suAtu ceRita...

suAtu ceRita...
kitA aDa piLihan...

Tuesday, November 8, 2011

Polis... Kedai kOpi...


Kebelakangan ini polis begitu sibuk.. membuat siasatan aduan orang-orang terpilih. kes-kes demonstrasi, kes hasut menghasut, kes fitnah menfitnah, dan macam-macam lagi, uniknya rata-rata melibatkan orang VVIP ataupun orang-orang politik. Lihat saja di kaca TV dan surat khabar, mereka kelihatan begitu tekun, membayangkan seolah-olah mereka menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Tapi semakin ramai jelik terhadap mereka,.

Dulu bila orang dengar saja perkataan POLIS, orang tabek hormat, penjenayah pun gerun. Tapi kini keadaan seperti bertukar, dengar saja perkataan polis timbul perasaan menyampah mahu muntah. Penjenayah pun siap mengangkat tangan kearah mereka seolah-olah menunjukkan kemenangan, lalu terjalin persahabtan. Tiada lagi perasaan sanjung ataupun hormat, malah timbul pula perasaan curiga ketidakyakinan terhadap profesionalism mereka.

Saya hairan, kebelakangan ini terlalu banyak kes-kes jenayah berlaku, tidak kira di mana. Saban hari ada sahaja kes-kes bunuh berlaku. Bukan setakat bunuh, kes-kes samseng yang mereka anggap terpencil pun turut berleluasa. Mereka anggap terpencil, tapi tiada jalan penyelesaiannya sehinggalah menjadi kes besar melibatkan kematian baru mereka terkakai buat siasatan. Itupun bertemu jalan buntu, lalu kes tertutup ,mereka pejam mata rapat-rapat minum kopi di kedai kopi..


Saya bagi contoh, di daerah Tawau amnya. Sebuah daerah di Sabah yang sedang membangun. Di Tawau terlalu banyak kes-kes jenayah berlaku dari kes kecil hinggalah menjadi besar. Kegiatan yang paling ketara dan nyata adalah Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang kita tahu salah dari segi undang-undang, tapi mereka bebas seperti burung bergerak kesana kemari, siap berniaga lagi. Seramnya mereka buat Malaysia ini seperti negara mereka, budak-budak samseng hidu gam di khalayak ramai, membawa benda tajam di khalayak ramai, bergaduh membawa senjata pun di khalayak ramai. Orang-orang tempatan jadi ketakutan, perniagaan pun terganggu sedikit, Orang kata macam Kampung Koboi.. Akibat pengaruh orang luar yang datang tanpa izin, budak-budak yang kita harap bakal menjadi pemimpin negara pun dah jadi sampah masyarakat. Sedihh..!

Pernah saya lalu di satu tempat perkampungan, tempat itu di penuhi PATI, budak kecil seusia 10 hingga 12 tahun merokok membawa gam. Apa yang menyeramkan terdengar suara-suara penduduk di situ yang saya syaki PATI berkata, "kami sudah lama hidup disini, ini tanah kami", "polis pun takut dengan kami". huu.. Anehnya perkara ini berlaku depan mata, nyata bukan berkias. Tetapi persoalannya mengapa pihak berkuasa boleh terlepas pandang perkara ini, Seperti tiada jalan penyelesaiannya. Pihak berkuasa terutamanya polis tahu akan perkara ini, jenayah, vandalisma, samseng, tapi tiada jalan penyelesaian. Entah kenapa terlalu ramai PATI. Mungkin stok mahu di jadikan warga negara, bolehlah mengundi PRU akan datang.

Itu yang pertama. Yang kedua, polis terlalu memandang remeh perkara-perkara melibatkan jenayah samseng. Pernah berlaku d awal tahun ini, sekumpulan samseng telah membelasah penduduk di situ sehingga melibatkan kecederaan serius. Mangsa meletakkan kepercayaan secara total terhadap pihak berkuasa, mereka membuat laporan polis. Tetapi apa yang di harapkan?? kes itu berlarutan tiada penyelesaian. Macam saya kata si Samseng bebas macam burung, lalu mereka dengan sombongnya berkata "polispun takut dengan kami".. kesian polis-polis ini kan. Kadang-kadang yang menjadi mangsa ingin saja meletakkan undang-undang ditangan sendiri, tetapi bila itu berlaku saya yakin polis akan meletakkan kesalahan lalu menuding jari kepada mangsa tadi. Inilah polis kita, mereka tunggu sehingga melibatkan kematian baru mereka datang menyiasat, itupun sekadar menjenguk.



