suAtu ceRita...

suAtu ceRita...
kitA aDa piLihan...

Wednesday, April 13, 2011

Drama Politik Kita...

Akhir-akhir ini kita banyak disajikan dengan macam-macam drama politik negara kita.. Syabas buat pelakon-pelakon, penggiat, pengarah dan seluruhnya yang terlibat sama.. Apa yang menariknya, drama yang dilakonkan ada yang berunsur lawak atau komedi, ada yang menggelikan hati, ada adegan lucah, aksi, seram dan macam-macam lagi... Seronoknya lakonan mereka ini turut menjadi perhatian dan mendapat liputan luas media antarabangsa.., nah! filem box office pun tak lawan..

Bercakap mengenai politik negara, dari dulu hinggalah sekarang, seolah-olah rentak tari, melodi serta irama yang di gunakan tetap dengan cara yang sama. Aku bukanlah seorang yang pakar mengenai politik, bukan penggiat politik, bukan juga pengkritik mahupun penganalisi politik. Tetapi hanyalah seorang budak yang masih mampu melihat dan membaca..

Anda perasan tak, setiap kali pilihan raya diadakan, tak kisahlah samaada pilihan raya kecil mahupun umum, macam-macam janji-janji manis di taburkan?? Sang penjanji pula macam ulat kepanasan, duk menggeliat. Hutan belantara di reda, lautan gelora pun sanggup di renangi..

kenapa??

Anda perasan tak, setiap kali musim itu berlaku, isu-isu lapuk seperti kemiskinan, pembangunan, bantuan, derma dan macam-macam lagi timbul semula, walhal, isu tersebut sepatutnya bukanlah isu musim pilihan raya sahaja.

kenapa??

Pilihan raya kecil Negeri Sarawak yang sedang berjalan sekarang ini contohnya. Macam-macam janji pembangunan dan kesejahteraan kononnya. Persoalannya, kenapa baru sekarang berlumba-lumba mahu buat perubahan, kononnya!..? Tidak kurang juga timbul cerita-cerita seram seperti direncanakan.. cerita-cerita ini direka tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mematikan lawan, sehingga ada cerita yang sepatutnya tidak timbul dan direncanakan oleh seorang pemimpin yang menjadi contoh kepada pengikutnya.. Persoalannya, kenapa cerita-cerita buruk ini timbul tatkala setiap kali pilihan raya diadakan..??? Adakah kejadian ini membuktikan orang-orang politik kita busuk hatinya??

Apabila berlaku pilihan raya kecil, yang mungkin di sebabkan kematian ataupun perletakan jawatan penyandangnya. Aku selalu mengucapkan tahniah buat penduduk kawasan tersebut.. Bukan kerana apa.., kerana pasti ada habuan yang akan di terima oleh penduduk kawasan tersebut apabila pilihan raya kecil nanti... Ini tidak dapat di nafikan., kerana inilah realitinya landskap politik negara kita. Kadang-kadang teringin juga diadakan pilihan raya kecil di kawasan tempatku, tak kisahlah di sebabkan apapun. Sebab kawasan aku masih ramai lagi yang tercicir oleh arus pembangunan. Maka sesuailah jika diadakan pilihan raya kecil..

Inilah realiti politik kita.. penuh dengan drama.....

No comments:

Post a Comment