suAtu ceRita...

suAtu ceRita...
kitA aDa piLihan...

Saturday, October 30, 2010

Kita perlu berbangga...

Semalam tengok berita kat tv, semuanya sibuk bercerita tentang bola sepak Piala Malaysia.

Akupun nak jugak lah berkongsi cerita tentang bola sepak Malaysia yang kadang-kadang ada jer kontroversinya. Walaupun aku bukanlah peminat sukan terutamanya sukan bola sepak, tapi taklah sampai tak ambil tahu langsung.. Minat gak ambil tahu mengenai perkembangan sukan Negara.

Sebelum itu, aku ingin mengucapkan TAHNIAH kepada pasukan Red Warrior, Pasukan Kelantan yang telah menjuarai Piala Malaysia buat pertama kalinya semalam. Tahniah juga buat Negeri Sembilan kerana layak ke perlawanan akhir.. Adat pertandingan, kalah dan menang, apa yang pastinya anda semuanya hebat..

Berbalik kepada cerita,. kebelakangan ini aku tengok bola sepak tempatan semakin rancak dan mendapat sambutan dari kalangan penyokong tempatan. Semalam stadium Bukit Jalil dipenuhi lautan penyokong tempatan, seolah-olah macam perlawanan pasukan luar negara pulak. Yelah, dulu kalau aku tengok bila perlawanan antara pasukan bola sepak tempatan, stadium suram je tanpa sorakan gemuruh penyokong, di penuhi oleh pekerja2 serta urusetia pasukan bola sepak je,,.

Dulu, penyokong tempatan memandang sepi pasukan bola sepak tempatan, juga ada segelintir penyokong tempatan memandang sinis dan melabel pasukan tempatan sebagai "ayam kampung! lembik! bosan!" dan macam2 lagi.. Bukan apa, mungkin masa tu aura ataupun belang pasukan tempatan kurang menyengit.. ataupun mungkin juga kurang kesedaran semangat patriotisme dikalangan penyokong tempatan,. entahlah itu andaian aku jak..

Dari sudut pandangan ku, dalam sukan bola sepak ni, aku lebih tertarik melihat penyokong pasukan kelantan.. Bukan apa, aku suka tengok semangat yang ada pada mereka dalam memberikan sokongan kepada pasukan mereka.. Dalam kejadian rusuhan dulu, semasa perlawanan bola sepak yang melibatkan penyokong pasukan kelantan, sehingga menyebabkan perbagai implikasi yang timbul, aku lihat disebalik keburukannya, ada juga kebaikan yang tersirat.. Bagi aku, semenjak kejadian itu, Bola sepak tempatan semakin rancak dan mendapat sambutan daripada penyokong tempatan. Bola sepak tempatan juga mendapat publisiti secara percuma melalui perbualan2 masyarakat tempatan..

Apa yang aku nak cakap, semangat yang ada pada penyokong kelantan itu perlu dijadikan contoh agar kita boleh lihat suasana serta aura bola sepak tempatan terus bernyawa justeru terus menempah kejayaan suatu hari nanti.. Kita tahu sukan bola sepak da diikhtiraf sebagai sukan nombor 1 negara, nahhh,. kalau begitu semangat ini yang kita mahu. Kerana bukan apa, bagi aku sorakan serta sokongan penyokong merupakan sesuatu yang penting dalam perlawanan bola sepak.. Merekalah yang menghiasi suasana stadium dan menambahkan lagi dramatik pentas perlawanan itu.

Bukanlah aku nak kata kita perlu merusuh bila pasukan kita kalah, tetapi semangat yang tersirat itu yang perlu kita contohi.. ambil yang baik sahaja untuk dicontohi.. lagipun, bagi aku ada "advantage" di sebalik kejadian itu.. Mungkin suara-suara sumbang yang suka mengkritik serta memandang sinis pasukan bola sepak tempatan akan sedar bahawa bola sepak tempatan juga "ada aura" ape..

Aku ingat lagi, masa kedudukan bola sepak negara jatuh di tangga tercorot dunia, FAM mendapat kritikan hebat dan macam-macam lagi desakan yang dibuat. Aku tak salahkan mereka yang mengkritik tetapi kritikan itu biarlah dari sudut yang positif dan membina. Aku yakin mungkin dikalangan yang mengkritik itu mahu melihat Bola sepak negara terus maju selaras dengan kemajuan negara. Kepada penyokong pula, kita juga harus sedar, kita perlu terus memberi sokongan dengan mencontohi semangat penyokong kelantan. hehehe.. Barulah nampak kita ni memang peminat nombor 1 sukan bola sepak.