Hairannya, kalau kes-kes melibatkan politik! vvip! sampai kelubang cacing pun mereka siasat.. DWI STANDARD.

Yang ketiga, semalam pada 8hb november, di sebelah pagi berlaku kes pembunuhan di kampung yang sama sehingga menyebabkan kematian. Lucunya, apa yang saya dengar daripada orang ramai, polis datang membuat serbuan sebelah malam. Sempat lagi si Penjenayah lari pergi gua untuk bertapa. Baru tadi pula saya dengar si penjenayah sudah tertangkap, tapi terlepas balik. Semua ini "joking"!!!... sedangkan penjenayah bukan AYAH PIN pun... sampai susah nak tangkap.Tapi saya tidak hairan, sudah biasa, hari ini tertangkap, esok atau lusa terlepas.

Perkara-perkara seumpama inilah yang menjadi titik-titik noda hitam kepada pihak berkuasa sehingga timbul perasaan curiga, tidak yakin dan lawak terhadap mereka. Sehingga kalau kita lihat realiti hari ini ramai di luar sana yang mengkritik pihak polis, lalu menjauhkan diri.

Thursday, August 25, 2011

"BELAJAR KEMBALI SEJARAH"...

Asalamualaikum...,




Buat teman-teman, rakan-rakan walau di mana pun anda  berada...

Sebelum itu saya ingin memohon maaf sekiranya tulisan saya ini membuatkan sesiapa yang berasa kurang enak, terasa hati, juga buat mereka yang kurang bersetuju dengan pandangan saya ini. Ini cuma satu pandangan, dan tidak semestinya anda perlu bersetuju dengannya, juga tidak seharusnya di jadikan titik tolak untuk kita saling bermusuhan.

Sebentar tadi, saya terbaca artikel serta kisah daripada rakan facebook. Kisahnya menarik sehingga menarik untuk saya berfikir seketika mesej yang ada pada kisah tersebut. Kisah dan fakta mengenai asal usul Israel, sejarah negara Palestin serta bangsa palestin. Dalam kisah tersebut penulis menyentuh bagaimana bangsa yahudi ini mencuri serta menipu masyarakat dunia.. Dan bagaimana pula bangsa yahudi ini memanipulasi sejarah dengan pembohongan mereka sehingga masyarakat dunia menerima sejarah yang telah mereka cipta tanpa fakta.. Pengajarannya di situ kata penulis kita perlu belajar kembali sejarah agar kita tidak lupa siapa diri kita, asal usul serta perjuangan kita... Begitulah ringkasnya kisah yang di sampaikan oleh penulis tentang sejarah negara serta bangsa palestin...

Ya! saya sangat bersetuju dengan pandangan penulis mengenai perlunya kita belajar kembali sejarah diri kita dan asal usul kita,dan bila-bila masa walau sehingga hembusan nafas terakhir kita perlu mengingati sejarah kita. Disini saya ingin menekankan tajuk ingin saya perbincangkan adalah seperti di atas, "belajar kembali sejarah". Tapi lebih indah jika tajuk itu di ubah seperti ini, "BELAJAR SERTA MENGKAJI KEMBALI SEJARAH". Saya juga ingin mengingatkan kepada teman-teman pembaca, kisah yang saya karang kembali mengenai sejarah israel dan palestin tadi tidak ada kena mengena dengan perkara yang ingin saya bincangkan, cuma saya hanya mengambil pengajaran yang ada pada kisah tersebut, iaitu "sejarah".

