Sabah adalah sebuah negeri yang terletak di bahagia utara kepulauan Borneo dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak.. Kaya dengan hasil galian serta pertanian telah menjadikan Sabah antara penyumbang terbesar KDNK negara..
Baru-baru ini laporan di media tentang laporan bank dunia yang menyatakan negeri Sabah merupakan negeri termiskin banyak memeranjatkan orang terutamanya orang-orang politik yang terlalu sensitif mengenai isu ini..
SABAH NEGERI TERMISKIN DI MALAYSIA..
Selepas laporan itu di keluarkan pelbagai tohmahan serta penghinaan yang di lemparkan kepada penduduk Sabah, walhal tidak adil untuk meletakkan beban kepincangan yang di katakan berlaku di Sabah di atas bahu penduduknya 100%..
Dalam soal ini, saya sebagai penduduk Sabah terpanggil untuk memberi pandangan secara peribadi dengan akal yang berfikir serta mata yang melihat.. Saya begitu terpaku dengan membaca beberapa pandangan sinis yang tidak melihat kepada realiti hari ini, memberikan hujah tanpa fakta, sehingga berlakulah persepsi liar di kalangan masyarakat. Antara persepsi-persepsi tersebut ialah sehingga ada yang menyamakan Sabah dengan penduduk miskin Somalia, lebih menyedihkan lagi melabel penduduk Sabah miskin sehingga ada yang mati kebuluran dan macam-macam lagi. Walhal perkara itu tidak berlaku sama sekali, dan tidak lain hanyalah persepsi orang-orang yang kurang berfikir.
Saya tidak menafikan, menurut pengamatan sendiri sebagai penduduknya, Sabah masih jauh mundur dari segi pelbagai aspek pembangunan jika di bandingkan dengan negeri-negeri lain. Tetapi tidaklah sampai tahap yang di katakan mati kebuluran. Kita harus berfikir lebih luas, Sabah miskin dari segi apa?? kita seharusnya berfikir di luar kotak,. miskin harta?? miskin jiwa?? atau miskin yang bagaimana??kemiskinan di Sabah itu amat subjektif.. Maka saya tidak setuju kalau ada yang mengatakan penduduk Sabah miskin sehingga melarat..
Maka, kalau iyapun Sabah itu negeri termiskin, siapa harus di persalahkan??
Seperti yang saya katakan di awal bicara tadi Sabah merupakan negeri yang kaya dengan hasil galian serta pertanian yang secara langsung menyumbang kepada pembangunan Negara khususnya,. persoalannya, kenapa Sabah masih mendapat status negeri termiskin di Malaysia?? kemana perginya hasil-hasil galian serta pertanian tadi?? kemana perginya hasil-hasil minyak serta balak tadi??
Pendapat secara liar, sebenarnya kemiskinan di Sabah berkait dengan kewujudan "unjustice" di dalam rantaian politik, sosial dan ekonomi. Dikriminasi samada politik, sosial dan ekonomi sememangnya wujud. Perkara ini di burukkan lagi dengan kewujudan para badut, barua, pembodek, kronism, pak kadok, penikus yang wujud dalam rantaian politik serta ekonomi yang membantutkan lagi pembangunan negeri Sabah. Jika bukan kerana mereka, kemana perginya hasil-hasil negeri?? Hilang di curi jembalang?? Dan siapakan mereka??
Tiada menjadi persoalan juga, apakah Sabah di jadikan "stor" atau "karung tinju" ekonomi agar supaya Malaysia mencapai kemakmuran bersandarkan teori Adam smith dan Mayned kaynes?? atau teori Ibn khaldun.??
Baru-baru ini dengar cakap-cakap kerajaan membuat kajian untuk tapak pembinaan tenaga nukleur dan pertanian untuk kelapa sawit dan getah, DI SABAH...??
Sebagai penduduk Malaysia, semestinya saya mahu melihat kemakmuran buat seluruhnya.. Tetapi harus bagaimana jika keadilan sosial dan ekonomi ini masih membelenggu setelah 53 tahun merdeka. Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri dengan senyum bangganya mengatakan Kerajaan berjaya mengatasi kemiskinan tegar dalam negara, persoalannya apakah yang di katakan oleh TPM tersebut benar-benar berlaku atau ianya hanyalah omong-omong politik pilihan raya akan datang?? Saya tidak bersetuju, kerana saya sendiri melihat dengan Mata kepala, masih terdapat kanak-kanak yang meminta menghulurkan tangan untuk mendapatkan sesuap nasi! Masih terdapat kanak-kanak terbiar tanpa pendidikan sewajarnya! Masih terdapat keluarga yang hidup tidak seperti sepatutnya! Malah apa yang menyedihkan, masih terdapat keluarga yang hidup hanya bergantung dengan cahaya pelita!!
Jika begini, bagaimana hendak mencapai negara Maju tahun 2020??
Pada pilihan raya lepas tahun 2008, Kerajaan Barisan Nasional telah berjaya memenangi kerusi parlimen dengan majoriti nipis tidak sampai 2/3, inipun hasil sumbangan negeri Sabah dan Sarawak yang di label oleh sesetengah orang stok Barisan Nasional. Keputuasan ini mengejutkan ramai pihak, terutamanya pemimpin-pemimpin kerajaan. Pilihan raya umum 2008 juga menjadi sejarah hitam buat kerajaan sehingga ada yang menggelarnya "tsunami politik".
Bagi saya, kerajaan Barisan Nasional harus menjadikan kejadian itu sebagai pengajaran, Sabah tidak akan selama-lamanya menjadi lubuk emas kerajaan barisan nasional. Hal ini kerana, saya yakin dan percaya, jika kerajaan Barisan Nasional tidak berubah dan mengubah cara mereka, suatu hari nanti akan tiba kebangkitan anak-anak muda Sabahan yang menghukum mereka kerana kegagalan mereka dalam memastikan keadilan sosioekonomi negara.. Saya sendiri sudah mulai bosan dengan kerenah politik tempatan yang hanya tahu bercakap tetapi gagal melaksanakannya..
Justeru, dalam isu ini, pemimpin-pemimpin atasan negeri Sabah yang sedar akan perkara ini seharusnya menyuarakan berdasarkan "kritik bukan bererti anti" kerana berbeza pendapat adalah teman yang baik.....
No comments:
Post a Comment