Rasa terharu dan bangga bila melihat suasana stadium semalam walaupun hanya di kaca tv. Apa yang penting semangat patriotisme tuk menyokong pasukan tempatan tu ada. Janganlah kita melihat sokongan keatas pasukan negeri itu dari sudut yang negatif, tapi mari kita melihatnya dari sudut yang positif.. kerana aku yakin ianya untuk MALAYSIA...



Sekali lagi syabas buat kedua-dua pasukan.. suatu hari nanti kita akan lihat pasukan negara berentap di persada dunia...

" teringat, masa sukan komenwal baru-baru ini, atlet angkat berat negara Aricco Jumith, tidak sengaja memakai baju yang ada label "Sabah" telah mendapat kritikan daripada beberapa pihak, kononnya semangat kenegerian.. perlukah nak dijadikan isu..?? walhal semasa beliau menerima emas, lagu serta bendera Negara juga yang dinaikkan.. kita sepatutnya melihatnya dari sudut positif"

Antara tegur kerajaan dan sokong pembangkang

Mahasiswa dalam negara dan luar negara selaku nadi negara mesti bijak dalam membezakan dua perkara yang dinyatakan di dalam tajuk di atas. Menegur pemerintah tidak sama maksudnya dengan bersetuju ataupun bersama-sama pembangkang.

Kita anak muda adalah agen perubahan dan ada pengaruh dengan magnitud yang luar biasa. Justeru, sebarang keputusan yang diambil kerajaan mesti kita fikirkan dengan matang dan penuh hikmah.

Jika keputusan yang baik diambil oleh kerajaan, kita wajar memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi, namun jika dirasakan ada cacat cela yang signifikan, luahkan buah fikiran anda, nyatakan pandangan anda dengan yakin dan penuh tanggungjawab.

Ingat, memberikan pandangan sebegini tidak semestinya anda bersama-sama barisan pembangkang!

Ini kerana pembangkang juga terbuka kepada kesalahan yang sama samada pada masa kini semasa menjadi pembangkang mahupun setelah memegang tampuk pemerintahan negara nanti. Namun apa yang penting di sini, di manakah NILAI pendirian anda?

Bangunan 100 tingkat


Bayangkan jika anda mempunyai wang sebanyak RM 5 bilion, ke mana anda mahu membelanjakan wang ini untuk pembangunan negara?

i) Menaik taraf sistem pengangkutan awam (LRT, KTM) di KL setaraf dengan TFL

ii) Membangunkan Pulau Langkawi sebagai Pulau Ikon sedunia

iii) Membina bangunan Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat

iv) Menghantar tambahan 5000 pelajar perubatan ke UK atau 50,000 pelajar perubatan ke Mesir

v) Membina lebih banyak sekolah berasrama penuh?

Perbincangan inilah yang membentuk asas kepada belanjawan negara, sebagaimana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri negara baru-baru ini. Dan cadangan ketiga telah diumumkan oleh Perdana Menteri negara. Apa pendapat kita selaku mahasiswa?

Antara hujah-hujah sokongan adalah;

i) Tanah ada nilai yang tinggi, jadi alang-alang nak bina bangunan, kena bina tinggi

ii) Jana ekonomi negara - tarik pelabur luar

iii) Peluang pekerjaan melalui pengagihan projek-projek

iv) Kita perlukan ikon negara maju

Manakala hujah-hujah balas pula adalah;

i) Subsidi akan dimansuhkan. Rakyat semakin sengkek..

ii) Berapa banyak gedung perniagaan di KLCC dimiliki bumiputera dan rakyat Malaysia pada hari ini?

iii) Rakyat memerlukan bonus dalam zaman kesempitan ini.

iv) Kos awal RM 5b, confirm naik punya, macam projek istana negara, atas 'sebab-sebab' tertentu.

Apa juga hujahnya, golongan yang berusia awal 20-an harus sedar, di mana nilai pandangan anda? Adakan sekadar disimpan rapi di dalam peti, atau terkunci di dalam peti suara? Bahaskan dengan bijaksana. Ingatlah wahai mahasiswa sekalian, pandangan anda bernilai, dan hanya bernilai apabila anda suarakan.

Dan ingat, menyuarakan padangan tidak semestinya anda menyokong pembangkang!