Apabila menyentuh mengenai sejarah, saya berfikir mengenai sejarah diri dan tanah kelahiran saya iaitu Sabah, negeri di bawah bayu.. Kerana ramai daripada rakan-rakan seakan-akan hampir lupa sejarah negeri sabah kelahiran mereka. Bukan negeri kelahiran sahaja, malah asal usul, bangsa, etnik juga sudah mereka lupakan. Sedihnya, rata-rata mereka lupa akan pertuturan dalam bahasa ibunda mereka. Ini adalah titik-titik noda yang akan melupuskan lalu melenyapkan sejarah etnik warisan ini, Ini adalah "First step" untuk kita menerima nasib malang akan kehilangan identiti kita.Nahh! siapa harus di persalahkan dalam soal ini?? Seperti pandangan penulis mengenai Israel dan palestin tadi, saya juga tidak berniat untuk menyalahkan sesiapa, cuma mengajak rakan-rakan berfikir kembali, dan mengubah persepsi yang telah di tinggalkan PENJAJAH MINDA! Malangnya, akibat minda di jajah, kita sudah jadi pemalas untuk menjadi seorang pemikir, malas mengkaji, malas ambil tahu.. Apa yang kita tahu, memberi dan meminta.. Itulah sikap kita..

Rakan-rakan,

Masih ingatkah kita siapa sebenarnya penduduk pribumi Sabah? Masih ingatkah kita beberapa suku kaum etnik yang ada di Sabah.? Ya, mungkin ingat,. Tapi perasankah rakan-rakan, adakah penduduk-penduduk pribumi tersebut mempunyai kuasa serta kesan peninggalannya hari ini? Saya tidak rasa begitu.. Mungkin pandangan rakan-rakan berbeza daripada saya, tapi tidak mengapa, ini cuma satu pandangan..

Saya berpandangan sebegini kerana apa yang saya perhatikan hari ini, kita tidak lagi menjadi tuan kepada tanah kita sendiri. Tidak lagi menjadi tuan kepada orang-orang kita sendiri.. Kenapa saya berhujah begini??
Disini saya ingin menimbulkan persoalan, untuk mengajak kita berfikir kembali..

1) Bagaimana negeri sabah yang berbilang suku kaum di kuasai oleh Parti dari semenanjung United Malay Nasional Organis.. kemana perginya parti-parti dari sabah?? Bukan saya membenci parti daripada semenanjung itu,. Cuma di sini kita perlu belajar daripada sejarah bagaimana kuasa kita telah terlepas kepada mereka yang datang ke sini. Bukankah sepatutnya sabah di perintah oleh parti yang lahir daripada negeri ini sendiri?? Bagaimana boleh terjadi Sabah yang berbilang kaum telah dikuasai oleh parti yang bukan datangnya daripada sini. Lupakah kita bagaimana parti-parti daripada sabah menjadi lemah, alpa sehingga mereka jatuh tak berdaya?? lupakah kita bagaimana ketika dahulu parti daripada sabah begitu kuat sehingga membentuk kerajaan sendiri beberapa dekad?? Namun semua tinggal cerita.. semua tinggal sejarah.. Kenapa ini boleh terjadi? Ini angkara lompat si katak lompat.. Peliknya mereka menyertai parti yang bukan melihatkan identiti mereka.. Di sinilah bermulanya, bagaimana si suku kaum bajau, suluk, kadazan dan lain-lain telah di melayukan. Bagaimana terjadi dalam maklumat sekolah dan lain-lain kita sendiri telah mengatakan kita adalah melayu?? Tapi sebenarnya kita lupa, Kita adalah pribumi sabah!. Bagaimana anak-anak yang lahir yang seharusnya meneruskan warisan yang ada telah lupa dan tidak tahu akan identiti mereka.. sehingga lupa bahasa ibunda mereka. Adakah perkara ini dianggap remeh, kecil dan tidak penting?? Rakan-rakan, tiada manusia yang mahu melihat bangsa mereka lenyap tanpa tanda, tanya pada mereka.. Sebab itu, kenapa sehingga hari masih ada yang tidak tahu berbahasa melayu.. Sayang seribu kali sayang jika warisan sendiri hilang lenyap di telan zaman.. Angkara siapa?? Adakah angkara si penjajah minda??

Ingin saya tekankan di sini, saya menyentu ayat "dimelayukan" bukanlah bermakna saya bersikap prejudis atau rasis. Saya cuma bercakap mengenai realiti hari ini,.
Saya menyokong memartabatkan bahasa melayu, kerana saya setuju melalui bangsa iaitu bahasa melayu (MALAYSIA),  maka kita dapat mencipta perpaduan melalui bahasa. Tetapi tidaklah sehingga warisan etnik yang lain terpinggir tanpa nama. Suku-suku etnik ini juga perlu di tonjolkan, perlu di pelajari, perlu diperkasakan agar warisan akan datang masih berpeluang merasainya...

sekali lagi ingin saya katakan, pandangan saya ini bukanlah berniat untuk menuding jari, menyalahkan mana-mana pihak. Mungkin akibat kelalaian, serta  miskinnya didikan kita adalah menjadi punca..Cuma harapan agar kita tidak lupa pada sejarah.



