Antara prinsip dengan moral...
Persoalan itu sering berlegar-legar di fikiranku... Aku bertanya kepada kawan-kawan yang berada dalam bidang yang sama, di mana pilihan mereka samaada prinsip mahupun moral.. Rata-rata mereka memilih moral berbanding dengan prinsip.. Tetapi aku masih keliru dengan status, antara prinsip dan moral seorang seller.
Bukan semua seller terlibat dengan persoalan ini. Tetapi aku merujuk kepada tugas mereka, dan teknik salah sebuah syarikat perniagaan yang sudah bertapak di negara ini... Bukan setakat sebuah tetapi teknik yang sama juga di gunakan oleh pesaing-pesaing lain... Teknik ini sungguh licik, penuh bermain dengan phsykologi. Bagi mereka yang faham tentang busines mungkin mereka sudah tahu dan mampu menepis segala phsykologi yang di buat hebat oleh seorang jurujual, tetapi bagi mereka yang kurang arif dan faham teknik ini pasti mereka akan terbuai layu, tewas dengan omokan sang jurujual lalu merasakan diri tertipu.
Aku sendiri terlibat dalam bidang ini. Dan persoalan inilah yang selalu bermain di fikiran ku. Adakah tugas aku ini menipu pengguna ataupun ini adalah teknik sebagai jurujual. Dan akhirnya aku bertemu jawapan hasil daripada analisis yang aku buat. Sebenarnya tidak timbul isu menipu ataupun memanipulasi pengguna tetapi sebaliknya ini adalah teknik jurujual dalam sebuah perniagaan. Sebagai contoh, memberikan seorang pengguna voucher yang terdapat barang sponsor yang bernilai ribuan ringgit dan tertera juga rm100 potongan harga. Untuk menikmati barangan sponsor bernilai ribuan ringgit tadi pengguna tadi hendaklah menggunakan voucher rm100 tadi untuk barangan lain yang bernilai ribuan ringgit juga,. Tetapi dengan kehebatan phsykology sang jurujual pengguna tadi seolah-olah terpukau dengan kata-kata manis lalu membuat pembelian. Sebenarnya peranan banyak di ambil oleh jurujual dalam menjayakan misi menjual barangan tadi secara berkolompok. kononya barangan sponsor tadi di taja oleh syarikat, hakikatnya itu adalah jualan secara kelompok. Tetapi ramai pelanggan yang tewas dalam perlawanan ini. Tidak kurang juga yang kebal, walaupun di tembak bertalu-talu oleh peluru sang jurujual, ini bagi mereka yang arif tentang busines mahupun marketing.
Apa yang membuat aku dilema, ada sesetengah jurujual yang mengabaikan moral berbanding prinsip. Mereka lebih mementingkan keuntungan berbanding hubungan antara pemasar dan juga pengguna. Apa yang sebenarnya tidak boleh di lakukan dalam aktiviti jual dan beli mereka lakukan. Contohnya, jurujual menerima wang daripada pengguna, kononnya untuk deposit bagi menahan barang sponsor tersebut agar tidak terlepas ketangan orang lain, walhal mereka tahu pengguna tadi sebenarnya tidak akan mendapat barang sponsor tersebut. Mereka tidak kisah apa yang akan terjadi dan apa kesannya. Ini sebenarnya menjadi virus jangka masa panjang dalam bidang seller terutamanya yang menggunakan teknik seperti ini. Kadang-kadang timbul perasaan sedih melihat nasib pengguna yang sudah membuat pembayaran tetapi belum mendapat barang yang di janjikan..,
Pernah terjadi, aku sendiri menarik pelanggan untuk membuka voucher yang aku berikan padanya. Seperti yang aku sudah tahu pelanggan tadi akan mendapat barang sponsor. Dan aku memainkan peranan untuk phsyko pelanggan sehingga pelanggan tadi membuat pembelian dalam keadaan keterpaksaan, dalam keadaan serba tidak sedar. Tetapi aku masih relaks membuat tugasku untuk memastikan pelanggan tadi meneruskan pembelian walaupun hakikatnya aku terusik bermain dengan perasaan "simpati", tetapi ini adalah hakikat tugas seorang jurual.. "simpati" adalah pembunuh kepada kerjaya seorang jurujual. Perkataan itu sering diingatkan padaku oleh rakan-rakan. Dan ini adalah prinsipnya.
Walaupun begitu, aku masih mengambil langlah yang mungkin berbeza, walaupun ada prinsip tugas namun ia haruslah berpaksikan moral. Dalam bidang marketing sendiri, perlu di tekankan hubungan di antara pelanggan dan jurujual. Maksud aku, sesudah kita mengambil duit pelanggan tanpa belas kasihan untuk memastikan proses pembelian berlaku, kita perlu membuat hubungan yang mesra bersama pelanggan agar mereka tidak rasa tertipu. Hubungan inilah yang meranapkan benteng virus status penipu yang sering bermain dalam fikiran pengguna tentang teknik ini...
No comments:
Post a Comment