Dah lama tidak menulis di ruangan ini.. di ruangan masa yang ada ini, aku mahu kongsi 1 cerita yang mungkin mempunyai mesej-mesej berguna buat aku sendiri dan rakan-rakan...hehehe.
Dulu aku belajar di salah sebuah IPT dekat Terengganu, mengambil bidang pengajian Perdagangan Antarabangsa.. Tahun 2010 aku Graduate, memegang sijil Diploma Perdagangan Antarabangsa. 3 tahun aku berjuang, dan akhirnya aku berjaya juga melaluinya.. Walaupun aku mengambil dalam bidang Perdagangan, tetapi aku lebih tertarik kepada subjek Marketing yang merupakan sebahagian bidang aku.. Entahlah, mungkin di sebabkan tenaga pengajarnya membuat aku tertarik ataupun sebab subjeknya mudah di fahami.. apa-apa je lah, yang penting aku memang minat..
Berbalik kepada tajuk, "seller" ataupun jurujual berkait rapat dengan "marketing" secara langsung., Dengan apa aku faham marketing skopnya lebih luas yang merangkumi semua perkara-perkara berkaitan dengan penjualan.. semasa belajar dulu, aku baru faham secara tersuratnya proses pemasaran, dari segi perancangan dan strategi. Baru aku faham apa yang berlaku di sekelilingku, melihat pelbagai cara peniaga-peniaga memasarkan produk jualan mereka.. Itu secara tersuratnya.. Tetapi secara tersiratnya ataupun praktiknya sebenarnya ianya ada perbezaan yang jelas.
secara realitinya, aku telah memasuki bidang pemasaran dan penjualan.. dan aku baru faham, bahawa teori dan praktikal itu sangat berbeza. Apa yang aku belajar dahulu hanyalah muqaddima ataupun persediaan bagi memasuki bidang pekerjaan yang lebih nyata.
Ada juga kawan-kawan mengatakan, "sebenarnya kita belajar subjek-subjek ni tak guna pun masa kita keja nanti.., kita keja nanti dorang ajar gak"..
hehehe.. aku memang tidak setuju. Tapi itu pendapat dia kan??. Sebenarnya, apa yang kita belajar itu semuanya penting, apa yang membezakannya pemikiran kita je. kalau kita anggap perkara itu berguna, maka ia bergunalah.
Aku berpendapat, walaupun kita hebat dalam tulisan tinta menjawab persoalan-persoalan mengenai bidang marketing mahupun seller di dalam sehelai kertas, bukan semestinya kita hebat dalam bidang pekerjaan yang lebih nyata.
Walaupun kita mendapat status pelajar cemerlang dalam sesuatu bidang, tetapi jika kita gagal mempraktiknya di alam pekerjaan atau seharian, kita bukanlah seorang yang hebat.
Walaupun kita hebat berkata-kata, berdebat dan berbahas di pentas pertandingan, tetapi jika kita gagal mempraktiknya dengan ilmu-ilmu bidang yang di ceburi, maka kita juga akan gagal.
Semasa aku kerja dahulu dekat salah sebuah syarikat pemasaran, di mana aku bertugas sebagai seller, aku adalah orang yang paling seronok sebab aku meminati bidang ini. Bercakap dengan orang ramai bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi mengenai berkaitan dengan perniagaan. Tutur bahasa, personaliti, produk knowledge, mentaliti, IQ, psikologi, dan imej semuanya di perlukan. Anda memerlukan kriteria-kiteria seperti ini untuk menjadi seorang seller/marketing executif.