"I PROUD TO BE SABAHAN" 


"AKU ANAK MALAYSIA"...

Tuesday, June 28, 2011

Semusim Bersama...




Teman,
ingatkah dikau tatkala pertemuan kita?
aku menyapa dirimu,
Lantas kau menyahut sapaan itu,
dengan wajah yg ceria,
ibarat mentari yg memancar,
disirami warna keemasan,
Lantas, bermulalah ikatan sebuah persahabatan..

Alhamdulillah,
aku bersyukur kerana mgenalimu,
dahulu, aku rasakan diri ini lemah,
tiada bertenaga,
namun kau salurkan kepadaku,
tenaga yg menguatkn kembali semangatku,
aku rasakan diri ini begitu cergas,
sehinggakan aku mampu meredahi onak dan duri,
walaupun dahulu,
aku tidak menjangka,
aku mampu melaluinya..

Teman,
Tatkala awan hitam muncul di hadapanku,
aku dapat rasakan,
kau menghulurkan daku tanganmu,
Lantas kau bersama-samaku,
merentasi awan hitam itu,
Kian lama, kian jauh kita tinggalkan awan hitam itu,
sehinggalah kita tiba di suatu daerah,
daerah yg penuh kesyahduan,
sehingga aku begitu terharu,
kerana kau sudi membantuku,
tatkala aku gering,
tiada termampu..

Kehadiranmu ke dalam hidupku,
membawa seribu pengertian buatku,
kerana kau aku bahagia,
kerana kau aku tersenyum,
kerana kau ku masih di sini,
meneruskan pertapaanku,
untuk memiliki mutiara sejati,
yang bakal memberikan daku sinar kemenangan..

Namun,
tatkala kebahagiaan mendampingi diriku,
kegembiraan merajai jiwaku,
kegelisahan jauh daripada pemikiranku,
aku terlupa..,
bahawa masa semakin berlalu,
semakin hari, semakin laju,
mengalahkan kelajuan cahaya,
sehinggakan aku tersedar,
kita bakal terpisah walaupun tanpa relaku,
mungkin,
untuk selamanya...

Temanku...
biar masa memisahkan kita,
biar jasad menjarakkan kita,
biar wajahmu tiada di tatapanku,
Namun,
memori yang tercipta tidak mungkin ku lupa,
semusim bersamamu,
ibarat seumur hidupku,
penuh dengan warna2 ceria,
seindah sang pelangi,
tatkala hujan gerimis...

Kepada Ya Rabbi,
kekalkanlah ikatan murni ini,
kau berkatilah teman seperjuanganku ini,
kau berkatilah guru-guru ku ini,
kerana dia,
Teman Sejatiku...

Sunday, June 19, 2011

Bukan kesempurnaan yang mahuku kejar, cukuplah yang terbaik ingin ku Gapai..

Apa nak cerita malam ni...? borink tahap dewa.. emm,

 Sejak beberapa hari ini, lebih kurang dalam sebulan ni aku rasa sesuatu yang mengelirukan dalam diriku. Kadang-kadang aku cuba memahaminya tapi aku masih tercari-cari jawapannya. Ada satu ketika aku merasa lonely, seolah-olah bersendirian dalam gelak tawa bersama orang sekelilingku. Aku ter cari2 apa yang aku mahukan dalam hidup ini.. fikiran ku bercelaru..

 Nah.. aku melihat kehadapan, apa yang aku mahukan kini adalah kebahagiaan. Terus melangkah menempuh jalan yang penuh liku.. Aku tanamkan pada diriku, apa pun yang ada di hadapan, perlu ku sahut dengan senyuman. hihihihi. Tiada yang lebih hebat melainkan kesabaran.