'Isu Rosmah' pula meyusul


Beberapa hari selepas pembentangan bajet negara, seantero negara gempar dengan aksi-aksi 'panas' semasa Islamic (Islamic?) Fashion Festival (IFF).

Pelbagai NGO bangkit membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu.

Rupanya ada pakaian yang membuka aurat dan terpampang nama 'Muhammad' secara terbalik di dada si peragawati. Beberapa persoalan di sini;

i) Penggunaan nama 'Muhammad' ini sememangnya satu penghinaan, jika ia benar.

ii) Namun begitu, kalau dilihat dalma konteks yang lebih besar, penganjuran program seumpama ini juga sudah merupakan satu penghinaan besar.

Walaupun namanya fesyen Islam, namun pemakaiannya langsung tidak Islamik! Ibaratnya kalau kita mahu menjual kereta Proton, namun kita iklankan di akhbar yang kita mahu menjual kereta Jaguar. Adakah tindakan kita itu adil?

Dalam hal ini, tanpa mengira siapa sekali pun yang bersalah, mahasiswa wajar mengambil tahu akan apa yang berlaku, dan suarakan teguran anda.

Bagi yang beragama Islam, apabila cara hidup anda dihina, anda wajib bangkit mempertahankan dan menegur kesilapan yang ada. Dan bagi yang bukan Islam, apabila ada agama lain yang dihina, atas semangat 1Malaysia, kita mesti bersama-sama bersatu dalam membetulkan kesilapan yang telah dilakukan, demi kemaslahatan bersama.

Wahai mahasiswa, jangan ragu-ragu menyatakan nilai pendirian anda.

Zaman sekarang kita ada blog, media alternatif, akhbar tempatan dan medan sosial maya seperti Facebook. Nyatakan pendapat anda dengan penuh hikmah dan beradab dan penuh ikhlas.

Dan menyatakan pendirian anda tidak semestinya anda menyokong pembangkang. Anda sebenarnya menyokong jati diri anda!

Muhd Firdaus Abdul Rahim
Malaysiakini

Thursday, October 28, 2010

Adilkah??

emm...
lewat2 pagi nie borink pulak.. tiba-tiba terfikir nak cerita sesuatu.. fikir punya fikir, terlintas pula mengenai isu kebebasan media di negara kita ini, Malaysia...

hehehe.. tak hairanlah ada kawan2 yang anta sms, komen kata cerita aku ni memborink kan.haha.. Bukan ape, dorang kata cerita aku ni tak habis-habis mengenai politik, ada juga yang kata aku ni terlalu kepartian.. huhu...

Aku terima itu sebagai kritikan yang membina, lagipun pandangan masing2.. Dan jauh sekali nak menyalahkan dorang. Yelah, bagi aku, setiap orang ada kebebasan bersuara dan dorang bebas memberi pandangan .. Macam aku jugak lah, semua yang aku tulis lahir daripada hati dan naluri aku..hehe.. semua atas kapasiti dan pandangan peribadi aku..

Jadi, berbalik kepada cerita.. kadang-kadang aku nak tergelak lah tengok gelagat beberapa pengamal media yang nampak sangat terpesong jauh daripada fungsi sebenarnya.. Tidak kiralah samaada media elektronik mahupun media cetak.. Pengamal-pengamal media ini nampak sangat PRO terhadap pihak tertentu sehingga gagal menjadi satu entiti ataupun medium yang menyampaikan berita mahupun cerita yang benar. Tidak hairanlah kebebasan media di Malaysia masih jauh ketinggalan jika di bandingkan dengan negara-negara lain yang jauh lebih mundur.

Di Malaysia sendiri, mempunyai beberapa stesen TV, antaranya, RTM merupakan tv stesen kerajaan, tv3 stesen tv swasta, juga seperti ntv7, astro dan lain2.. Aku lebih suka melihat RTM dan TV3 untuk dijadikan contoh dalam cerita ini..

Kalau mengikut pengamatan ku sendiri nampak sangat dua stesen tv ini tidak bersifat adil dalam menyiarkan sesuatu berita terutamanya mengenai politik semasa dalam negara.. Mereka lebih di lihat PRO kepada pihak tertentu dalam memberi liputan mengenai isu tertentu terutamanya melibatkan isu pembangkang..

ha... jangan cakap aku ni pulak bersifat kepartian dan pro pembangkang.. tetapi hanyalah sekadar memberikan pandangan.. aku juga mahu melihat pengamal media ini lebih adil dalam memberi liputan terutamanya mengenai politik negara agar masyarakat dapat menilai sendiri setiap isu yang timbul.. Aku juga percaya masyarakat bukanlah bodoh untuk memilih mereka yang salah.. Jadi, pengamal media tidak perlu takut untuk melaporkan perkara-perkara yang benar..

