suAtu ceRita...

suAtu ceRita...
kitA aDa piLihan...

Thursday, August 25, 2011

"BELAJAR KEMBALI SEJARAH"...

Asalamualaikum...,




Buat teman-teman, rakan-rakan walau di mana pun anda  berada...

Sebelum itu saya ingin memohon maaf sekiranya tulisan saya ini membuatkan sesiapa yang berasa kurang enak, terasa hati, juga buat mereka yang kurang bersetuju dengan pandangan saya ini. Ini cuma satu pandangan, dan tidak semestinya anda perlu bersetuju dengannya, juga tidak seharusnya di jadikan titik tolak untuk kita saling bermusuhan.

Sebentar tadi, saya terbaca artikel serta kisah daripada rakan facebook. Kisahnya menarik sehingga menarik untuk saya berfikir seketika mesej yang ada pada kisah tersebut. Kisah dan fakta mengenai asal usul Israel, sejarah negara Palestin serta bangsa palestin. Dalam kisah tersebut penulis menyentuh bagaimana bangsa yahudi ini mencuri serta menipu masyarakat dunia.. Dan bagaimana pula bangsa yahudi ini memanipulasi sejarah dengan pembohongan mereka sehingga masyarakat dunia menerima sejarah yang telah mereka cipta tanpa fakta.. Pengajarannya di situ kata penulis kita perlu belajar kembali sejarah agar kita tidak lupa siapa diri kita, asal usul serta perjuangan kita... Begitulah ringkasnya kisah yang di sampaikan oleh penulis tentang sejarah negara serta bangsa palestin...

Ya! saya sangat bersetuju dengan pandangan penulis mengenai perlunya kita belajar kembali sejarah diri kita dan asal usul kita,dan bila-bila masa walau sehingga hembusan nafas terakhir kita perlu mengingati sejarah kita. Disini saya ingin menekankan tajuk ingin saya perbincangkan adalah seperti di atas, "belajar kembali sejarah". Tapi lebih indah jika tajuk itu di ubah seperti ini, "BELAJAR SERTA MENGKAJI KEMBALI SEJARAH". Saya juga ingin mengingatkan kepada teman-teman pembaca, kisah yang saya karang kembali mengenai sejarah israel dan palestin tadi tidak ada kena mengena dengan perkara yang ingin saya bincangkan, cuma saya hanya mengambil pengajaran yang ada pada kisah tersebut, iaitu "sejarah".

Apabila menyentuh mengenai sejarah, saya berfikir mengenai sejarah diri dan tanah kelahiran saya iaitu Sabah, negeri di bawah bayu.. Kerana ramai daripada rakan-rakan seakan-akan hampir lupa sejarah negeri sabah kelahiran mereka. Bukan negeri kelahiran sahaja, malah asal usul, bangsa, etnik juga sudah mereka lupakan. Sedihnya, rata-rata mereka lupa akan pertuturan dalam bahasa ibunda mereka. Ini adalah titik-titik noda yang akan melupuskan lalu melenyapkan sejarah etnik warisan ini, Ini adalah "First step" untuk kita menerima nasib malang akan kehilangan identiti kita.Nahh! siapa harus di persalahkan dalam soal ini?? Seperti pandangan penulis mengenai Israel dan palestin tadi, saya juga tidak berniat untuk menyalahkan sesiapa, cuma mengajak rakan-rakan berfikir kembali, dan mengubah persepsi yang telah di tinggalkan PENJAJAH MINDA! Malangnya, akibat minda di jajah, kita sudah jadi pemalas untuk menjadi seorang pemikir, malas mengkaji, malas ambil tahu.. Apa yang kita tahu, memberi dan meminta.. Itulah sikap kita..