Walaupun diulit perkara-perkara yang remeh, perhubungan, pertelingkahan, percintaan, persahabatan, dan perpisahan namun ia bukanlah alasan untuk aku memilih jalan yang mati. Bagiku, apa yang penting diri sendiri. Jangan di salah tafsir apa yang aku maksudkan dengan diri sendiri. Bukan bermaksud pentingkan diri sendiri, tapi, bantu diri anda sebelum anda membantu orang lain.

Sehingga kini, aku lebih pentingkan masa depan berbanding apapun, termasuklah dalam isu cinta. Mesti korang rasa pelik kan.. yea! itu adalah faktanya, ramai yang tercicir, kecundang oleh lena percintaan nafsu duniawi. Harap aku dijauhkan daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan matlamatku .Bukan apa, rata-rata orang yang aku kenali, sanggup bergadai diri, mempertaruhkan masa depan, membelakangkan nilai persahabatan, mendustakan kasih sayang, hanya kerana buta oleh keindahan cinta nafsu mereka. hehehe. Harap aku tidak begitu.. Oh Tuhan, semoga aku tidak lupa diri. Aku menghargai mereka yang aku kenali, IBUBAPA, KELUARGA, TEMAN-TEMAN...

Malam ini entah apa yang aku ceritakan.. Terus berfikir untuk melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan orang yang tersayang yang pastinya ibu bapa ku. Cabaran duniawi semakin kuat yang kadang-kadang sukar di di tempuhi. Semakin hari aku di sajikan dengan godaan-godaan yang boleh melemahkan kudratku untuk mencapai matlamatku.  Semakin banyak halangan untuk supaya aku terjeblos ke arah yang bertentangan, semakin banyak dugaan yang mungkin datangnya daripada kesilapan diri.. huuuuuuuuuu.. sungguh berliku perjalanan ini.. Semoga aku terus kuat, fokus, sabar dan terus yakin menjalani hari-hari yang mendatang....


Aku bukan mahukan kesempurnaan, cukuplah syang terbaik ingin ku gapai..

Buat yang terbaik untuk diri sendiri.....

Hampa....


Kupejamkan mata ini
Mencoba tuk melupakan
Segala kenangan indah tentang dirimu
Tentang Mimpiku

Semakin aku mencoba
Bayangmu semakin nyata
Merasuk hingga ke jiwa
Tuhan tolonglah diriku


Entah dimana dirimu berada
Hampa terasa hidupku tanpa dirimu
Apakah di sana kau rindukan aku
Seperti diriku yang selalu merindukanmu
Selalu merindukanmu ....

Tak bisa aku ingkari
Engkaulah satu-satunya
Yang bisa membuat jiwaku
Yang pernah mati menjadi berarti

Namun kini kau menghilang
Bagaikan di telan bumi
Tak penahkah kau sadari
Arti cintamu untukku

 

Sunday, May 15, 2011

Menggamit kisah semalam...

Malam-malam buta ini aku rasa sunyi, saat-saat inilah kesepian setia menemaniku.. Kadang-kadang komputer riba inilah jadi teman sejatiku, untuk aku menghilangkan keresahan malamku... Aku seperti kebiasaannya, mengupdate FB dan lain-lain ruangan.. Aku terlihat fb seseorang yang sangat aku kenali..

Lebih kurang 4 tahun yang lalu aku mengenalinya selama 6 bulan.. Raut wajahnya, bentuk susuk tubuh serta senyumannya masih tidak ubah sepertimana aku pernah kenali dahulu.. Dia yang perna merobek, mencipta luka yang terlalu dalam untukku... kutatapi gambar-gambar di ruangan facebooknya,. hehehe.. aku tersenyum keseorangan apabila aku menoleh kembali cerita semalam.. cerita yang banyak mengajar aku tentang hakikat sebuah kehidupan. cerita yang hampir-hampir membawa ku hanyut di dalam kegelapan yamg mungkin tanpa cahaya di hadapannya... Timbul perasaan rindu juga, timbul perasaan lucu, marah dan cemburu.. Entah kenapa..