Ramai kawan-kawan sekerja yang berlainan latar belakang.. Dari yang memiliki kelulusan SPM sehinggalah Ijazah. Dalam bidang pekerjaan sebenarnya, yang berkait rapat dengan seller, "educated/certificate bukanlah sesuatu yang amat diperlukan, dan bukanlah juga sebagai syarat utama untuk melayakkan kita mendapatkan sesuatu pekerjaan. Apa yang lebih utama adalah pengalaman, praktikal, kebolehan kita mengaplikasi pengetahuan ke dalam bidang pekerjaan. Sebab itu aku tidak hairan jika ada yang mempunyai sijil dalam bidang marketing pun masih tidak mempunyai kerja.. kerana apa?? kerana praktikalnya kurang..
semasa kerja dahulu pun, aku yang memiliki diploma dalam bidang perdagangan masih tidak mampu mengalahkan seorang seller yang hanya memiliki KELULUSAN SPM saja. Kepetaan, kelantangannya dalam mempromosi sesuatu produk membuatkan aku kagum dan gerun kepadanya. Baru aku tahu, sijil bukanlah jaminan untuk kita mendapatkan sesuatu pekerjaan., apa yang penting kita bijak mempraktikan apa yang kita belajar dalam dunia pekerjaan.. Bukan semua orang mampu berinteraksi dengan kepelbagaian sikap manusia, bahkan seller juga berhadapan dengan karenah-karenah pelanggan yang kadang membuatkan kita menyampah.
Bagi aku, semua orang sama saja.. apa yang membezakan kita adalah pemikiran.. pemikiran mampu mengubah segala-galanya.......
Bersambung.....
suAtu ceRita...
kitA aDa piLihan...
Tuesday, February 22, 2011
Monday, January 3, 2011
Dari tanGisan hinGgalah ke SenyuMan, Ku maSih teRkenanGkan Mu...
Di dalam diriku, jiwaku, perasaanku, hatiku dan fikiranku, ada seperkara yang aku sendiri sukar memahaminya.. Bahkan seribu satu persoalan sering ku menanyakan diriku, kenapa dia yang selalu di cari-cari oleh hatiku..
Adakah aku mencintainya? Atau inikah yang dinamakan cinta? Atau juga mungkinkah dia teman terbaik bagiku? dan pelbagai ATAU lagiiiiiii.. Siapakah dia??
Aku begitu menghargai teman, rakan, sahabat, kawan-kawan yang berada di sekelilinggku.. Bagiku mereka adalah anugerah yang di berikan padaku untuk memenuhi serta menghiasi warna-warna hidupku.. Malah tanpa insan-insan ini tidak mungkin bisa ku meneruskan langkah-langkah ini...
Cuma, yang ingin mahu ku bicarakan ialah tentang seseorang ini.. Yang kadang-kadang memberikan aku seribu persoalan.. Dia pernah membuatkan aku menangis, juga pernah membuatkan aku tertawa, malah tidak kurang pernah jua membuatkan aku marah serta kecewa..
Tetapi entah, kenapa dia juga yang aku cari... kenapa dia juga yang aku rindu.. Kalau ditanya, "mungkin kamu jatuh cinta dengannya?", aku menjawabnya, "tidak juga, dia terlalu baik untukku, malah dia seorang kawan yang baik"..
Walaupun aku telah dikelilingi oleh yang lain, walaupun aku telah berkepit dan menjalin kasih bersama yang lain, ternyata perasaan itu berbeza.. Aku tidak seseronok seperti waktu bersamanya.. Dari airmata sehinggalah terukirnya senyuman, segalanya di kongsi bersama.. Dia begitu terbuka melihat pelbagai ragam yang aku lakukan, malah begitu sabar melihat telatah ku yang kadang-kadang boleh melahirkan perasaan "menyampah" buat yang lain.. tetapi dia boleh sabar melaluinya.... katanya "aku terlalu faham sifat kamu"...

Justeru, dia juga menjadi teman diskusi yang paling hebat bagiku.. Apa-apa jua isu yang di perkatakan aku pasti menjdi seronok dan tidak pernah lahir perasaan bosan apabila berbicara dengannya.. Walaupun jauh di pisahkan, namun ia bukan penghalang untuk kami berkongsi cita dan rasa.. Teknologi menghubungkan kami, malah jarak perpisahan ini menguatkan lagi jalinan kemesraan buat kami...