Mengenai isu pro ataupun natural ni, kalau aku tengok laporan media di tv  yang berat sebelah, aku jadi cuak, menyampah dan kecewa.. Bukan apa, kita sendiri dapat menilai tahap kejujuran dan ketelusan mereka dalam membuat laporan.

Sebagai contoh, isu terdekat ni, mengenai pilihan raya kecil yang diadakan di Galas Kelantan dan Batu Sapi di sandakan, aku tengok stesen tv ini lebih suka membuat liputan mengenai parti pemerintah sahaja, semuanya tentang kemegahan, kejayaan, kemewahan yang mereka sudah ataupun sedang lakukan.. semuanya tentang kemanisan saja..

Adapun dorang wat liputan mengenai parti lawan semuanya tentang keburukan dan kerompongan pihak pembangkang. Dorang tak bagi peluang pun pihak lawan memberi ulasan, jauh sekali bercerita mengenai sumbangan yang telah pihak lawan lakukan. ADIL KAH?? sedangkan ada pemimpin tertentu mengatakan RTM juga akan buat liputan tuk parti lawan.. tapi masih tidak kelihatan..huhu.. omong kosong...

Banyak lagi contoh-contoh terdekat sebenarnya sebelum ini.. kalau di ceritakan semuanya, huuuu... 1, 2 buah novel pun tak cukup..kadang-kadang geli hati nak tengok.. Tidak hairanlah banyak wujud media alternatif yang di lihat oleh generasi muda zaman sekarang ini lebih bersifat natural dan menjadikannya sebagai bahan bacaan mereka.. percaya atau tidak itulah hakikatnya,.. akupun lebih berminat baca media alternatif.

Bukanlah  nak cakap ni sebab aku pro pembangkang, tetapi kalau boleh kita nak lihat biarlah pengamal media ini lebih adil dan telus dalam membuat liputan,. Pembaca bukanlah bodoh membabi buta, tetapi pembaca terdiri daripada mereka2 yang bijak pandai,. Dorang tahu mana salah dan mana silapnya. Tidak hairanlah semasa pilihan raya umum 2008, kebanyakkan pengundi muda lebih menjurus untuk mengundi parti lawan,, kerana apa? mereka kecewa dengan keadaan ini. mereka rasa tertipu.. Mereka juga lebih berminat membaca laporan2 media alternatif seperti malaysia kini, blog, youtube dan lain-lain.
Bagi aku, apa yang penting pengamal media biarlah adil, jujur dan ikhlas buat kerja,.... jangan takut dengan pembaca.. Kami boleh menilai apa yang baik dan buruk..




" macam orang bercinta, semuanya indah belaka, semuanya manis belaka"

Tuesday, October 26, 2010

Apa yang Sepatutnya kami dapat...


Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.


"Sabah di bawah Umno yang masih ketinggalan, nombor satu miskin dan diikuti oleh negeri Terengganu. Kedua-dua negeri ini Umno yang memerintah dan mempunyai minyak, tetapi rakyatnya makan taik minyak.

"Sedangkan Kelantan yang diperintah oleh PAS, menduduki nombor enam, kemajuannya jauh berbeza dengan negeri yang Umno perintah.

"Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin kena merasa malu, kenapa Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia?" soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.



Kata Idris lagi, kenyataan Muhyidin itu seperti menggambarkan beliau seorang yang terhalang dari menerima maklumat dan tidak pernah melihat bagaimana PAS Kelantan membangunkan negeri selama 20 tahun lebih memerintah.

"Ini satu kenyataan yang bersifat emosi, mungkin Tan Sri Muhyiddin baru keluar betapa daripada Gua Tempurung terus ke Galas.

"Mungkin beliau juga seorang yang buta maklumat dan tidak pernah melihat dunia Kelantan," katanya.

Menurutnya lagi, pengundi Galas sudah selesa di bawah PAS dan Pakatan Rakyat dan mereka sendiri telah melihat keupayaan PAS memerintah Kelantan berbanding dengan Umno.

Rakyat katanya sudah muak dengan sikap Umno yang hanya bercakap dengan penuh retorik setiap kali pilihan raya diadakan.