Dia yang mengajar aku tentang sebuah perasaan, cinta, kasih sayang, merajuk dan cemburu.. Dia yang perna memberikan aku sinar kebahagiaan, malah dia juga pernah memberikan aku kelam kedukaan.. Walaupun pada hari ini dia sudah luput dalam ingatan ku, namun tidak di nafikan kesan yang dia tinggalkan masih tersimpan rapi dalam lipatan memoriku. Dan kesan-kesan itu sedikit sebanyak mempengaruhi jalan hidupku hari ini.. Menjadi sang Perindu.... Adakah benar dia yang meninggalkan kesan ini? atau mungkin ianya sesuatu yang semula jadi?? benci aku dengan perasaan ini.... Walaupun banyak luka yang dia tinggalkan, walaupun banyak dendam yang pernah aku simpan, tapi hari ini semua itu sudah berlalu pergi, hanya tinggal kenangan..

Harapan ku semoga dia mendapat jalan yang sepatutnya dan memperoleh sinar kebahagiaan sepertimana yang sepatutnya,.. Dan aku perlu meneruskan kehidupan ini dengan penuh keyakinan, kerna aku yakin disana pasti ada menjanjikan yang lebih baik....

Saturday, May 7, 2011

Bahagiaku syurga mereka Deritaka pilu mereka







Hari ini adalah hari yang bahagia untuk kita semua Yang berada di ruangan ini..kebahagian akan terasa lebih lengkap apabila kita di kelilingi oleh orang-orang yang kita cintai.. Berbicara tentang cinta, ada beberapa orang yang tentunya tidak akan diragukan ketulusan cintanya..Dan tidak akan pernah melepaskan cinta mereka untuk kita iaitu keluarga, terutamanya orang tua.. keberhasilan dan perjuangan yang kita capai hari ini tidak terlepas dari cinta, kasih sayang, dukungan serta bimbingan dari orang tua..

Bahagiaku syurga mereka deritaku pilu mereka...

Aku berdiri mengenakan toga ini
di sebuah jalan setapak yang gelap
pandanganku tertuju pada dua orang di kejauhan sana
dengan senyuman yang tak asing di mataku
dua orang yang sangat aku hargai
dua orang yang sangat aku hormati
aku cintai dan aku sayangi
ya..! mereka papa dan mamaku...

Dengan di sertai senyuman aku berjalan menghampiri mereka
seiring dengan langkah terlintas di benakku
atas apa yang telah mereka lakukan terhadap hidupku selama ini
mama yang telah mengandungku selama sembilan bulan
mama yang sudah memperjuangkan hidup dan matinya hingga aku dapat hadir di
dunia ini
mama juga yang telah merawatku dengan penuh kelembutan dan kasih sayang
papa yang telah mendidikku, papa yang rela bekerja banting tulang
ikhlas.. mengeluarkan keringatnya agar aku dapat menikmati hidup
detik demi detik, hari demi hari, bahkan tahun demi tahun

Apakah yang dapat kulakukan untuk membalas mereka??
sering aku tutup kuping tidak mau dengar nasihat mereka
sering aku bohong kepada mereka untuk kepuasanku
sering aku melawan jika mereka marah kerna kenakalanku
sering juga aku banting pintu di hadapan mereka
jika mereka tidak mengabulkan permintaanku
dan bahkan sering aku mngeluarkan kata kata kasar
yang tidak pantas mereka dengar dari bibirku
dasar cerewet, kuno, kolot!

Tapi apakah mereka memendam rasa dendam terhadapku?
tidak...!
tidak sama sekali!
mereka dapat tulus memaafkan kekhilafanku
mereka tetap menyayangiku dalam setiap hembusan nafas mereka
bahkan mereka tetap menyebut namaku dalam setiap doa doa mereka
hingga aku menjadi seperti sekarang ini
ya tuhan... betapa durhakanya aku ,
tak sadarka aku
bahwa mereka orang yang sangat berarti dalam hidupku

langkah-langkahku terhenti di hadapan mereka
dan kupandangi papa dan mamaku inchi demi inchi
badan yang dulu tegap, kekar, kini mulai membungkuk
rambut yang dulu hitam kini mulai memutih
dan kulit mereka yang dulu kencang kini mulai berkriput
kutatap mata mereka yang berbinar-binar dan mulai menitiskan air mata
bahagia
air mata haru, air mata bangga melihatku memakai toga ini
kucium tangan mereka, kupeluk mereka sambil berkata
Papa... Mama... yang aku berikan hari ini tidak akan cukup
membalas semua yang telah Papa dan Mama berikan selama ini kepadaku
terima kasih ma... terima kasih pa...
aku sayang papa dan mama sampai akhir hayatku....