Tiada aku nafikan kadang-kadang hadirnya mengusik hatiku.. Di celah-celah kemesraan dan kegembiraan pasti ada kerompongannya.. Hadirnya bukanlah selalu menjanjikan senyuman, tetapi juga ada ruang-ruang masa kesedihan dan tangisan.. Itu perkara yang sudah termaktub dalam perhubungan, dan aku tidak bisa dan mampu mengelaknya..
Ketiadaannya disisi kadang-kadang membuatkan aku di himpit perasaan rindu dan sunyi.. adakah aku sudah jatuh cinta kepadanya??.. jawabku, tidak mungkin.. aku mahu menghargai persahabatan ini.. aku masih boleh melihat keindahan persahabatan ini berbanding dengan cinta.. kerana cinta manusia itu boleh merobohkan kasih sayang yang terbina..aku yakin dia juga bersetuju dengan perkara ini..
Aku tidak pasti samada jika dia mempunyai rasa sepertiku.. Dan aku juga tidak pasti jika dia mempunyai rasa sebaliknya kepadaku.. Aku cuma mengharapkan keikhlasan... Dia memang seorang teman terhebat, mampu menjadi penghibur di kala aku berada dalam kesedihan...
Aku juga tidak pasti adakah selepas ini aku masih boleh menemuinya?? atau terusan bertemu di alam maya.. Kerana jika aku di bagi pilihan aku lebih suka untuk tidak lagi bertemu dengannya.. Kalau aku ditanya "kenapa?", maka aku tidak bisa menjawabnya.. mungkinkah tersembunyi cerita di sebaliknya, cerita yang mempunyai nilai sentimental..hehe..
Harapanku, semoga kita bisa terusan seperti begini.. Menjadi teman yang istimewa, bisa berkongsi cita dan rasa.. semoga juga kita kekal seperti begini, untuk tidak berubah menjadi orang lain.. Kerna aku percaya, setiap perkara itu pasti berubah,.. hanya mampu kita pertahankan, jika kita teguh berpaksikan penghargaan dan kasih sayang..
Buat temanKu..,
semoga kita sentiasa berada dalam keadaan baik seperti selalunya.. aku disini sentiasa merinduimu.. ku berharap kita mampu mempertahankan ikatan kemesraan ini...
May God bless U...
Azam baru vs Azam sebelumnya...
Haiii..
Baru malam ini tergerak hati untuk menulis dalam blog ni..hehe.
Sebelum itu rasanya tidak terlewat lagi untuk aku mengucapkan selamat tahun baru kepada semuanya... Sebut sahaja tahun baru, sepertinya sudah menjadi budaya untuk orang membuat atau merencana azam baru di tahun yang baru.. Dan semestinya azam itu adalah sesuatu yang ingin dan mahu di lakukan oleh seseorang.. Ada yang mungkin azam itu telah tertunai ataupun terlaksana dan tidak dinafikan juga ada yang tertunggak ataupun gagal dilaksanakan.. Tidak menghairankan kerana ianya bukanlah sesuatu yang mudah, kerana kita tahu dewasa ini, cabaran dan dugaan itu sangat mencabar..
Namun, kegagalan itu seharusnya bukanlah jawapan kepada kita untuk menjadi seorang yang "tewas", kerana aku percaya kegagalan itu juga merupakan satu kejayaan.. Apa yang penting kita sudah berusaha sebaik mungkin dan kita sudah buat yang terbaik bagi diri kita.. Jangan pula kita mengatakan fasal kegagalan dan kekecewaan, walhal kita hanya tahu menunggu bulan jatuh ke riba..huhuhu.. sebaliknya senyumanlah menerima kegagalan itu di sebalik kita telah usahakannya lalu bertawakal..
Bagi aku, seperti hari-hari sebelumnya, masih mengharapkan sesuatu daripada perkataan baik., Segala-galanya tentang perkataan "baik". Baik dari pelbagai sudut.. Aku mahu membuat sesuatu yang terbaik untuk diriku juga buat keluarga tercinta.. Mahu menjadi manusia yang baik, dan ingin sentiasa memperbaiki diri. Dalam apa jua perkara aku mahukan kebaikan dan kesan yang membawa kepada kebaikan.. Memang betul, kata orang kita tak sempurna, pasti ada cacat celahnya.. Tidak mungkin kita hanya boleh mengharapkan kebaikan.. ya.. aku akui perkara itu, ia terlalu sukar kerana dunia ini bukan milik kita, dan kita bukan hidup di dalam syurga..
