suAtu ceRita...
Friday, October 22, 2010
Pengalaman mengajarku...
Bercakap mengenai pengalaman belajar kat Terengganu UNISZA,
ianya satu pengalaman yang sangat indah.. Pelbagai cerita, karenah, telatah, suka duka, pengalaman dan macam-macam lagi lah...! hehe.
Disini jugalah aku belajar mengenai ragam hidup, mengenal pelbagai manusia, belajar lebih menghargai, menyayangi.. kalau aku cerita kesemunya mungkin 1 buku novel pun tak habis..
Tahun 2007, aku mula belajar kat unisza, masa tu namanya UDM.. Masa mula-mula masuk kuliah, semuanya serba tak kena.. Aku serba tak selesa dengan persekitaran aku. Macam-macam bentuk muka aku tengok, ada yang melucukan, ada yang menakutkan,. hehehe..
Namun aku cuba membiasakan diri juga.. Mengatur langkah, merancang segala perjalanan hidup ku di tempat orang. Lebih-lebih lagi terdapat perbezaan dari segi budayanya, membuatkan aku perlu belajar mengenainya..
Masa mula-mula duduk di sana, aku tidak mempunyai kawan. Pergi kelas sorang-sorang, makan sorang-sorang, dan buat apa pun sorang-sorang. Diriku sentiasa berada dalam kesedihan dek berada jauh dari pangkuan keluarga tercinta. Namun ku tempuhi jua, aku lalui hidupku dengan senyuman disebalik kesedihan..
Aku rasa seolah-olah asing di tempat ini. Tidak kurang juga terdapat segelintir mempersenda aku dengan perkataan-perkataan yang menyinggung perasaan. Ada juga yang enggan berkawan dengan aku hanya mungkin aku tidak setara dengan mereka, ada yang mentertawakan aku..
Juga ada yang PERNAH menghina aku...
Namun semuanya aku lalui dengan senyuman.. Biasalah baru kenal, mungkin mereka hanya mengusik.. lagipun belum cukup matang lagi untuk kami...
Setelah lebih kurang setahun berlalu, aku mula berani bersuara dan menyertai persatuan2 serta aktiviti2 yang di jalankan. Aku juga mengorak langkah meninggalkan kepahitan yang aku rasa di waktu permulaannya.. Aku mula ramai kawan, aku mula di kenali.. Aku mula menghargai kawan2 ku.. Mereka sangat baik dan menerimaku seadanya walaupun dahulunya aku merasa asing di dunia mereka.. Aku mula bergurau senda dgn mereka, .. Dan aku rasa mereka sangat menghargai aku, Walaupun ada kalanya terdapat perselisihanfaham diantara kami.. hehe.. " sedangkan lidah lagi tergigit"..
Aku teruskan perjalanan yang banyak mengajar aku erti kehidupan.. Aku mula merindui kawan-kawan ku. Dan MATI HIDUP SEMULA pun aku tidak mungkin menjumpai kawan sehebat dan sebaik mereka. Begitu juga dengan tenaga pengajar yg sangat baik dan peramah orangnya.. Masyarakat Terengganu baik2 dan ramah orgnya.. Itulah simpulan yang aku boleh buat sepanjang berada di sana..
Dan aku akan merindui mereka......
Label:
kenangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment