suAtu ceRita...

suAtu ceRita...
kitA aDa piLihan...

Monday, October 14, 2013

LAMA TIDAK MENCORET SESUATU: POLITIK YANG MEMENATKAN, DAN PERJUANGAN HARUS DITERUSKAN



Hampir dua tahun aku tidak berkongsi sesuatu diruangan ini. Bukan apa, kadang-kadang timbul rasa penat, rasa bosan ditambah lagi kekangan masa yang memaksa aku mengutamakan apa yang patut aku utamakan, belajar!. Ya, aku masih lagi berjuang dimedan pelajaran. Dan ia seharusnya tidak berhenti. Jika selama dua tahun aku berdiam, entah malam ini mengapa aku mulai rindu untuk berbicara. Mungkin kerana tiada sesiapa yang cocok untuk aku berkongsi cerita berupa pandangan yang mungkin orang lain sukar menerimanya. Dan aku perlu kembali kealam maya, mungkin inilah salurannya.

Dua tahun berlalu, inilah Malaysia negaraku yang tercinta. Banyak peristiwa telah berlalu, dari isu pencerobohan pengganas kiram, bahkan PRU13 pun telah berlalu dengan penuh drama. Tahniah buat BN! kerana berjaya membentuk kerajaan. Tahniah juga buat pakatan pembangkang kerana telah berjaya mengenepikan 2/3 kerusi BN buat kali kedua. Bagi aku ini satu perkembangan baik, menunjukkan masyarakat kita semakin matang dalam arena politik demokrasi.

Terus terang bagi aku politik ini memenatkan. Isunya tetap sama, kitaran berpusing ketempat yang sama dan hasilnya tentulah sama. Kenapa demikian? kerana hari ini apa yang anda rasa sudah berubah? Parti pemerintah tetap sama, permainan politik tetap sama, malah pencapaian negara tetap sama secara keseluruhannya. Tinggal beberapa tahun lagi tahun 2020 yang dicanang untuk kita mencapai sebuah negara maju tapi kita tetap sama! Walaupun mungkin kita berjaya mencapai target sebuah negara maju, tetapi adakah pelabelan sebagai negara maju itu membawa apa-apa erti jika masih ada kecelaruan dalam sistem negara? 

Pertama, masalah kebanjiran pendatang tanpa izin yang masih belum menampakkan penyelesaian. kedua, pemberian kerakyatan secara tidak sah. Ketiga, penyusunan semula masyarakat bumiputera sabah dan sarawak. Dan macam-macam lagi isu. Kerana itulah perjuangan harus diteruskan..

Dalam hal ini bukan aku mau menyalahkan kerajaan sepenuhnya. Bahkan mungkin kerajaan sudah melakukan yang terbaik, cuma mungkin berlaku kekhilafan, kesilapan, keterlepas pandangan yang menuntut kepada perubahan. Sebab itu sehingga hari ini masyarakat Sabah dan keseluruhannya tidak pernah putus asa kepada kerajaan. Ini juga satu pengorbanan!. Kerajaan tidak harus mensia-siakannya. Manusia juga bisa bosan dengan benda sama yang kurang menyenangkan. Tiada istila setia pada yang busuk!. Tiada apa yang sempurna termasuklah kerajaan. Tetapi ketidak sempurnaan tersebut kita mampu tuntut dan bukan menyerah!

huuuu... aku ni membebel jakk malam-malam ni.. sini jak lah.. akan ku sambung lagi di ruangan seterusnya... semoga kita terus kehadapan..

Salam aidiladha...

No comments:

Post a Comment