Namun, seperti yang aku katakan, yang penting kita dah buat yang terbaik...hehehehehe.. Bila kita dah buat yang terbaik, hati pasti senang.. Walaupun tiada satu orang pun yang tahu..hahaha. Jangan memikirkan tentang perkara2 buruk,. pe orang kata "think positive"..
Kesimpulannya, apa jua yang kita lakukan fikirkanlah fasal kejayaan dan masa depan.. Jangan hanya tahu bermimpi dan terus berada di syurga awang-awangan.. Perlu berusaha dan buat yang terbaik.. Semoga kita terus berjaya dan mencapai segala impian dan semoga kita berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.. aminnnn..

Tuesday, December 28, 2010
KRITIK BUKAN BERERTI "ANTI"...
Sabah adalah sebuah negeri yang terletak di bahagia utara kepulauan Borneo dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak.. Kaya dengan hasil galian serta pertanian telah menjadikan Sabah antara penyumbang terbesar KDNK negara..
Baru-baru ini laporan di media tentang laporan bank dunia yang menyatakan negeri Sabah merupakan negeri termiskin banyak memeranjatkan orang terutamanya orang-orang politik yang terlalu sensitif mengenai isu ini..
SABAH NEGERI TERMISKIN DI MALAYSIA..
Selepas laporan itu di keluarkan pelbagai tohmahan serta penghinaan yang di lemparkan kepada penduduk Sabah, walhal tidak adil untuk meletakkan beban kepincangan yang di katakan berlaku di Sabah di atas bahu penduduknya 100%..
Dalam soal ini, saya sebagai penduduk Sabah terpanggil untuk memberi pandangan secara peribadi dengan akal yang berfikir serta mata yang melihat.. Saya begitu terpaku dengan membaca beberapa pandangan sinis yang tidak melihat kepada realiti hari ini, memberikan hujah tanpa fakta, sehingga berlakulah persepsi liar di kalangan masyarakat. Antara persepsi-persepsi tersebut ialah sehingga ada yang menyamakan Sabah dengan penduduk miskin Somalia, lebih menyedihkan lagi melabel penduduk Sabah miskin sehingga ada yang mati kebuluran dan macam-macam lagi. Walhal perkara itu tidak berlaku sama sekali, dan tidak lain hanyalah persepsi orang-orang yang kurang berfikir.
Saya tidak menafikan, menurut pengamatan sendiri sebagai penduduknya, Sabah masih jauh mundur dari segi pelbagai aspek pembangunan jika di bandingkan dengan negeri-negeri lain. Tetapi tidaklah sampai tahap yang di katakan mati kebuluran. Kita harus berfikir lebih luas, Sabah miskin dari segi apa?? kita seharusnya berfikir di luar kotak,. miskin harta?? miskin jiwa?? atau miskin yang bagaimana??kemiskinan di Sabah itu amat subjektif.. Maka saya tidak setuju kalau ada yang mengatakan penduduk Sabah miskin sehingga melarat..
Maka, kalau iyapun Sabah itu negeri termiskin, siapa harus di persalahkan??
Seperti yang saya katakan di awal bicara tadi Sabah merupakan negeri yang kaya dengan hasil galian serta pertanian yang secara langsung menyumbang kepada pembangunan Negara khususnya,. persoalannya, kenapa Sabah masih mendapat status negeri termiskin di Malaysia?? kemana perginya hasil-hasil galian serta pertanian tadi?? kemana perginya hasil-hasil minyak serta balak tadi??