MalaysiaKini




" Bukannya menyokong mana-mana pihak ataupun parti tertentu, tetapi inilah faktanya, Sabah yang kaya dengan sumber aslinya masih menjadi negeri termiskin di Malaysia.. kadar buta huruf dikalangan penduduknya masih tinggi, kemudahan2 asas masih daif dan tidak setaraf dengan sumbangannya kepada pembangunan Malaysia.. 

Bertuah penduduk Batu Sapi sebab ada pilihan raya kecil masa terdekat ni, mesti bantuan-bantuan dan projek-projek melimpah ruah akan di taburkan..."










Friday, October 22, 2010

Pengalaman mengajarku...




Bercakap mengenai pengalaman belajar kat Terengganu UNISZA,
ianya satu pengalaman yang sangat indah.. Pelbagai cerita, karenah, telatah, suka duka, pengalaman dan macam-macam lagi lah...! hehe.
Disini jugalah aku belajar mengenai ragam hidup, mengenal pelbagai manusia, belajar lebih menghargai, menyayangi.. kalau aku cerita kesemunya mungkin 1 buku novel pun tak habis..

Tahun 2007, aku mula belajar kat unisza, masa tu namanya UDM.. Masa mula-mula masuk kuliah, semuanya serba tak kena.. Aku serba tak selesa dengan persekitaran aku. Macam-macam bentuk muka aku tengok, ada yang melucukan, ada yang menakutkan,. hehehe..

Namun aku cuba membiasakan diri juga.. Mengatur langkah, merancang segala perjalanan hidup ku di tempat orang. Lebih-lebih lagi terdapat perbezaan dari segi budayanya, membuatkan aku perlu belajar mengenainya..
 Masa mula-mula duduk di sana, aku tidak mempunyai kawan. Pergi kelas sorang-sorang, makan sorang-sorang, dan buat apa pun sorang-sorang. Diriku sentiasa berada dalam kesedihan dek berada jauh dari pangkuan keluarga tercinta. Namun ku tempuhi jua, aku lalui hidupku dengan senyuman disebalik kesedihan..

Aku rasa seolah-olah asing di tempat ini. Tidak kurang juga terdapat segelintir mempersenda aku dengan perkataan-perkataan yang menyinggung perasaan. Ada juga yang enggan berkawan dengan aku hanya mungkin aku tidak setara dengan mereka, ada yang mentertawakan aku..
Juga ada yang PERNAH menghina aku...

Namun semuanya aku lalui dengan senyuman.. Biasalah baru kenal, mungkin mereka hanya mengusik.. lagipun belum cukup matang lagi untuk kami...

Setelah lebih kurang setahun berlalu, aku mula berani bersuara dan menyertai persatuan2 serta aktiviti2 yang di jalankan. Aku juga mengorak langkah meninggalkan kepahitan yang aku rasa di waktu permulaannya.. Aku mula ramai kawan, aku mula di kenali.. Aku mula menghargai kawan2 ku.. Mereka sangat baik dan menerimaku seadanya walaupun dahulunya aku merasa asing di dunia mereka.. Aku mula bergurau senda dgn mereka, .. Dan aku rasa mereka sangat menghargai aku, Walaupun ada kalanya terdapat perselisihanfaham diantara kami.. hehe.. " sedangkan lidah lagi tergigit"..

Aku teruskan perjalanan yang banyak mengajar aku erti kehidupan.. Aku mula merindui kawan-kawan ku. Dan MATI HIDUP SEMULA  pun aku tidak mungkin menjumpai kawan sehebat dan sebaik mereka. Begitu juga dengan tenaga pengajar yg sangat baik dan peramah orangnya..  Masyarakat Terengganu baik2 dan ramah orgnya.. Itulah simpulan yang aku boleh buat sepanjang berada di sana..



Dan aku akan merindui mereka......

Tuesday, October 12, 2010

Bahasa Jiwa Bangsa...

Kebelakangan ini, kempen bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia menghiasi iklan-iklan di kaca television swasta mahupun milik kerajaan.. Tidak kurang juga kempen di surat-surat khabar tempatan.. Usaha-usaha ini tidak lain tidak bukan adalah kerana  semata-mata untuk mempromosi penggunaan bahasa kebangsaan justeru memupuk semangat patriotisme di kalangan masyarakat untuk menyayangi bahasa kebangsaaan.