Rakan-rakan,

Masih ingatkah kita siapa sebenarnya penduduk pribumi Sabah? Masih ingatkah kita beberapa suku kaum etnik yang ada di Sabah.? Ya, mungkin ingat,. Tapi perasankah rakan-rakan, adakah penduduk-penduduk pribumi tersebut mempunyai kuasa serta kesan peninggalannya hari ini? Saya tidak rasa begitu.. Mungkin pandangan rakan-rakan berbeza daripada saya, tapi tidak mengapa, ini cuma satu pandangan..

Saya berpandangan sebegini kerana apa yang saya perhatikan hari ini, kita tidak lagi menjadi tuan kepada tanah kita sendiri. Tidak lagi menjadi tuan kepada orang-orang kita sendiri.. Kenapa saya berhujah begini??
Disini saya ingin menimbulkan persoalan, untuk mengajak kita berfikir kembali..

1) Bagaimana negeri sabah yang berbilang suku kaum di kuasai oleh Parti dari semenanjung United Malay Nasional Organis.. kemana perginya parti-parti dari sabah?? Bukan saya membenci parti daripada semenanjung itu,. Cuma di sini kita perlu belajar daripada sejarah bagaimana kuasa kita telah terlepas kepada mereka yang datang ke sini. Bukankah sepatutnya sabah di perintah oleh parti yang lahir daripada negeri ini sendiri?? Bagaimana boleh terjadi Sabah yang berbilang kaum telah dikuasai oleh parti yang bukan datangnya daripada sini. Lupakah kita bagaimana parti-parti daripada sabah menjadi lemah, alpa sehingga mereka jatuh tak berdaya?? lupakah kita bagaimana ketika dahulu parti daripada sabah begitu kuat sehingga membentuk kerajaan sendiri beberapa dekad?? Namun semua tinggal cerita.. semua tinggal sejarah.. Kenapa ini boleh terjadi? Ini angkara lompat si katak lompat.. Peliknya mereka menyertai parti yang bukan melihatkan identiti mereka.. Di sinilah bermulanya, bagaimana si suku kaum bajau, suluk, kadazan dan lain-lain telah di melayukan. Bagaimana terjadi dalam maklumat sekolah dan lain-lain kita sendiri telah mengatakan kita adalah melayu?? Tapi sebenarnya kita lupa, Kita adalah pribumi sabah!. Bagaimana anak-anak yang lahir yang seharusnya meneruskan warisan yang ada telah lupa dan tidak tahu akan identiti mereka.. sehingga lupa bahasa ibunda mereka. Adakah perkara ini dianggap remeh, kecil dan tidak penting?? Rakan-rakan, tiada manusia yang mahu melihat bangsa mereka lenyap tanpa tanda, tanya pada mereka.. Sebab itu, kenapa sehingga hari masih ada yang tidak tahu berbahasa melayu.. Sayang seribu kali sayang jika warisan sendiri hilang lenyap di telan zaman.. Angkara siapa?? Adakah angkara si penjajah minda??

Ingin saya tekankan di sini, saya menyentu ayat "dimelayukan" bukanlah bermakna saya bersikap prejudis atau rasis. Saya cuma bercakap mengenai realiti hari ini,.
Saya menyokong memartabatkan bahasa melayu, kerana saya setuju melalui bangsa iaitu bahasa melayu (MALAYSIA),  maka kita dapat mencipta perpaduan melalui bahasa. Tetapi tidaklah sehingga warisan etnik yang lain terpinggir tanpa nama. Suku-suku etnik ini juga perlu di tonjolkan, perlu di pelajari, perlu diperkasakan agar warisan akan datang masih berpeluang merasainya...

sekali lagi ingin saya katakan, pandangan saya ini bukanlah berniat untuk menuding jari, menyalahkan mana-mana pihak. Mungkin akibat kelalaian, serta  miskinnya didikan kita adalah menjadi punca..Cuma harapan agar kita tidak lupa pada sejarah.



"I PROUD TO BE SABAHAN" 


"AKU ANAK MALAYSIA"...

No comments:

Post a Comment