Pendapat secara liar, sebenarnya kemiskinan di Sabah berkait dengan kewujudan "unjustice" di dalam rantaian politik, sosial dan ekonomi. Dikriminasi samada politik, sosial dan ekonomi sememangnya wujud. Perkara ini di burukkan lagi dengan kewujudan para badut, barua, pembodek, kronism, pak kadok, penikus yang wujud dalam rantaian politik serta ekonomi yang membantutkan lagi pembangunan negeri Sabah. Jika bukan kerana mereka, kemana perginya hasil-hasil negeri?? Hilang di curi jembalang?? Dan siapakan mereka??
Tiada menjadi persoalan juga, apakah Sabah di jadikan "stor" atau "karung tinju" ekonomi agar supaya Malaysia mencapai kemakmuran bersandarkan teori Adam smith dan Mayned kaynes?? atau teori Ibn khaldun.??
Baru-baru ini dengar cakap-cakap kerajaan membuat kajian untuk tapak pembinaan tenaga nukleur dan pertanian untuk kelapa sawit dan getah, DI SABAH...??
Sebagai penduduk Malaysia, semestinya saya mahu melihat kemakmuran buat seluruhnya.. Tetapi harus bagaimana jika keadilan sosial dan ekonomi ini masih membelenggu setelah 53 tahun merdeka. Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri dengan senyum bangganya mengatakan Kerajaan berjaya mengatasi kemiskinan tegar dalam negara, persoalannya apakah yang di katakan oleh TPM tersebut benar-benar berlaku atau ianya hanyalah omong-omong politik pilihan raya akan datang?? Saya tidak bersetuju, kerana saya sendiri melihat dengan Mata kepala, masih terdapat kanak-kanak yang meminta menghulurkan tangan untuk mendapatkan sesuap nasi! Masih terdapat kanak-kanak terbiar tanpa pendidikan sewajarnya! Masih terdapat keluarga yang hidup tidak seperti sepatutnya! Malah apa yang menyedihkan, masih terdapat keluarga yang hidup hanya bergantung dengan cahaya pelita!!
Jika begini, bagaimana hendak mencapai negara Maju tahun 2020??
Pada pilihan raya lepas tahun 2008, Kerajaan Barisan Nasional telah berjaya memenangi kerusi parlimen dengan majoriti nipis tidak sampai 2/3, inipun hasil sumbangan negeri Sabah dan Sarawak yang di label oleh sesetengah orang stok Barisan Nasional. Keputuasan ini mengejutkan ramai pihak, terutamanya pemimpin-pemimpin kerajaan. Pilihan raya umum 2008 juga menjadi sejarah hitam buat kerajaan sehingga ada yang menggelarnya "tsunami politik".
Bagi saya, kerajaan Barisan Nasional harus menjadikan kejadian itu sebagai pengajaran, Sabah tidak akan selama-lamanya menjadi lubuk emas kerajaan barisan nasional. Hal ini kerana, saya yakin dan percaya, jika kerajaan Barisan Nasional tidak berubah dan mengubah cara mereka, suatu hari nanti akan tiba kebangkitan anak-anak muda Sabahan yang menghukum mereka kerana kegagalan mereka dalam memastikan keadilan sosioekonomi negara.. Saya sendiri sudah mulai bosan dengan kerenah politik tempatan yang hanya tahu bercakap tetapi gagal melaksanakannya..
Justeru, dalam isu ini, pemimpin-pemimpin atasan negeri Sabah yang sedar akan perkara ini seharusnya menyuarakan berdasarkan "kritik bukan bererti anti" kerana berbeza pendapat adalah teman yang baik.....

Friday, December 24, 2010
Mengapa Namewee diberi layanan Istimewa?
Nama Wee Meng Chee atau Namewee (gambar) sudah cukup popular di negara ini sebagai seorang ‘pelakon’ yang begitu berani mengguris perasaan orang Melayu dan Islam. Kalaulah ada anugerah, beliau dengan mudah boleh menang sebagai pelakon terbaik untuk kategori mempermainkan bangsa Melayu dan menghina agama Islam.
Apa istimewanya beliau? Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh masyarakat setelah beberapa kali mencetuskan kemarahan umat Islam, Namewee bukan sahaja tidak didakwa dan seolah-olah mempunyai imuniti, malah dijadikan ikon.
Pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri baru-bari ini di bangunan Parlimen dengan berpakaian ala rap (baju T, seluar jean, jaket hitam serta penutup kepala) mencetuskan kemarahan dan rasa tidak senang banyak pihak. Berbagai persoalan telah dilontarkan oleh berbagai-bagai pihak, untuk apa pula seorang menteri mahu memberi perhatian luar biasa dan bantuan kepada seorang yang boleh menggugat keharmonian negara? Namewee berjumpa menteri ini bagi meminta bantuan kerajaan membiayai pembikinan video 1Malaysia.
Ramai lagi siswazah menganggur seperti Namewee ini yang terdiri daripada semua kaum dan anak muda yang lebih kreatif dalam bidang seni, yang wajar diberi perhatian dan pembelaan, bukannya si pemuda yang telah mempermainkan orang Melayu dan Islam ini. Kita bukan hendak berbalah dengan menteri ini. Malah kita akui, beliau seorang yang mempunyai karisma serta kekuatan sendiri. Memang hak beliau untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja rakyat yang ingin mengadu hal. Tetapi dari segi prinsipnya, tindakan beliau dilihat kurang sesuai dengan suasana keresahan umat Islam dan orang Melayu terhadap pemuda ini. Suara majoriti rakyat tidak boleh diambil mudah.
Masyarakat juga ada hak untuk bertanya kepada menteri ini, apakah kelayakan seni, kepakaran atau sumbangan Namewee kepada negara sehingga mendapat layanan istimewa itu daripada seorang menteri? Masyarakat juga bukan tidak nampak, pemuda ini tidak mengikut etika berpakaian di Parlimen.
Sebagai menteri, beliau wajar meletakkan dirinya di tempat yang sepatutnya kerana tindakan menteri ini tidak kena pada tempatnya. Tindakan menteri ini juga boleh menimbulkan kekeliruan masyarakat apabila orang yang mencemuh, menghina, mengutuk kerajaan dan negara diberi layanan yang begitu istimewa.
Sebenarnya, ramai lagi yang berkebolehan, layak, berkemahiran serta telah berbakti kepada negara boleh membantu Perdana Menteri dalam memupuk konsep 1 Malaysia di negara ini. Bukannya hanya Namewee seorang sahaja yang dijulang dan mendapat layanan VIP daripada seorang menteri.
Sepatutnya, menteri ini membawa Namewee ke arah yang lebih bermotivasi seperti membantu anak muda ini berfikiran lebih rasional dan menanam semangat nasionalisme yang tinggi sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan menanamkan tingkah laku terpuji bukan membiarkan bertatasusila kurang sopan kepada masyarakat majoriti negara ini.
Wajar juga, isu Namewee ini dijadikan ikhtibar dan kajian untuk para pemimpin melihat semula, sama ada wujud kesilapan dalam sistem pendidikan khususnya yang berkaitan aspek nasionalisme. Kita perlu mendidik warganegara generasi muda yang mempunyai semangat nasionalisme tinggi, bukan warganegara seperti ‘Namewee’ ini.
* Penulis ialah Setiausaha Kehormat Gabungan Ikhtisas dan Usahawan Bumiputra Anak Selangor (GIBS).
Sinar Harian.
Saturday, December 11, 2010
Hati keCil seOrang Ibu...
Ibu...
kaulah wanita yang telah melahirkanku
merawatku
membesarkanku
mendidikku
hingga diriku telah dewasa
Ibu...
kaulah wanita yang selalu siaga tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala kuterbangun di waktu pagi, siang dan malam
Ibu...
adalah wanita yang penuh perhatian
bila aku sakit
bila aku terjatuh
bila aku menangis
bila aku kesepian
Ibu...
telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keredhaan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang
terdapat sinar kelelahan kerana aku
Aku yang selalu merepotkanmu
aku yang selalu menyita perhatianmu
aku yang telah menghabiskan air susumu
aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangismu
Ibu...
engkau menangis kerana aku
engkau sedih kerana aku
engkau menderita kerana aku
engkau kurus kerana aku
engkau korbankan segalanya untuk aku
Ibu...
jasamu tiada terbalas
jasamu tiada terbeli
jasamu tiada akhir
jasamu tiada tara
jasamu terlukis indah di dalam syurga
Ibu...
hanya do'a yang bisa kupersembahkan untukmu
kerana jasamu
tiada terbalas
Hanya tangisku sebagai saksi
atas rasa cintaku padamu
Ibu..., I LOVE YOU SO MUCH
juga kepada Ayah...!!!