Perkara ini merupakan langkah baik untuk memastikan kelangsungan nadi bahasa kebangsaan yang juga merupakan identiti sejarah kewujudan bangsa melayu, yang dahulunya pernah menbentuk empayar yang kuat. Namun, di sebalik usaha-usaha murni tersebut, timbul keraguan serta kepincangan dalam pelaksanaannya.. Tiada usaha-usaha konkrit, nyata serta jelas... Jika melihat realiti hari ini penggunaan bahasa kebangsaan masih berada di tahap merisaukan.

Sedia maklum bahasa melayu yang sekarang lebih dikenali sebagai bahasa malaysia digunakan sebagai bahasa kebangsaan yang telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan. Namun, adakah ianya hanyalah coretan di atas kertas sahaja?? Terdapatkah usaha-usaha agresif dan jelas dalam memartabatkan bahasa kebangsaan kita?? Tepuk dada tanya selera. Menurut pandanganku sendiri dengan melihat realiti hari ini, bahasa malaysia lebih di lihat sebagai bahasa kedua yang di gunakan oleh masyarakat, terutamanya di bandar-bandar besar yang majoritinya menggunakan bahasa asing (inggeris) sebagai bahasa perantaraan mereka. Seolah-olah mereka merasa diri mereka begitu "Gah" apabila menggunakan bahasa asing. Ada juga beranggapan bahawa mereka terdiri daripada kelas atasan apabila bertutur dalam bahasa asing. Di mana perginya semangat patriotisme kita? Di mana perginya nilai identiti sejarah kita?

Baru-baru ini iklan mengenai bahasa jiwa bangsa yang tersiar di television betul-betul menggambarkan situasi sebenar masyarakat pada hari ini. Dimana seorang ibu yang berbangsa melayu bertanyakan mesin untuk membayar tempat letak kereta dengan menggunakan bahasa asing, namun di jawab menggunakan bahasa melayu oleh seorang pemuda yang berbangsa india. Situasi tersebut mengambarkan bahawa terdapat segelintir masyarakat yang mempunyai mentaliti rendah dengan mengangkat bahasa asing sebagai bahasa yang mempunyai "standard"  atau dengan kata lain ada "kelas".

Berbalik kepada isu sebenar, timbul juga keraguanku terhadap keikhlasan segelintir pemimpin yang sepatutnya menjadi ikon kepada masyarakat dalam memartabatkan bahasa kebangsaan. Mereka hanya banyak bercakap bahawa merekalah pejuang bangsa, merekalah pelindung kepada bahasa, merekalah segala-galanya..... Namun., lihatlah ucapan-ucapan mereka di kaca TV, yang majoritinya menggunakan bahasa asing walaupun ucapan itu di buat dalam negara yang kononnya menggunakan bahasa malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Apa yang menyedihkan, terdapat juga segelintir pemimpin dan golongan pofesional masih tidak fasih berbahasa melayu. Sedangkan pada hakikatnya mereka berbangsa melayu.

Kita bising,! kita melatah,! kita berdemo! apabilah terdapat segelintir orang yang mahu menyentuh hak-hak kita sebagai orang melayu. Bagaimana kita hendak menunjukkan  kepada mereka yang bukan berbangsa melayu mengenai nilai identiti bangsa, jika kita sendiri gagal menjadi contoh patriotisme kepada mereka??? Tidak hairan jika terdapat masyarakat yang tidak fasih berbahasa melayu walaupun dia berbangsa melayu, kerana di IPT pun kita telah di didik untuk menggunakan bahasa asing hampir 100%. Tidak salah belajar bahasa asing kerana ia juga mampu menambah ilmu serta meluaskan pengetahuan. Namun janganlah sampai tergadai bahasa sendiri oleh dek pemikiran sempit sendiri.

Jika melihat situasi hari ini juga timbul persoalan di benak fikiranku.. Bagaimanalah agaknya situasi pada tahun 2020 dan seterusnya. Adakah kita mampu mempertahankan nilai identiti sejarah kita walhal pada hakikatnya pemilik sejarah itu sendiri gagal mengingati sejarahnya sendiri. Adakah pepatah Hang Tuah " takkan melayu hilang di dunia" terus dapat di pertahankan?? Dan adakah kita masih boleh berbangga dengan bahasa kebangsaan kita pada masa tersebut.. Tepuk dada tanya selera....

Bangga dengan pemimpin Jepun dan Iran yang sanggup menggunakan juru bahasa dalam ucapan mereka semata-mata mahu menggunakan bahasa tercinta mereka....


"Hakikatnya masih ada orang melayu yang tidak fasih berbahasa melayu..."