suAtu ceRita...

suAtu ceRita...
kitA aDa piLihan...

Saturday, February 1, 2014

Adakah sesuatu perbuatan dosa itu melihat pada warna kulit?

Saya bukanlah seorang pakar agama. Bukanlah seorang ustaz jauh sekali seorang Mufti. 

Kerana itulah saya letakkan persoalan pada diri sendiri dan berharap pada mereka yang tidak bersetuju boleh memberikan pandangan mahupun hujah. Apa yang saya fahami tentang perbuatan samaada baik mahupun jahat pasti akan mendapat pembalasannya kelak, itu yang saya fahami semenjak akil baligh lagi. 

Anda membunuh anda akan dapat dosa. Dan jika tidak bertaubat kita akan mendapat balasannya. Persoalannya, adakah jika kita seorang muslim membunuh tanpa sebab hukumannya berbeza dengan seorang bukan muslim yang membunuh tanpa sebab jika melihat dari sudut konteks dosa iu sendiri? Apa yang saya fahami ianya TIDAK.. Setahu saya Islam itu adalah agama adil. Agama yang menyeru kepada keadilan. Dosa adalah dosa,, siapapun anda perbuatan tetap dibalas dengan hukuman yang sama.

Apa yang saya mahu terangkan diatas sebenarnya adalah berkaitan dengan segelintir manusia yang suka menghukum berdasarkan persepsi, spekulasi dan cerita-cerita yang didengar dan tidak pula mempunyai kepastian sahih tentangnya. Ianya tidak lain daripada persepsi. Dan paling menyedihkan ruang lingkup yng mereka fahami tentang perbuatan dosa hanya dijatuhka pada yang tidak sealiran dengan mereka. Apa beza kerajaan Iran dan Arab Saudi? ya.. Iran adalah sebuah negara Syiah dan Arab Saudi adalah sebuah negara ASWJ. Kedua mazhab ini sering menudig jari antara satu sama lain. Ini sesat, itupun sesat, demikianlah hujah mereka. 

Saya seorang Muslim ASWJ. Apa yang saya perkatakan ini tidak menyentuh tentang soal akidah kerana ianya diluar kemampuan saya. Apa yang ingin saya sampaikan adalah berkisar tentang pandangan segelintir manusia yang gelojoh membuat hukuman terpilih. Mereka mengatakan Iran adalah musuh islam, Iran adalah ejen yahudi, Iran adalah merbahaya kepada dunia dan macam-macam lagi yang mereka momokkan yang bersifat spekulatif dan belum terbukti terjadi pun. Ada yang kata Ketegangan diantara Iran dan Negara Yahudi israel serta kelantangan Pemimpin Iran keatas Yahudi adalah sandiwara semata-mata, lakonan dan konspirasi. Persoalannya adakah perkara tersebut sudah pun tejadi? kita menghukum dan membuat tuduhan sebelum perbuatan salah itu dilakukan. Inikah Islam mahukan? sudah pasti tidak. Perkara ijtihad kita tidak sepatutnya menjatuhkan hukum sedangkan kebenarannya belum terbukti. 

Jika ianya pun benar begitu, apa bezanya dengan kerajaan Arab Saudi? kenapa kita hingar bingar tentang Iran itu ejen yahudi. Sedangkan hari ini dunia mengakui Kerajaan Arab Saudi mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Amerika Syarikat. Dari segi ekonomi, politik dan ketenteraan mereka macam adik beradik. Siapa Amerika itu? Hari ini secara terngan-terangan Kerajaan Arab Saudi menambahkan kekuatan ketenteraannya dengan bantuan Amerika syarikat hanya kerana berpendapat Iran mengancam kedaulatan mereka KELAK.. kenapa meletakkan syak wasangka yang terlalu tinggi.

Hari ini negara arab rata-ratanya berkiblatkan Amerika. kalau Negara arab berkiblatkan Amerika scara terang-terangan yang kita sedia maklum sebagai tangan-tangan yahudi, apa bezanya dengan Iran yang bermazhab syiah dan dimomokkan sebagai ejen yahudi yang sehingga hari ini pun secara terang memusuhi Amerika dan Negara Israel? Adakah punya beza?

No comments:

Post a Comment