Beberapa hari aku berada di hospital... Ini adalah pertama kali aku tengok begitu ramai pesakit-pesakit, tidak kurang yang kritikal.. Begitu gigih petugas-petugas hospital menjalankan tanggungjawab mereka tanpa rasa penat dan mengeluh. Muka mereka sentiasa di hiasi oleh senyuman yang membuatkan pesakit-pesakit berasa senang.. Mungkin itulah polisi serta prinsip mereka. Mereka telah di didik untuk menjadi insan yang sentiasa tersenyum melayan karena2 pelbagai lapisan pesakit. Mereka membantu tanpa melihat latar belakang pesakit.
Aku berada di hospital siang dan malam selama 4 hari 5 malam. Rata-rata pesakit di situ selain di awasi oleh jururawat bertugas, Mereka juga di awasi olen insan yang bernama IBU..
IBU....,
Demi anakmu kau tidak pernah mengenal erti penat.. Malah terlukis diraut syurga wajahmu ukiran-ukiran kesedihan, tangisan dan kerisauan tentang anakmu... Betapa mulianya engkau..
Semasa aku berada di sana sempat juga aku berbual dan bertanya kepada beberapa orang ibu mengenai masalah mereka.. ternyata mereka berada di sana hanya kerana kasih kepada anak yang terlantar kesakitan di hospital.. Hancur hatiku bila melihat airmata ibu yang mengalir dek kesedihan melihat anak mereka terlantar di hospital.. Sehingga baju dan makan tidak lagi terjaga hanya kerana risaukan anak mereka..
Aku mendekati seorang ibu di mana anaknya telah terbabit dalam kemalangan dan berada dalam keadaan kritikal. Ibu itu mengusap airmatanya lalu berkata kepadaku, "andai dapatku pindahkan kesakitan yang di tanggung oleh anakku ini kepadaku, aku sanggup mengantikan tempatnya, sambil berdoa dan mengalirkan airmata". Hancur hatiku melihatnya.. Aku hanya mampu menumpang kesedihan dan memberi motivasi serta sokongan semangat kepadanya,. Berat Mata Memandang Berat lagi Bahu memikul.. entah apa yang mereka rasakan, pasti kesedihan yang teramat sangat.
Aku berada di wad, tempat itu di penuhi oleh insan yang bernama ibu.. Malah petugas-petugas hospital pun di penuhi oleh golongan ibu.. Betapa sucinya mereka.. Betapa tingginya martabat mereka..
Pada 10/12/10 dalam pukul 9pagi, aku melihat seorang ibu menangis teresak-esak sambil di tenangkan oleh petugas hospital. Lalu aku mendekati mereka, aku pun menyapu bahu Ibu itu dan memberikan sokongan kepadanya walaupun hanya dengan kata-kata. Hanya itulah yang mampu aku katakan. Rupa-rupanya suaminya berada dalam keAdaan kritikal dan perlu di bawa ke ICU. Beberapa doktor sedang berusaha tuk merawat suaminya. Ibu itu tidak dapat mengawal kesedihanya.. terlalu sedih.. Betapa kasih sayang seorang ibu itu melampaui sempadan antara anak dan ibu. Malah kepada sesiapa sahaja yang berada dalam keadaan kesusahan dan kesakitan, mereka turut merasakannya..
IBU........
Sesungguhnya kami tidak mampu membalas jasamu..
Engkaulah syurga kami..
Semoga TUHAN akan sentiasa melindungimu, memberikan kekuatan kepadamu, memberikanmu seluruh kebaikan..,
kerna kami tidak pernah rasa jemu dahagakan kasihmu...
