suAtu ceRita...

suAtu ceRita...
kitA aDa piLihan...

Tuesday, June 28, 2011

Semusim Bersama...




Teman,
ingatkah dikau tatkala pertemuan kita?
aku menyapa dirimu,
Lantas kau menyahut sapaan itu,
dengan wajah yg ceria,
ibarat mentari yg memancar,
disirami warna keemasan,
Lantas, bermulalah ikatan sebuah persahabatan..

Alhamdulillah,
aku bersyukur kerana mgenalimu,
dahulu, aku rasakan diri ini lemah,
tiada bertenaga,
namun kau salurkan kepadaku,
tenaga yg menguatkn kembali semangatku,
aku rasakan diri ini begitu cergas,
sehinggakan aku mampu meredahi onak dan duri,
walaupun dahulu,
aku tidak menjangka,
aku mampu melaluinya..

Teman,
Tatkala awan hitam muncul di hadapanku,
aku dapat rasakan,
kau menghulurkan daku tanganmu,
Lantas kau bersama-samaku,
merentasi awan hitam itu,
Kian lama, kian jauh kita tinggalkan awan hitam itu,
sehinggalah kita tiba di suatu daerah,
daerah yg penuh kesyahduan,
sehingga aku begitu terharu,
kerana kau sudi membantuku,
tatkala aku gering,
tiada termampu..

Kehadiranmu ke dalam hidupku,
membawa seribu pengertian buatku,
kerana kau aku bahagia,
kerana kau aku tersenyum,
kerana kau ku masih di sini,
meneruskan pertapaanku,
untuk memiliki mutiara sejati,
yang bakal memberikan daku sinar kemenangan..

Namun,
tatkala kebahagiaan mendampingi diriku,
kegembiraan merajai jiwaku,
kegelisahan jauh daripada pemikiranku,
aku terlupa..,
bahawa masa semakin berlalu,
semakin hari, semakin laju,
mengalahkan kelajuan cahaya,
sehinggakan aku tersedar,
kita bakal terpisah walaupun tanpa relaku,
mungkin,
untuk selamanya...

Temanku...
biar masa memisahkan kita,
biar jasad menjarakkan kita,
biar wajahmu tiada di tatapanku,
Namun,
memori yang tercipta tidak mungkin ku lupa,
semusim bersamamu,
ibarat seumur hidupku,
penuh dengan warna2 ceria,
seindah sang pelangi,
tatkala hujan gerimis...

Kepada Ya Rabbi,
kekalkanlah ikatan murni ini,
kau berkatilah teman seperjuanganku ini,
kau berkatilah guru-guru ku ini,
kerana dia,
Teman Sejatiku...

No comments:

Post a Comment