namun, di sebalik usaha-usaha murni tersebut, timbul keraguan serta kepincangan dalam pelaksanaannya.. Tiada usaha-usaha konkrit, nyata serta jelas... Jika melihat realiti hari ini penggunaan bahasa kebangsaan masih berada di tahap merisaukan.
Sedia maklum bahasa melayu yang sekarang lebih dikenali sebagai bahasa malaysia digunakan sebagai bahasa kebangsaan yang telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan. Namun, adakah ianya hanyalah coretan di atas kertas sahaja?? Terdapatkah usaha-usaha agresif dan jelas dalam memartabatkan bahasa kebangsaan kita?? Tepuk dada tanya selera. Menurut pandanganku sendiri dengan melihat realiti hari ini, bahasa malaysia lebih di lihat sebagai bahasa kedua yang di gunakan oleh masyarakat, terutamanya di bandar-bandar besar yang majoritinya menggunakan bahasa asing (inggeris) sebagai bahasa perantaraan mereka. Seolah-olah mereka merasa diri mereka begitu "Gah" apabila menggunakan bahasa asing. Ada juga beranggapan bahawa mereka terdiri daripada kelas atasan apabila bertutur dalam bahasa asing. Di mana perginya semangat patriotisme kita? Di mana perginya nilai identiti sejarah kita?
Baru-baru ini iklan mengenai bahasa jiwa bangsa yang tersiar di television betul-betul menggambarkan situasi sebenar masyarakat pada hari ini. Dimana seorang ibu yang berbangsa melayu bertanyakan mesin untuk membayar tempat letak kereta dengan menggunakan bahasa asing, namun di jawab menggunakan bahasa melayu oleh seorang pemuda yang berbangsa india. Situasi tersebut mengambarkan bahawa terdapat segelintir masyarakat yang mempunyai mentaliti rendah dengan mengangkat bahasa asing sebagai bahasa yang mempunyai "standard" atau dengan kata lain ada "kelas".
Berbalik kepada isu sebenar, timbul juga keraguanku terhadap keikhlasan segelintir pemimpin yang sepatutnya menjadi ikon kepada masyarakat dalam memartabatkan bahasa kebangsaan. Mereka hanya banyak bercakap bahawa merekalah pejuang bangsa, merekalah pelindung kepada bahasa, merekalah segala-galanya..... Namun., lihatlah ucapan-ucapan mereka di kaca TV, yang majoritinya menggunakan bahasa asing walaupun ucapan itu di buat dalam negara yang kononnya menggunakan bahasa malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Apa yang menyedihkan, terdapat juga segelintir pemimpin dan golongan pofesional masih tidak fasih berbahasa melayu. Sedangkan pada hakikatnya mereka berbangsa melayu.
Kita bising,! kita melatah,! kita berdemo! apabilah terdapat segelintir orang yang mahu menyentuh hak-hak kita sebagai orang melayu. Bagaimana kita hendak menunjukkan kepada mereka yang bukan berbangsa melayu mengenai nilai identiti bangsa, jika kita sendiri gagal menjadi contoh patriotisme kepada mereka??? Tidak hairan jika terdapat masyarakat yang tidak fasih berbahasa melayu walaupun dia berbangsa melayu, kerana di IPT pun kita telah di didik untuk menggunakan bahasa asing hampir 100%. Tidak salah belajar bahasa asing kerana ia juga mampu menambah ilmu serta meluaskan pengetahuan. Namun janganlah sampai tergadai bahasa sendiri oleh dek pemikiran sempit sendiri.
Jika melihat situasi hari ini juga timbul persoalan di benak fikiranku.. Bagaimanalah agaknya situasi pada tahun 2020 dan seterusnya. Adakah kita mampu mempertahankan nilai identiti sejarah kita walhal pada hakikatnya pemilik sejarah itu sendiri gagal mengingati sejarahnya sendiri. Adakah pepatah Hang Tuah " takkan melayu hilang di dunia" terus dapat di pertahankan?? Dan adakah kita masih boleh berbangga dengan bahasa kebangsaan kita pada masa tersebut.. Tepuk dada tanya selera....
Bangga dengan pemimpin Jepun dan Iran yang sanggup menggunakan juru bahasa dalam ucapan mereka semata-mata mahu menggunakan bahasa tercinta mereka....
"Hakikatnya masih ada orang melayu yang tidak fasih berbahasa melayu..."
No comments:
Post a Comment