Khas buat insan yang bernama Ibu..
Sunday, December 5, 2010
Proud to be Malaysian...
Harap tajuk dan isu yang aku mahu bincangkan tidaklah di pandang sebagai perkauman mahupun kenegerian.. we are Malaysian... Tetapi hanyalah mahu berkongsi sesuatu yang mungkin berguna kepada sesiapa sahaja yang merasakannya..
Aku bangga menjadi anak kelahiran negeri Sabah dan aku bangga menjadi Anak Malaysia.. Begitu juga dengan rakan2 yang lain.. Bila di tanya, pasti mereka menjawab perkara yang sama.. Kecuali kalau mereka yang kurang kesedaran sivik..
Baru2 ini kawan sekolah aku dahulu datang rumah seperti selalu. kami cerita2 kosong, tapi tidak lupa juga bercerita mengenai isu semasa, politik, dan apa2 je yang berkaitan.. kawan aku ni berbangsa kadazan dan beragama kristian. Malah aku pula berbangsa Bajau sulu dan beragama Islam. Tetapi perkara itu tidak menjadi masalah untuk kami duduk bersama, malah seringkali aku bertanya mengenai kefahaman agama mereka, begitu juga dengan dia.. Bukan nak belajar tetapi sekadar ingin tahu agar aku lebih paham dan peka mengenai sensitivi mereka..
Bagi aku perkara ini perlu, agar kita lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu daripada mengelak menyentuh perkara2 yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Sebenarnya sifat seperti ini sudah sinonim bagi kami masyarakat Sabah yang berbilang agama dan berpuluh2 suku kaum di dalamnya.. Sebab itu kalau kita teliti sejarah, tidak pernah sekalipun berlaku rusuhan mahupun ketegangan kaum di sini. Kenapa? kerna sifat toleransi, saling memahami serta saling hormat menghormati agama dan budaya adalah menjadi pegangan serta prinsip kami..
Aku sendiri mempunyai ramai kawan2 yang terdiri daripada bangsa serta agama lain, di Sabah serta Semenanjung. Malah aku mempunyai keluarga angkat yang beragama kristian. Bagi aku selagi kita paham serta saling hormat menghormati dan tahu batasan2 agama, perkara ini tidak menjadi masalah..Bila aku amati, sangat seronok, bersyukur jadi anak Malaysia.. Sangat menghargai kawan yang berbilang bangsa dan agama.. Sebenarnya bila kita duduk bersama dengan rakan2 yang lain, jangan terlalu memikirkan perkara-perkara yang boleh membawa perbezaan dan politik.. Perkara tu mampu melahirkan bibit2 perpecahan serta jurang antara kaum. Just keep in your mind, "kita sama saja".. Inilah sebenarnya yang mahu di terangkan dalam konsep 1 Malaysia.
Aku ingat lagi apabila ada sorang kawan tu bertanya "bila datang Malaysia"? aku pun bertanya, "Sabah ni bukan Malaysia k"? dia ketawa pastu kata, "owh ya lah".. tanpa rasa bersalah dan insaf.. Inilah punca kepada kerapuhan kita mengenai patriotisme apabila kita terlalu memikirkan perbezaan, lalu kita anggap diri kita berbeza daripada yang lain. Padahal kita adalah sama..
Pernah juga terbaca suara2 sumbang yang mengatakan semuanya Sabah nak.. "Sabah sepatutnya berterima kasih sebab dapat bergabung dengan tanah melayu".. Bagi aku perkara ini sepatutnya tidak perlu di jadikan isu.. siapa yang perlu dan harus berterima kasih tidak perlu ditimbulkan. Kerna aku percaya Sabah juga menyumbang kepada penbangunan Malaysia dan begitu juga negeri2 yang lain. Dan sewajarnya di berikan hak samarata..
kita tak perlu memikirkan sangat tentang perbezaan.. kita adalah sama. "Accept variety as a Blessing"...

Subscribe to:
Posts (Atom)